08 April 2011

Awas! Cara Mengenal Telur Tiruan?


Salam...
Lanun kongsikan satu berita yang sangat penting buat seluruh rakyat Malaysia. Telur Tiruan, yang ngah hangat diperkatakan sekarang. Kita sebagai pengguna pasti menggunakan telur untuk pelbagai kegunaan dalam memasak seharian. Telur Tiruan ini biasa di China, ia tidak berbau seperti telur biasa, tak tiada rasa seperti telur.. TAPI ada maklumat dari laman web lain mengatakan rasanya lebih sedap dari telur biasa yang berpunca dari kandungan bahannya yang berbahaya.

Ikuti : Cara Kaedah Menghasilkan Telur Tiruan China 

Lanun berharap kerajaan mengambil tindakan tegas dalam hal ini, dahulu kecoh ikan bilis tiruan, sekarang ini telur pula telah masuk ke Malaysia. Ini pasti akan rosakkan kesihatan dan rohani rakyat kita yang memang tersepit dengan barang mahal dan ingin yang murah dan akhirnya terjebak membeli barangan tipu begini.

Jom kita kenali bagaimana kenali telur tiruan ini :

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan pengguna di Malaysia supaya berhati-hati ketika membeli telur kerana terdapat telur tiruan dijual di pasaran.

Pagi ini, seorang pengguna datang ke pejabat CAP bersama sedulang telur yang agak luar biasa bentuknya. Menurut beliau, apabila dimasak, telur itu tidak berbau seperti telur biasa dan tidak mempunyai sebarang rasa. TAPI ada maklumat dari laman web lain mengatakan rasanya lebih sedap dari telur biasa yang berpunca dari kandungan bahannya yang berbahaya. Oleh kerana beliau berasa ragu-ragu dengan kandungan telur yang dibelinya itu, beliau membawa telur-telur tersebut ke pejabat CAP dan terus membuat aduan mengenainya.

Selepas diperiksa, kami mendapati memang benar telur-telur tersebut mempunyai bentuk yang berbeza daripada biasa. Ia besar dan bila dipecahkan tidak kelihatan pusat telur (chalazae - bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur). Telur-telur itu juga tidak berbau seperti telur biasa. Mengikut satu laporan, telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur.

Mengikut laporan tersebut, telur tiruan mengandungi bahan-bahan kimia. Cangkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan. Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya. Kalsium klorida ditambah ke dalam adunan telur dan kemudian ke dalam acuan untuk menghasilkan membran telur. Cangkerang telur diperbuat dengan lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan bahan-bahan lain. Pada amnya bahan-bahan ini adalah penambah makanan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama. Oleh itu telur tiruan hanya mempunyai sedikit atau tidak langsung berkhasiat berbanding telur sebenar.


CARA MENGENAL TELUR PALSU TIRUAN
  1. Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
  2. Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
  3. Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
  4. Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
  5. Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.
  6. Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
  7. Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
  8. Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.


Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia. Memandangkan ia merupakan makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini.

Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang Haram dimakan oleh orang Islam.
Blog Widget by LinkWithin

3 komen disini yer..:

Lia3003 said...

menakutkan, dulu saya pernah pos entry pasal telur tiruan dibuat..

temuntirung said...

wah..
dah lama saya cari entry camne nak mengenal pasti telur tiruan..
akhirnya saya jumpa dan dapat baca..
terima kasih atas info yang sangat penting ni bagi saya..
sebab saya ni suka makan telur goreng..
belum pernah rasa lagi telur tiruan ni camne..
menjijikkanlah..~

suspension 100 said...

Really i appreciate the effort you made for share the knowledge.