Showing posts with label exam. Show all posts
Showing posts with label exam. Show all posts

09 June 2011

Keputusan (MUET) bagi Pertengahan 2011 Di Umum 13 Jun

0 komen disini yer..

Menurut Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) keputusan MUET boleh disemak isnin depan 13 Jun 2011. Untuk semakan boleh rujuk di sekolah atau institusi masing-masing mulai jam 10 pagi manakala calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos.

Semakan melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) boleh juga, dengan menaip MUET dan hantarkan ke 15888 atau 36363, mulai pukul 12:01 tengah malam 13 Jun 2011 dan melalui sistem dalam talian dengan melayari laman web MPM www.mpm.edu.my mulai pukul 9 pagi pada tarikh yang sama.

Rayuan Semakan Semula : Bayaran RM70 dan Tarikh tutup rayuan 27 Jun 2011.
Pendaftaran Baru : Daftar MUET Akhir 2011 secara online di www.mesp.gov.my/online Tarikh tutup : 21 Julai 2011

13 October 2010

Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI-SR dan KPLI-jQAF) Ambilan Januari 2011

1 komen disini yer..
Salam... Info dari Lamanweb KPM

Assalamu'alaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Aplikasi Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI-SR dan KPLI-jQAF) Ambilan Jan 2011 boleh dibuat mulai pada 11 Oktober 2010 (Isnin) melalui laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia : Permohonan JQAF dan SR

Calon dikehendaki mendapatkan NO PIN di cawangan BSN berhampiran sebelum membuat permohonan.

Dalam laman web permohonan korang leh dapatkan maklumat dibawah :

  1. Iklan Permohonan
  2. Kesesuaian Ijazah Dengan Bidang Pengajian
  3. Struktur Program
  4. Kalendar Aktiviti KPLI-SR & KPLI j-QAF
  5. e-Panduan Permohonan
  6. Contoh Borang Permohonan
  7. Mengisi Permohonan KPLI-SR & KPLI j-QAF
Sekian, terima kasih.
Diterbitkan Oleh: Bahagian Pengurusan Maklumat

24 July 2010

Penempatan KPLI Ambilan Khas Jun 2009 dan Lepasan IPTA (Sekolah Rendah)

0 komen disini yer..
Makluman Penempatan Lepasan KPLI Ambilan Khas Jun 2009 dan Lepasan IPTA (Sekolah Rendah)

Semakan Penempatan Guru Baru Sekolah Rendah [Lepasan KPLI Ambilan Khas Jun 2009 dan Lepasan IPTA (Sekolah Rendah)] ialah mulai 2 Ogos 2010 melalui Laman Web KPM.

Tarikh Penempatan Guru Baru Sekolah Rendah [Lepasan KPLI Ambilan Khas Jun 2009 dan Lepasan IPTA (Sekolah Rendah)] ialah pada 16 Ogos 2010 (Isnin).

11 April 2010

Selamat Menjalani Peperiksaan Akhir Kepada Semua Student UTEM... Semoga Berjaya... All the Best...

5 komen disini yer..
Salam...
Blog Lanunsepet mewakili Lanun, Coklat Ungu, Dan ChekZu mengucapkan selamat maju jaya kepada semua student UTEM yang bakal memulakan perjuangan dalam minggu peperiksaan akhir bermula esok. Semoga sentiasa berada dalam keadaan tenang dan bersedia menghadapi minggu yang mencabar ni. Lanun juga mendoakan semua sentiasa dalam keadaan sihat, dapat menjawab soalan dengan mudah, tenang, dan akhirnya mendapat keputusan yang cemerlang dalam semester kali ini. Ingat!! pastikan semester ini lebih baik dari semester dari yang sebelumnya. :-) Semoga Berjaya.. All the best.

Lanunsepet & Coklatungu : ChekZu, Lanun doakan mudah urusan, mudah paham apa yang study, dan dikurniakan ketenangan untuk menjawab soalan esok. InsyaAllah..