Hari ini akan diumumkan keputusan UPSR 2010, Lanun ingin mengucapkan tahniah kepada semua para pelajar yang dah berjaya lepasi ujian kecil ini. Pasni adik adik semua akan hadapi ujian yang lebih besar dan mencabar sehinggalah akahir hayat. Hidup ni juga adalah satu cabaran dan ujian sebenarnya.
Harap semua bergembira dengan result masing masing dan pada yang kurang berjaya jangan risau ini bimbang, adik adik semua boleh baiki nya bila masuk ke tingkatan 1 dengan belajar lebih tekun. Kejayaan bukan di ukur dengan peperiksaan tetapi USAHA.
Dan selamat bercuti, semoga jadi remaja yang berjaya InsyaAllah.. kita dengar lagu ni k.
Yeay yeay nak raya nak raya... haaa ni nak raya ni mesti ade je kiter dengar kes kes pasal benda ni, apa lagi kalau bukan mercun. Kita dulu memang hari raya sinonim dengan mercun ni, bila dah bulan puasa mesti ramai yang jual mercun, bunga api yang macam macam jenis dan macam macam tahap letupan lak tu. tak kurang jugak yang berbahaya sampai boleh bawak cedera parah n mautt...
Tapi sekarang ni dah kurang kan, sejak diharamkan bertahun tahun lalu. Walaupun rasa macam keseronokan tu ditarik, tapi nak buat macam mana demi keselamatan. Kalau tak dulu masa kecik kecik rabun mata kelabu mata tengok macam macam jenis sampai tak tahu nak pilih, mercun gasing, mercun katak, ketupat, mercun bola, airbom, siap macam macam eksperimen lanun buat dengan mercun tu ha3.
Ada tak lagi sapa sapa yang jual mercun dalam katalog? Lanun nak beli he3... Lanun search search juga kat internet kot kot ada yang jual online tapi tak ada... ( tadi bunyi macam insaf ni nak beli pulak.. ) Moral, main yang biasa biasa tak bahaya punya k.
Terbaru di bulan Ramadhan 2010 ni di berita harian :
Bawah ni video rakaman di hospital seorang remaja Mohd Loqman yang dulu menggemparkan bila jarinya hancur bahana mercun bola, Kes ni masa 2009 di Alor setar kedah.
kes ni jadi masa tahun 2009 kalau tak silap, mercun bola punya hal.
Agak lama Lanun tak update berkaitan hal education ni. Lanun minta maaf kerana kekangan masa yang tak mencukupi. Arini Lanun mula buka laman laman utama institusi pendidikan semula demi mencari maklumat yang boleh kita kongsi bersama kerana mungkin ada yang berminat.
Permohonan online kemasukan ke politeknik kementerian pengajian tinggi masih lagi dibuka. Pemohon boleh merujuk laman web ni [Permohonan Kemasukan Politeknik Sesi Disember 2010] untuk mula membuat permohonan.
Permohonan Kemasukan Pelajar Baru Universiti Teknologi Mara Bagi Program Sepenuh Masa Pra Diploma, Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Serta Program Profesional (Sepenuh Masa / Separuh Masa) Sesi Disember 2010 Dibuka Mulai 16 Ogos 2010 Jam 12 Tengah Hari
Lamanweb Permohonan : http://online.uitm.edu.my/
Tarikh Mula Dibuka : 16 Ogos 2010 (12.00 tgh hari)
Tarikh Tutup : 19 September 2010
Kursus ditawarkan :
Pra diploma
Diploma
Asasi
Ijazah sarjana Muda
Professional (fulltime/part time)
InsyaAllah, Lanun akan update untuk yang berminat Sekian..
Korang teringin tak tengok saluran-saluran TV yang ada kat astro tak ? Cartoon,Bola, ESPN, HBO, Star Movies,Dragon Ball, Korean Drama and macam-macam lagi lar. Tapi saluran Astro Ria takda lakan. Memang 24hours... Minat??