Showing posts with label semakan. Show all posts
Showing posts with label semakan. Show all posts

21 March 2011

Semakan Keputusan SPM 2010 Rabu 23 Mac ini...

1 komen disini yer..
Salam..
Melalui apa yang Lanun baca di akhbar mutakhir, semakan keputusan SPM 2010 akan di umumkan hari Rabu ini bermula 10 pagi di sekolah masing masing. Calon persendirian pula akan dimaklumkan melalui pos, atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri, tempat mereka mendaftar sebelum ini.

Selain itu semakan menggunakan SMS juga akan di aktifkan pada hari yang sama, dengan menggunakan khidmad Mysms 15888 bermula 10 pagi Rabu hingga tengah malam nya. Bagaimana cara menyemak? entah lar tak dibagitau. Boleh rujuk laman web Mysms [http://www.mysms.gov.my] tapi Lanun cek tadi still takdak info.

11 November 2010

Keputusan UPSR 2010 Hari Ini Khamis 11 Nov 2010

2 komen disini yer..
Salam...
Hari ini akan diumumkan keputusan UPSR 2010, Lanun ingin mengucapkan tahniah kepada semua para pelajar yang dah berjaya lepasi ujian kecil ini. Pasni adik adik semua akan hadapi ujian yang lebih besar dan mencabar sehinggalah akahir hayat. Hidup ni juga adalah satu cabaran dan ujian sebenarnya.

Harap semua bergembira dengan result masing masing dan pada yang kurang berjaya jangan risau ini bimbang, adik adik semua boleh baiki nya bila masuk ke tingkatan 1 dengan belajar lebih tekun. Kejayaan bukan di ukur dengan peperiksaan tetapi USAHA.

Dan selamat bercuti, semoga jadi remaja yang berjaya InsyaAllah.. kita dengar lagu ni k.

13 October 2010

Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI-SR dan KPLI-jQAF) Ambilan Januari 2011

1 komen disini yer..
Salam... Info dari Lamanweb KPM

Assalamu'alaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Aplikasi Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI-SR dan KPLI-jQAF) Ambilan Jan 2011 boleh dibuat mulai pada 11 Oktober 2010 (Isnin) melalui laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia : Permohonan JQAF dan SR

Calon dikehendaki mendapatkan NO PIN di cawangan BSN berhampiran sebelum membuat permohonan.

Dalam laman web permohonan korang leh dapatkan maklumat dibawah :

  1. Iklan Permohonan
  2. Kesesuaian Ijazah Dengan Bidang Pengajian
  3. Struktur Program
  4. Kalendar Aktiviti KPLI-SR & KPLI j-QAF
  5. e-Panduan Permohonan
  6. Contoh Borang Permohonan
  7. Mengisi Permohonan KPLI-SR & KPLI j-QAF
Sekian, terima kasih.
Diterbitkan Oleh: Bahagian Pengurusan Maklumat