Salam..
Lanun kongsikan satu luahan dan soalan dari seorang pembaca metro diruangan Fikrah Dr Salam. Jom kita ikuti apakah masalahnya, dan apa respon doktor.
SAYA berusia 21 tahun dan sedang menuntut di sebuah IPTA tempatan. Baru-baru ini, sepupu saya melangsungkan perkahwinan dengan seorang doktor.
Ibu berasa begitu tercabar dan meminta saya mencari calon suami yang mempunyai kedudukan. Namun, mungkin kerana kuatnya doa seorang ibu, tahun lalu saya dipertemukan dengan seorang doktor.
Untuk pengetahuan Dr, lelaki itu seorang warga asing penganut agama kristian yang kuat. Pada mulanya ibu menentang hubungan berkenaan kerana faktor agama, namun melihat kesungguhan kami, ibu mula merestui asalkan dia memeluk Islam.
Saya sebenarnya masih merahsiakan identitinya yang bukan warganegara Malaysia. Jika ibu mengetahui hal berkenaan pasti dia menolak sama sekali.
Sebelum ini, sudah dua kali saya memiliki teman lelaki, tetapi kerana tidak mendapat restu ibu, saya terpaksa memutuskannya. Untuk kali ketiga ini, saya harapkan hubungan kami akan kekal berpanjangan.
Apakah tindakan yang perlu dilakukan bagi memperkenalkan Islam kepada teman lelaki saya seterusnya menambat hatinya memeluk Islam?
Ikuti Jawapannya disini : Dr Salam menjawab......
0 komen disini yer..:
Post a Comment