11 April 2011

Telur Ayam Tiruan Dirampas di Pulau Pinang Sah Telur Tulen!


Salam..
Syukur Alhamdulillah, telur ayam yang baru baru ini dirampas dalam satu operasi oleh penguat kuasa kesihatan di Pulau Pinang, mengesahkan bahawa telur ayam yang disyaki adalah telur ayam tiruan adalah tidak benar. Telur tersebut adalah telur ayam yang tulen yang sebenar berdasarkan ujian DNA oleh Jabatan Kimia ke atas empat sampel telur ayam.

Oh Yaka...Alhamdulillah...
Lega rasanya telur tu bukan telur ayam tiruan. Lanun harap apa yang dikatakan oleh Menteri Kesihatan untuk memantau adalah benar, berharap juga kementerian terus memantau barang barang keperluan yang dibawa masuk dari negara luar supaya selamat untuk rakyat.

Lanun disini juga menyeru sekiranya ada terjumpa atau mensyaki perkara seperti kes telur ayam tiruan ini hendaklah dengan cepat menghubungi pihark berwajib demi kebaikan kita bersama melalui laman web [http://fsq.moh.gov.my] atau pejabat kesihatan / berkuasa berdekatan.

Lanun terfikir apakah nasib rakyat Malaysia terutama kanak kanak apabila disaji makanan sedemikian? tambahan pula komponen bahan-bahan kimia digunakan dalam buat telur tu boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati. Cuba fikirkan??

TAPI... TAPI... aritu persatuan pengguna pulau pinang CAP ada bergambar dengan telur ayam tiruan tu kan? adakah kementerian kebetulan salah rampas yang tulen? jadi adakah telur ayam tu ada dipasaran Malaysia sebenarnya? ada sapa leh jawab? harap kementerian terus memantau dan menghapuskan telur ayam tersebut, termasuk pusat memprosesnya sekali.
Blog Widget by LinkWithin

1 komen disini yer..:

.:padie_eyla:. said...

huaahhh. skang ni nak makan telur pon dah kena berjaga jga. -.-