Showing posts with label promosi. Show all posts
Showing posts with label promosi. Show all posts

11 November 2010

Pelancaran Proton Inspira 10 Nov 2010 - Gambar Penuh dan Maklumat Lengkap

7 komen disini yer..

Salam...
Hari ini PaulTan.org telah pun update mengenai pelancaran Model terbaru proton, iaitu Proton Inspira. Dulu dulu sebelum dapat nama ni ada yang panggil Waja Lancer, Waja Evo, dan ada juga panggil WaLan ha3, macam macam kan.

Untuk yang ingin melihat gambar gambar penuh dari pelbagai sisi Proton Inspira boleh lah rujuk pada link almbum laman web Paultan di bawah. Terdapat juga video rakaman semasa majlis pelancaran tersebut di laman web beliau. Jadi jangan lepaskan peluang untuk lihat rekabentuknya yang hampir sebijik sama dengan Mitsubishi Lancer dan baca tentang spesifikasi nya juga.

Gambar dari Album Web Paultan, Jom usyar :
  • Album Majlis Pelancaran Inspira Lancer Waja 10 Nov 2010 : [ KLIK SINI ]
  • Album Inspira-Product-Exterior 10 Nov 2010 (luar kereta): [ KLIK SINI ]
  • Album nspira-Product-Interior 10 Nov 2010 (aksesori dalam) : [ KLIK SINI ]
  • Spesifikasi dan Gambar Penuh Majlis Pelancaran : [ KLIK SINI ]

Video Credits to Paultan.org the best 
automotive website in Malaysia , jangan lupa klik link album atas tu k.

09 November 2010

Video Panduan & Tips Peminat Sugar Glider

2 komen disini yer..

Salam...
Kebelakangan ni ramai yang search mengenai "sugar glider" kat blog Lanunsepet. Pada siapa yang tak tahu apakah itu Sugar Glider / Sugar Bear / Honey Glider. Refer artikel Lanun tentang haiwan ni sebelum ni [Sugar Glider : Comel & Manja, Nak Pelihara Tak?]

Binatang ini merupakan binatang seperti tupai yang kecil dan sangat comel. Ia jinak dan perlu pengjagaan rapi. Mungkin makin ramai orang Malaysia nak bela sugar gilder ni, tapi sebelum memelihara sugar glider korang kena tahu fakta, ilmu penjagaan, diet, ubat, kandang, pemakanan dan sebagainya.

Jadi untuk itu, Lanun akan kongsikan beberapa video informasi tentang binatang comel ni. Ia adalah video oleh seorang doktor veterinar Doctor David M Brust yang juga seorang peminat sugar glider. Banyak maklumat yang korang boleh dapat dari video ni sebelum buat keputusan untuk membeli seekor sugarglider.

Nak tahu? Nak belajar lagi pasal Sugar glider? KLIK SINI [ Channel Youtube Pakar Sugarglider ] atau klik gambar di atas. atau pergi ke Youtube dan search "sugarglidervet" ok. Semoga ia beri lebih informasi untuk korang semua. Adios he3.

06 November 2010

Jadual PC Expo 2010, Jom Usyar! Samakah macam PC Fair Pikom?

7 komen disini yer..

Salam...
Hari ini berlansung nya PC Expo hari ke 2 kat Kuala Lumpur ( Mid Valley exhibition center ). Lanun mula mula tahu pasal PC Expo ni kat surat khabar bila ternampak iklannya. Lanun terus tertanya tanya, apakah bezanya dengan PIKOM PC Fair? Mungkin kena pergi dulu baru terjawab kot. Tak pun mungkin beza dari penganjur jer, PC Expo dianjur oleh EventMaster ( Sesawang rasmi ).

Interaksi dgn Penganjur PC Expo? : FB PC Expo [nmpk mcm dieorang rajin layan FB]
Sesawang rasmi PC Expo?http://www.eventmasters.com.my/
Download Plan dan susunan gerai? : Klik "exhibitor" & pilih lokasi 

Konsepnya sama jualan barangan ICT, Digital, Gadget, PC, Notebook dan bla bla.. Jadi bagi sesiapa yang tengah nak cari barang barang PC dan sewaktu dengannya jangan lepaskan peluang untuk survey kat PC Expo k. Mungkin ada promosi yang menarik kat sana nanti. Jadi jangan lepaskan peluang kosongkan poket korang disini ha3..

