Showing posts with label keburukan. Show all posts
Showing posts with label keburukan. Show all posts

15 April 2011

Ustazah Pilihan, Program Realiti Terbaru Astro ?

11 komen disini yer..


TERBARU : SAH!! Ditayangkan Oktober.. Perasmian Rancangan Ustazah Pilihan terbitan Astro Oasis KLIK SINI



Salam...
Ustazah Pilihan? adakah satu lagi rancangan realiti televisyen islamik terbaru keluaran Astro?  Imam Muda, kini..Ustazah Pilihan? Ya, mungkin. Ini berdasarkan apa yang Lanun terbaca satu wall status di Facebook Imam Muda mengenai siri pencarian realiti 'Ustazah Pilihan'. 


Jadi kali ini akan menampilkan ustazah ustazah pula sebagai peserta dan mungkin di uji seperti format rancangan Imam Muda pertama dan kini dalam sedang musim kedua. Untuk Siri Usatazah Pilihan ini program kendaliannya dan penglibatannya hampir 95 peratus dari wanita untuk wanita. Program realiti keagamaan ini dikatakan dibuat dengan kerjasama JAWI dan Bank Islam.

Adakah "Astro : Ustazah Pilihan" ini akan berjaya? Apa pendapat anda? 

Respon (peribadi) Lanun mengenai Ustazah Pilihan :
  1. Ada baik dan Ada Buruknya.. 
  2. Rancangan sebegini baik pada pandangan Lanun sekiranya ia dibuat dengan acuan Islam.
  3. Ia nya hendaklah tidak terlalu menekankan pertandingan siapa hebat dan siapa tidak hebat.
  4. Adakah kecantikan jadi keutamaan? Jangan jadikan kecantikan ustazah ustazah kita sebagai eksploitasi oleh Astro.
  5. Mohon sangat jangan la pandai pandai nak tukar gaya peserta sehingga mereka jadi mangsa fesyen yang akhirnya bawak dosa!!. Lebih lebih stail tudung !.
  6. Lanun setuju sekiranya ia menampilkan imej Sebenar seorang Muslimah mengikut Syarak.
  7. Lanun harap ia akan memberi mesej yang sebenar tentang aurat, akhlak, dan gaya hidup Islam yang menepati syarak supaya wanita muslim di Malaysia dapat mencontohinya.
  8. Semoga ia dapat lahirkan ulamak dari kalangan muslimah yang dapat menjalankan amar makruf nahi mungkar di Malaysia.
  9. Harap ia boleh jadi idola gadis gadis dari dok melayan AF, Mentor, OIAM, Malaysian Idol, dan lain lain yang lansung tidak mempunyai kebaikan pada Muslim di Malaysia.

21 November 2010

Filem 2 Alam Dr Rozmey dan Hitler

1 komen disini yer..
Salam..
Tadi Lanun buka facebook dan terjumpa satu video ni dari Fanpage Syahirul.com. Video ni memaparkan Hitler dengan kali ini kisah bertajuk Filem 2 Alam yang di target oleh DRR Dr Rozmey Jusmate5 dengan RM40 juta pecah hancur panggung. Tapi dengar dengar khabar filem tu tak laku seperti target oleh Dr yang terkenal dengan gaya rambut nya ni.


Cara amik video dari facebook letak dalam post? [klik sini]

Sekarang di Facebook dah ada Fanpage untuk anti Dr Rozmey pulak Hmm..macam macam. : FanPage Kami-tak-suka-Dr-Rozmey-yang-angkuh ( betulkah dia ni angkuh? ) Papepun produk beliau memang terkenal, kawan kawan Lanun pun ada yang amalkan.

Kalau search di Facebook rupa rupanya ada lagi macam macam page berkaitan Dr Rozmey. aduhaii...

11 November 2010

Pelancaran Proton Inspira 10 Nov 2010 - Gambar Penuh dan Maklumat Lengkap

7 komen disini yer..

Salam...
Hari ini PaulTan.org telah pun update mengenai pelancaran Model terbaru proton, iaitu Proton Inspira. Dulu dulu sebelum dapat nama ni ada yang panggil Waja Lancer, Waja Evo, dan ada juga panggil WaLan ha3, macam macam kan.

