Showing posts with label keputusan. Show all posts
Showing posts with label keputusan. Show all posts

23 June 2011

Semakan Penempatan GSST Bil . 2/2011

8 komen disini yer..

Semakan Penempatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST) Yang Telah Tamat Mengikuti Sarjana Muda Pendidikan Dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Bil . 2/2011 boleh di buat di link ini yer.

Untuk Semakan : Bil. 2/2011
Laman Web Semakan : KLIK DISINI
Tarikh Semakan : 20.06.2011 – 27.06.2011.

09 June 2011

Keputusan (MUET) bagi Pertengahan 2011 Di Umum 13 Jun

0 komen disini yer..

Menurut Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) keputusan MUET boleh disemak isnin depan 13 Jun 2011. Untuk semakan boleh rujuk di sekolah atau institusi masing-masing mulai jam 10 pagi manakala calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos.

Semakan melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) boleh juga, dengan menaip MUET dan hantarkan ke 15888 atau 36363, mulai pukul 12:01 tengah malam 13 Jun 2011 dan melalui sistem dalam talian dengan melayari laman web MPM www.mpm.edu.my mulai pukul 9 pagi pada tarikh yang sama.

Rayuan Semakan Semula : Bayaran RM70 dan Tarikh tutup rayuan 27 Jun 2011.
Pendaftaran Baru : Daftar MUET Akhir 2011 secara online di www.mesp.gov.my/online Tarikh tutup : 21 Julai 2011

06 April 2011

Senarai Calon Pilihan Raya DUN Sarawak 2011

0 komen disini yer..

Salam...
Hari ini adalah Hari Penamaan calon PR DUN Sarawak, jadi Lanun kongsikan DIBAWAH ni senarai calon calon yang bertanding dalam pilihan raya dewan undangan negeri Sarawak bagi tahun 2011 ini. Terdapat 71 Dun kesemuanya yang menyaksikan kesemua tempat berlaku pertandingan tanpa menang tanpa bertanding. 

Sebelum ini pilihanraya adalah pada 20mei 2011 dan kali ini ia akan berlansung pada 16 April dengan tempoh masa 10 hari berkempen. Pada para pengundi di Sarawak pilihlah dengan bijak. Lanun tak boleh lah mengundi walaupun dok disini he3.
Sumber : Malaysiakini 

19 September 2010

UPSR 2010 2 Hari Sahaja Lagi : Untuk Adik2 Semoga Berjaya dan Do The Best

2 komen disini yer..
Salam...
Lagi 2 Hari UPSR Ujian Penilian Sekolar Rendah akan bermula, mesti semua adik adik yang mengambil UPSR ngah berdebar debar. Dan tak kurang jugak yang tak berdebar debar sebab tak amik series dengan ujian ni. Walaupun ia hanya ujian awal bagi peringkat sekolah rendah, adik adik mesti amik berat kerana melalui itulah kita dapat nilai tahap diri kita. Kenapa UPSR penting bagi adik adik ?:
  1. Jadikan sebagai bukti yang kita dah jalankan amanah sebagai anak yang baik dan rajin
  2. Sebagai tanda terimakasih pada mak dan ayah juga cikgu dan cikgi
  3. Sebagai penilai tahap diri kita sepanjang belajar di sekolah rendah
  4. Sebagai tiket untuk ke sekolah / kelas yang baik untuk yang berminat ke sekolah berasrama penuh.
  5. Sebagai nilai tambah diri kita.
  6. Sebagai pendorong dan motivasi pada adik adik dibawah kita.
Abang Lanun mengucapkan Semoga Berjaya Good Luck dan Do The Best pada adik Lanun sendiri yang akan amik UPSR minggu depan, juga pada 3 orang anak buah CoklatUngu yang juga sama ambil UPSR di Kedah serta semua calon calon UPSR 2010. All The Best.... 

Pesanan Abang Lanun :
  1. Ada masa review sket sket
  2. Jaga Kesihatan & Rehat secukupnya.
  3. Mintak izin Ibu Ayah Abang Kakak Cikgu Cikgi
  4. Mintak doa mereka
  5. Banyakkan berdoa dan baca AlQuran
  6. Jauhkan dari aktiviti tak elok.

17 July 2010

Realiti Imam Muda : Pendapat Korang?

8 komen disini yer..

Sepuluh orang calon Imam Muda :
Amiril Md. Banin, 25, Kuala Lumpur; Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26, Pulau Pinang; Ahmad Hazran Ahmad Kamal, 26, Negeri Sembilan; Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27, Kedah; Muhammad Khairul Azhar Ghazali, 21, Kedah; Nik Muhammad Adib Md Amin, 22, Kelantan; Nuri Ali Arbain, 25, Pahang; Sharafuddin Suaut, 26, Sarawak; Ahmad Syakir Zamri, 19, Kelantan; dan Mohd Taufek Mohd Noh, 27, Johor.

Laman Web Rasmi : Imam Muda
Laman Facebook : Imam Muda 106 Fan Page

Lanun tertarik masa 1st time dengar pasal rancangan realiti baru Imam Muda ni, tapi tak tengok tengok pun sebab sibuk dengan keje, internet pun payah sekarang. Pada yang layan cite ni apa yer pendapat korang dengan rancangan nie? Sesuai tak? boleh tak korang rasa dieorang capai objektif? 

16 April 2010

Semakan Keputusan Kemasukan ke Matrikulasi KPM Sesi 2010/2011...Dibuka Hari Ini...