Lanunsepet : PC Fair sesi II tahun ni dah lepas, ingatkan ada sesi ke III? nampaknya macam takda pun ni dah bulan 11 dah pun. Hmmm.. makin banyak PC Fair.. sama sama untung kan ( customer n consumer) apa salahnya? yang penting hati hati dengan berbelanja jangan membazir!.

Jom Usyar PC Expo di tempat korang? Bila yer?
  1. 29-31 OCT 2010 Stadium Indera Mulia, IPOH
  2. 5-7 NOV 2010 Mid Valley Exhibition Centre, KUALA LUMPUR
  3. 12-14 NOV 2010 Village Mall, SUNGAI PETANI
  4. 19-21 NOV 2010 Berjaya Megamall, KUANTAN
  5. 26-28 NOV 2010 Alor Star Mall, ALOR STAR
  6. 3-5 DEC 2010 Pisa, PENANG
  7. 3-5 DEC 2010 Persada Johor, JOHOR BAHRU
  8. 10-12 DEC 2010 BP Mall, BATU PAHAT
  9. 17-19 DEC 2010 MITC, MELAKA
  10. Sabah dan Sarawak tak mau ka pegi? 
PC Expo akan jejalah beberapa tempat di seluruh negara seperti jadual timetable PC Expo di bawah :

Jadual roadtour PC Expo 2010

PC expo di KL Mid valley [gambar ehsan dari Facebook PC Expo]

21 September 2010

Model Kereta Proton Single Seat Terbaru..

5 komen disini yer..
Salam...
Ramai dok sibuk pasal kereta terbaru proton yang akan dilancarkan tidak lama lagi ( bila la tu? ) iaitu kereta Proton Waja Replacement “P390A” yang buat bikin kecoh satu malaysia, mana taknya memang Lanun tengok pun minat, smart!.

Terbaru lagi, dalam Lanun cari cari maklumat semalam Lanun terjumpa model terbaru keluaran Proton yang berasaskan kayu, yer dengan kayu dan hanya sorang jar boleh duduk ki3.. Bawah ni ha gambar dia.. ada sapa sapa nak buat tempahan? enjin turbo...Jangan sapa sapa nak nafi k, ni memang proton punya.

Ciri ciri Proton Kayu
  • atap boleh buka sebab memang takda atap
  • takyah minyak tapi awas dengan anai anai he3.
  • tayar takyah lagi pam n jaga angin
  • lampu kena beli torchlight lar..tak skali dalam pakej.

he3.. ini keluaran proton jangan sapa nak nafi ok!!!!

22 August 2010

Kes "Wajib" Berlaku Bila Hampir Hari Raya...

4 komen disini yer..
Salam..
Yeay yeay nak raya nak raya... haaa ni nak raya ni mesti ade je kiter dengar kes kes pasal benda ni, apa lagi kalau bukan mercun. Kita dulu memang hari raya sinonim dengan mercun ni, bila dah bulan puasa mesti ramai yang jual mercun, bunga api yang macam macam jenis dan macam macam tahap letupan lak tu. tak kurang jugak yang berbahaya sampai boleh bawak cedera parah n mautt...

Tapi sekarang ni dah kurang kan, sejak diharamkan bertahun tahun lalu. Walaupun rasa macam keseronokan tu ditarik, tapi nak buat macam mana demi keselamatan. Kalau tak dulu masa kecik kecik rabun mata kelabu mata tengok macam macam jenis sampai tak tahu nak pilih, mercun gasing, mercun katak, ketupat, mercun bola, airbom, siap macam macam eksperimen lanun buat dengan mercun tu ha3.

Ada tak lagi sapa sapa yang jual mercun dalam katalog? Lanun nak beli he3... Lanun search search juga kat internet kot kot ada yang jual online tapi tak ada... ( tadi bunyi macam insaf ni nak beli pulak.. ) Moral, main yang biasa biasa tak bahaya punya k.

Terbaru di bulan Ramadhan 2010 ni di berita harian :
  1. Pelajar tahun dua cedera kena mercun
  2. Kanak-kanak maut dua lelaki parah rumah gudang mercun meletup
Bawah ni video rakaman di hospital seorang remaja Mohd Loqman yang dulu menggemparkan bila jarinya hancur bahana mercun bola, Kes ni masa 2009 di Alor setar kedah.


kes ni jadi masa tahun 2009 kalau tak silap, mercun bola punya hal.