Untuk yang ingin melihat gambar gambar penuh dari pelbagai sisi Proton Inspira boleh lah rujuk pada link almbum laman web Paultan di bawah. Terdapat juga video rakaman semasa majlis pelancaran tersebut di laman web beliau. Jadi jangan lepaskan peluang untuk lihat rekabentuknya yang hampir sebijik sama dengan Mitsubishi Lancer dan baca tentang spesifikasi nya juga.

Gambar dari Album Web Paultan, Jom usyar :
  • Album Majlis Pelancaran Inspira Lancer Waja 10 Nov 2010 : [ KLIK SINI ]
  • Album Inspira-Product-Exterior 10 Nov 2010 (luar kereta): [ KLIK SINI ]
  • Album nspira-Product-Interior 10 Nov 2010 (aksesori dalam) : [ KLIK SINI ]
  • Spesifikasi dan Gambar Penuh Majlis Pelancaran : [ KLIK SINI ]

Video Credits to Paultan.org the best 
automotive website in Malaysia , jangan lupa klik link album atas tu k.

03 November 2010

Penurunan "Referrer Site" dari Digg.com ?

4 komen disini yer..
 

Salam...
Korang biasa dengan laman web Digg.com? Pada blogger blogger yang rajin update blog dan yang mengejar trafik pastinya kenal dengan lama web "gali" ni (digg.com). bagi yang tak tahu Digg.com merupakan adalah satu merupakan satu laman sesawang yang dijadikan tempat untuk orang berkongsi cerita ( link link dan url sesuatu web atau post terbaru )

Kebaikan Digg.com adalah ia dapat menaikkan "value" atau "ranking" post korang apabila korang submit link post blog korang kat sana. Yup, memang betul!, disebabkan tu Digg.com merupakan antara referrer terbanyak Lanun sebab ia telah naikkan ranking post Lanun di SERP (Search Engine Result Page)


Tetapi sekarang tak, hu3.. sejak Digg.com mengubah laman web nya kepada satu sistem yang baru referrer dari Digg.com telah jatuh menjunam. Adakah kerana kelemahan blog Lanun? atau Digg tidak berfungsi lagi seperti sebelum ni? Harap ada perkongsian jugak dari korang. TQ myfren..

29 October 2010

Gambar Design Proton Saga BLM Terbaru

1 komen disini yer..
Proton Saga BLM bakal ada wajah baru? Menurut apa yang Lanun baca di OH! Media dan PaulTan.org Proton Saga akan mengalami perubahan dari segi penampilannya. Apa agaknya pendapat korang dengan gambar model saga baru di bawah? 

Nak tengok gambar / foto design latest SAGA BLM oleh Proton? Nak Lagi jelas? Cekkeydawt link dibawah ni ada banyak gambar kat luar dan dalam kilang Proton sendiri.
  1. Ohtidak.com - design-baru-proton-saga-blm-yang-diperbaharui
  2. Paultan - proton-saga-facelift-artist-renderings-debut-at-klims
  3. Paultan - proton-saga-facelift-new-batch-of-spyshots
  4. Paultan - proton-saga-facelift-spotted-near-bukit-jelutong-nkve-toll
Yang Lama...
Credits to Paultan.org [the 1st source of automotive info]

Yang Baru...
Credits to Paultan.org [the 1st source of automotive info]

26 October 2010

Respon Pada Notis di Pangsapuri Taman Tasik Utama

5 komen disini yer..

Salam...
"Tak Takut". Agak agaknya siapa la yang menjawab kat notis ni? Pandai betul menjawab. Notis ni di tampal di Blok tempat Lanun tinggal. Kat sini MBMB melarang penduduk membuat ampaian di tempat tempat yang diberitahu dalam notis.

Masa zaman study dulu, Lanun sendiri pernah buat ampain guna tali antara dua pokok, sekali kena potong dengan penjaga kawasan tu dan dia bagi short note. Pastu kami ikat balik, degil. Sejak tu takda dah orang potong tali tu he3. Tapi sekarang takda dah lar buat stail gitu.