0 komen disini yer..
Salam...
Kepada yang memohon Matrikulasi KPM Sesi 2010/2011 boleh lah menyemak permohonan anda mulai hari ini. Dengan menggunakan salah satu dari 3 cara seperti dibawah :
  1. Online Web http://apps.emoe.gov.my/semakan_matrik/
  2. Melalui SMS – Taip MOE (jarak) MAT (jarak) No.KP (tanpa sempang) dan hantar kepada 15888 Contoh: MOE MAT 911001115263 dan hantar ke 15888
  3. Panggilan telefon ke Talian Bantuan Matrikulasi di 03 8884 4100 (waktu Bekerja)

Semoga Berjaya.. Kalau berjaya Tahniah Lanun ucapkan, pada yang tidak jangan bimbang masih ada peluang lain, untuk berjaya ada banyak jalan, kejayaan anda tidak akan terbantut jika gagal pada tahap ini.

Pendaftaran : 10 Mei 2010
Rayuan : 16 April - 30 April (Online) 
Keputusan Rayuan : 24 mei 2010
Pertanyaan sila call number 03 8884 4100
credit to eputra dan beliamuda

05 April 2010

Keputusan pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009

0 komen disini yer..
Salam...

Malam tadi berlansung Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009, menyaksikan artis artis "pujaan" berebut kedudukan terpopular. Akhirnya malam tadi, Siti memenangi tempat artis paling popular ABPBH 2009.

Apa yang Lanun perhatikan Artis kita semakin "maju" dalam cara dressing dieorg. Kadang- kadang rasa pelik kenapa kiter perlu angkat seseorg sebegitu.

Rabbani telah menang artis nasyid popular bagi tahun 2009, tapi Ustaz Asri dah takda,n Lanun yakin Ustaz Asri tiadalah rugi sedikittt pun tidak dapat bersama dalam majlis itu, sebab anugerah takdalah apa sangat kan. lagipun rasa pelik bila artis nasyid bersama sama dengan artis lain yang berbeza penampilan. Apepun, yang penting perjuangan Ustaz Asri menyampaikan mesej dakwah tu sampai kepada pendengar. Alfatihah untuk Ustaz Asri...

Lanun tengok sekejap jer sambil makan malam kat aisya nasi kandar (lagii..), pas tu Lanun balik untuk sambung kerja. Hari ni ada test mr.sadiqin untuk test industry automation. Report pun banyak kena submit juga pada hari ni, n pada malamnyer pulak ade presentation dialog lakonan Bahasa Mandarin.

03 April 2010

Chelsea Menjatuhkan Manchester United.... 2 -1

0 komen disini yer..
MANCHESTER, England: Chelsea menjatuhkan Manchester United dengan 2-1 di Old Trafford dalam perlawanan tadi untuk kembali ke puncak Liga Perdana Inggeris dengan kelebihan dua mata. Masa makan malam tadi, Lanun n kawan2 sempat ikuti game, n meraikan kemenangan Chelsea di Aisyah TTU Nasi Kandar siyyepp... he3.. sabo2 la peminat MU yer..

ni la bakal manager MU pas ni... siyyep..

17 March 2010

Video : Perlawanan Akhir All England Lee Chong Wei VS Kenichi Tago....

0 komen disini yer..
Anda terlepas? Anda sibuk masa aritu? tak dapat tengok perlawanan akhir ? Saksikan video perlawanan akhir All England antara Lee Chong Wei mewakili Malaysia VS Kenichi Tago (pemain muda hebat, 20years old) dari Jepun. Akhirnya tamat dengan kemenangan pada Chong Wei 21-19, 21-19.

Pada sapa yang tak dapat tengok haritu boleh download video rakaman perlawanan yang cukup sengit ini. Perlawanan ni jugak ade sedikit kontroversi di akhir set ke 2, untuk lihatnya boleh download menggunakan link dibawah...

Download via Kraetiv.net (mediafire, 3part) : [KLIK SINI]


15 March 2010

Tahniah : Chong Wei juara Seluruh England

2 komen disini yer..
Salam..

Tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei (ranking 1 didunia) kerana memenangi juara perseorangan lelaki Seluruh England sebentar tadi 21-19, 21-19. Lanun ngan kawan-kawan yang ikuti perlawanan tadi pun teruja dengan kemenangan dlm perlawanan yang cukup sengit. 

Lawan chong wei adalah seorang budak muda (ranking 20 didunia) dari Jepun, Kenichi Tago yang kini sedang meningkat nama dalam dunia badminton nih. Kekalahan si K Tago ni tak langsung memalukan beliau, tapi satu kebanggaan sebab bagi fight yang sengit pada Chong wei. Tahniah sekali buat Chong wei dan K Tago.

03 March 2010

Permohonan Kemasukan Ke IPTA Program Pengajian Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah DPLI Ambilan Julai 2010

4 komen disini yer..
Salam...

Disini ada satu info yang Lanun nak kongsikan bersama iaitu Permohonan Kemasukan Ke IPTA Program Pengajian Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Ambilan Julai 2010 (DPLI) telah pun di buka. Lanun pun kurang arif dengan DPLI ni. Tapi tak silap Lanun DPLI ini lebih kurang macam KPLI(untuk sekolah rendah), tapi sijil nya sah untuk mengajar sekolah sekolah menengah di seluruh negara termasuk pedalaman. Anda akan mengambil kursus di mana2 universiti tempatan yang berkaitan dan menuntut selama 9 bulan sebelum posting. Untuk yang bercadang memohon boleh lah mula mengisi borang sekarang secara online bermula 1- 16 MAC 2010.


Jadi sesiapa yang berminat, bolehlah mula memohon : [KLIK SINI]
** rasanya kena beli number pin dahulu di BSN.