Showing posts with label ustaz. Show all posts
Showing posts with label ustaz. Show all posts

22 April 2011

Calon Imam Muda Musim Kedua Di Astro Oasis

1 komen disini yer..
Salam..
Lanun kongsikan satu video klip dari Youtube video promo calon calon Imam Muda Musim Kedua di Astro. 10 orang imam kesemuanya yang menampilkan pelbagai background pekerjaan tetapi mempunyai ilmu agama yang mantap InsyaAllah Harapan Lanun ini yang dapat melahirkan pendakwah pendakwah baru yang mampu meneruskan perjuangan amar makruf nahi mungkar sesuai dengan cabaran cabaran baru dunia moden.

 
Credit to : aftalentaesb youtube channel

Sepuluh orang calon Imam Muda yang terpilih itu ialah:

1. Ali Khairudin Haji Abdul Marif, 26 tahun, berasal dari Sabah
2. Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, 26 tahun, berasal dari Perak
3. Nazrul Izwan Zolkiflee, 26 tahun, berasal dari Johor
4. Wan Najdi Wan Mohd Noh, 20 tahun, berasal dari Selangor
5. Mohd Fakhrurrazi Hussin, 27 tahun, berasal dari Terengganu
6. Ammar Wan Harun, 27 tahun, berasal dari Kedah
7. Mohd Azlan Zulkarnain, 25 tahun, berasal dari Kuala Lumpur
8. Abdul Fattah Riddzwan, 21 tahun, berasal dari Negeri Sembilan
9. Mujahid Suhaimi, 20 tahun, berasal dari Singapura
10. Zulfadli Haji Awang, 24 tahun, berasal dari Brunei Darussalam.

15 April 2011

Ustazah Pilihan, Program Realiti Terbaru Astro ?

11 komen disini yer..


TERBARU : SAH!! Ditayangkan Oktober.. Perasmian Rancangan Ustazah Pilihan terbitan Astro Oasis KLIK SINI



Salam...
Ustazah Pilihan? adakah satu lagi rancangan realiti televisyen islamik terbaru keluaran Astro?  Imam Muda, kini..Ustazah Pilihan? Ya, mungkin. Ini berdasarkan apa yang Lanun terbaca satu wall status di Facebook Imam Muda mengenai siri pencarian realiti 'Ustazah Pilihan'. 


Jadi kali ini akan menampilkan ustazah ustazah pula sebagai peserta dan mungkin di uji seperti format rancangan Imam Muda pertama dan kini dalam sedang musim kedua. Untuk Siri Usatazah Pilihan ini program kendaliannya dan penglibatannya hampir 95 peratus dari wanita untuk wanita. Program realiti keagamaan ini dikatakan dibuat dengan kerjasama JAWI dan Bank Islam.

Adakah "Astro : Ustazah Pilihan" ini akan berjaya? Apa pendapat anda? 

Respon (peribadi) Lanun mengenai Ustazah Pilihan :
  1. Ada baik dan Ada Buruknya.. 
  2. Rancangan sebegini baik pada pandangan Lanun sekiranya ia dibuat dengan acuan Islam.
  3. Ia nya hendaklah tidak terlalu menekankan pertandingan siapa hebat dan siapa tidak hebat.
  4. Adakah kecantikan jadi keutamaan? Jangan jadikan kecantikan ustazah ustazah kita sebagai eksploitasi oleh Astro.
  5. Mohon sangat jangan la pandai pandai nak tukar gaya peserta sehingga mereka jadi mangsa fesyen yang akhirnya bawak dosa!!. Lebih lebih stail tudung !.
  6. Lanun setuju sekiranya ia menampilkan imej Sebenar seorang Muslimah mengikut Syarak.
  7. Lanun harap ia akan memberi mesej yang sebenar tentang aurat, akhlak, dan gaya hidup Islam yang menepati syarak supaya wanita muslim di Malaysia dapat mencontohinya.
  8. Semoga ia dapat lahirkan ulamak dari kalangan muslimah yang dapat menjalankan amar makruf nahi mungkar di Malaysia.
  9. Harap ia boleh jadi idola gadis gadis dari dok melayan AF, Mentor, OIAM, Malaysian Idol, dan lain lain yang lansung tidak mempunyai kebaikan pada Muslim di Malaysia.

06 August 2009

Wahida : Saya Nak Tinggalkan Semuanya??

7 komen disini yer..
Salam.. Ni berita terbaru untuk korang yang mengikuti kisah wahida dan ustaz akill hay...

Penyanyi dan pelakon yang dikaitkan dengan masalah penceraian Ustaz Akil iaitu Waheeda sudah nekad untuk tidak kembali aktif di dalam bidang seni, sama ada sebagai penyanyi mahupun pelakon.

"Saya sudah tolak semua undangan nyanyian termasuklah lakonan. Begitu juga dengan program Cafe Akhil Hayy kerana saya juga tidak pasti sama ada program itu akan diteruskan lagi atau tidak.


"Ketika ini, saya tidak lagi terlibat dengan sebarang aktiviti seni. Cuma saya masih lagi terbabit dengan Digi Superstar kerana terikat dengan kontrak setahun. Apapun, saya tidak menganggap diri saya sebagai artis lagi sekarang."

"Sudah lama keputusan ini saya buat, sebelum tercetusnya kontroversi itu lagi. Biarlah saya jadi seperti orang biasa. Dan saya amat gembira dengan hidup saya sekarang," kata Waheeda yang menambah dia mempunyai perancangan dan projek sendiri untuk dilakukan selepas ini.

Ditanya adakah subjek perkahwinan juga menjadi salah satu perancangannya selepas ini, sambil ketawa, kata Waheeda, dia hanya berserah tentang perkara jodoh kepada Allah.
Namun, sengaja diusik sama ada Akhil adalah lelaki yang akan bergelar suaminya kelak, Waheeda menjawab:

"Kalau dah namanya jodoh, kita tolak macam mana pun, tetap ia adalah jodoh. Benda macam ni, kita tidak tahu apa yang akan berlaku. Jadi, tunggu saja lah."-mstar

LANUN : Gua harap wahida jumpa ketenangan yang die carik...ketenangan tu ada..hanya pada islam..