Showing posts with label ulangan. Show all posts
Showing posts with label ulangan. Show all posts

09 June 2011

Keputusan (MUET) bagi Pertengahan 2011 Di Umum 13 Jun

0 komen disini yer..

Menurut Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) keputusan MUET boleh disemak isnin depan 13 Jun 2011. Untuk semakan boleh rujuk di sekolah atau institusi masing-masing mulai jam 10 pagi manakala calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos.

Semakan melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) boleh juga, dengan menaip MUET dan hantarkan ke 15888 atau 36363, mulai pukul 12:01 tengah malam 13 Jun 2011 dan melalui sistem dalam talian dengan melayari laman web MPM www.mpm.edu.my mulai pukul 9 pagi pada tarikh yang sama.

Rayuan Semakan Semula : Bayaran RM70 dan Tarikh tutup rayuan 27 Jun 2011.
Pendaftaran Baru : Daftar MUET Akhir 2011 secara online di www.mesp.gov.my/online Tarikh tutup : 21 Julai 2011

22 April 2011

Waktu Siaran Rancangan Imam Muda Musim Kedua 106 Astro Oasis

1 komen disini yer..
Salam..
Lanun kongsikan maklumat yang Lanun dapat dari laman web rasmi  Astro Imam Muda [Astro Imam Muda Official Website] dan Facebook Imam Muda Iaitu mengenai waktu siaran episod episod ujian dan cabaran serta tugasan yang dilalui oleh Imam Muda musim terbaru ini. 

Dalam episod ini, penonton bakal menyaksikan bagaimana kesemua 10 peserta imam muda musim kedua yang terpilih mengharungi cabaran mengatasi pelbagai ujian penting mengikut kaedah dan metadologi yang disediakan di bawah pimpinan dan pemerhatian khusus Pengetua dengan dibantu dua orang Mentor.

PROGRAM TARIKH WAKTU SIARAN SALURAN
Medan Imam Muda EP 1     29 April 2011   9mlm-10mlm   Astro Oasis(saluran 106)
Medan Imam Muda EP 2      6 Mei 2011      9mlm-10mlm   Astro Oasis(saluran 106)
Medan Imam Muda EP 3     13 Mei 2011     9mlm-10mlm   Astro Oasis(saluran 106)
Medan Imam Muda EP 4     20 Mei 2011     9mlm-10mlm   Astro Oasis(saluran 106)
Medan Imam Muda EP 5     27 Mei 2011     9mlm-10mlm   Astro Oasis(saluran 106)
Medan Imam Muda EP 6     3 Jun 2011        9mlm-10mlm   Astro Oasis(saluran 106)
Medan Imam Muda EP 7     10 Jun 2011      9mlm-10mlm   Astro Oasis(saluran 106)
Medan Imam Muda EP 8     17 Jun 2011      9mlm-10mlm   Astro Oasis(saluran 106)
Medan Imam Muda EP 9     24 Jun 2011      9mlm-10mlm   Astro Oasis(saluran 106)
Medan Imam Muda EP 10   1 Julai 2011      9mlm-10mlm    Astro Oasis(saluran 106)