14 October 2010

Proton Inspira : Proton Waja Lancer kini boleh ditempah..

2 komen disini yer..
Gambar dan Maklumat dari Paultan.org Automotive best of the best website in Malaysia

Salam...
Proton Waja Lancer itulah nama sebelum ia di paprkan secara umum. Ia benar benar jadi sebutan orang ramai. Sampaikan visitor blog Lanun tak henti henti datang dari carian proton waja lancer. Kini ia dah ada nama rasmi. Apa nama dia?

Proton Inspira (kod P3-90A) itulah nama sebenar Proton waja yang diadaptasi dari wajah Mitsubishi Lancer, model kereta proton yang baru ni memang nampak gah, ia juga mempunyai bentuk body yang memang cantik dan smart bagi Lanun. Apa yang jadi tanda soal berapa harganya? harganya bermula dari RM79,880 (1.8 manual) hingga RM95 000.

Sekarang Proton baru ini telah dibuka untuk tempahan, dengan deposit RM1000. 26% parts dalam kereta ini buatan Malaysia semasa dilancar, dan ini akan meningkat dan meningkat sehingga semua dari vendor local parts.

Klasifikasi Proton Inspira
  • Mitsubishi Lancer with the choice of a
  • Mitsubishi’s 4B10 1.8 liter engine with a 5-speed manual,
  • a Mitsubishi 4B10 1.8 liter engine with a 6-speed virtual ratio CVT gearbox,
  • or a top of the range 2.0 liter 4B11 engine with the same CVT transmission with added steering column paddle shifters.
Warna dan pakej?
  • Warna? Merah Putih Silver dan Hitam
  • Offer? Percuma 2 tahun (50,000km) bernilai RM1,658 parts dan labor untuk yang menempah sebelum tarikh 31/12/2010.
Harga?
  • Harga tentatif dari RM79,880 untuk 1.8 manual dan tak lebih dari RM95000. Untuk 1.8 CVT harganya mungkin antara dua harga di atas. Harga rasmi akan di umum pada majlis pelancaran (10th of November 2010.)

Untuk gambar Proton Inspira dan bermacam macam lagi info : lawat Paultan.org (the best automotive website) klik klik klik...

06 October 2010

Duti eksais rokok dinaikkan lagi 3 sen sebatang

2 komen disini yer..

Kerajaan telah menaikkan kadar duti eksais bagi rokok sebanyak tiga sen sebatang, berkuatkuasa 1 Oktober. Dengan kenaikan kadar duti eksais itu, amaun kenaikan cukai bagi sekotak rokok 20 batang ialah kira-kira 63 sen, iaitu 60 sen daripada duti eksais dan tiga sen daripada cukai jualan,

Langkah itu juga selaras dengan dasar penetapan harga minimum jualan rokok sebanyak RM6.40 sekotak berkuatkuasa mulai 1 Januari tahun ni, jelasnya

Berita Penuh perkara ini : Malaysiakini KLIK SINI

02 October 2010

Software autoblogwalking, bagaimana ia berfungsi??

1 komen disini yer..
Salam...
Alhamdulillah bulan 10 ni bertambah rezeki lagi dari Allah :-) tambah semangat nak kerja, tambah semangat nak teruskan matlamat seumur hidup Lanun :-). Kembang semacam hati ni he3.. Ok nak gtau yang Lanun kebelakangan ni sejak masuk arena pekerjaan ni jarang sangat sangat blogwalking. Pastinya korang pun pasan kan? maaf sangat sangat pada semua..hu3

Sebut pasal blogwalking ni terdetik hati nak cerita software autoblogwalking yang boleh blogwalking dengan cepat dari cara tradisional. Lanun sebenarnya tak paham bagaimana software tu berfungsi, adakah dengan hantar mesej pada chatbox tanpa pergi blog tu? macam tu ke? kalau macam tu tak meriah la kan. ibarat adat ziarah menziarah dah hilang. betul tak? 

p/s : kalau ia tak macam tu, Lanun harap ade orang sudi terangkan kat Lanun macam ia berfungsi :-)