Showing posts with label gagal. Show all posts
Showing posts with label gagal. Show all posts

09 June 2011

Keputusan (MUET) bagi Pertengahan 2011 Di Umum 13 Jun

0 komen disini yer..

Menurut Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) keputusan MUET boleh disemak isnin depan 13 Jun 2011. Untuk semakan boleh rujuk di sekolah atau institusi masing-masing mulai jam 10 pagi manakala calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos.

Semakan melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) boleh juga, dengan menaip MUET dan hantarkan ke 15888 atau 36363, mulai pukul 12:01 tengah malam 13 Jun 2011 dan melalui sistem dalam talian dengan melayari laman web MPM www.mpm.edu.my mulai pukul 9 pagi pada tarikh yang sama.

Rayuan Semakan Semula : Bayaran RM70 dan Tarikh tutup rayuan 27 Jun 2011.
Pendaftaran Baru : Daftar MUET Akhir 2011 secara online di www.mesp.gov.my/online Tarikh tutup : 21 Julai 2011

11 March 2010

Result Dah Kuar!! Panduan Tengok Gred SPM Yang baru...

18 komen disini yer..
Salam...

Pagi tadi Lanun dpt mesej dari adik lanun, dier gtau result SPM dier. Walaupun tak cemerlang mana dengan hanya satu A, xpelah. Harap pas dgr nasihat abg dier ni dier jadi berusaha lebih lagi. Sekarang Lanun nak apply kat mane yg sesuai, bagi dier dpt sambung belajar, so dier ade peluang baiki diri and tingkat pencapaian untuk bantu diri sendiri and keluarga.

Untuk pengetahuan korang mulai SPM 2009 gred baru telah pun diperkenalkan. Mungkin ada yang tak reti maklumlah lah. SPM sekali se umur hidup. he3. Jadi ini untuk ibu ibu bapak bapak, kakak, abang, and pada sape2 yang tak reti nak tengok sini ada panduan gred SPM yang terbaru.