Showing posts with label ranking 1. Show all posts
Showing posts with label ranking 1. Show all posts

29 August 2010

Taraf Rating Universiti dan Kolej Universiti Dalam Malaysia 2009 ( IPTA dan IPTS )

5 komen disini yer..

Salam..
Ini info terbaru Lanun nak share pada semua mengenai rating MQA yang telah dijalankan untuk tahun 2009 yang lalu. Kajian ini dpanggil SETARA Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia atau dalam bahasa inggeris Rating System For Malaysian Higher Education Institutions. SETARA ini dikelola dibawah MQA iaitu Agensi Kelayakan Malaysia.

Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia 2009 (SETARA ‘09) MQA mengukur kualiti pengajaran dan pembelajaran di peringkat Ijazah Pertama bagi universiti dan kolej universiti (U & KU) di Malaysia. Instrumen SETARA ’09 meliputi tiga dimensi generik iaitu input, proses dan output untuk menilai kualiti pengajaran dan pembelajaran. Dimensi input menerangkan bakat, sumber dan governan. Dimensi proses menumpukan kepada kurikulum dan dimensi output ke atas kualiti graduan. Struktur keseluruhan instrumen boleh diakses di . SETARA ’09 mengklasifikasi penarafan kepada enam tahap (Tiers) dengan Tier 6 sebagai tahap tertinggi (Terbilang) dan Tier 1 sebagai yang paling rendah (Lemah). Berikut merupakan senarai penuh keputusan SETARA ‘09, mengikut susunan abjad:

Jom kita lihat adakah universiti korang tersenarai di kategori mana?
Dalam SETARA di kategorikan kepada  6 TIER (tahap) iaitu :
Tahap 6 TIER : Terbilang
Tahap 5 TIER : Cemerlang 
Tahap 4 TIER : Sangat Baik
Tahap 3 TIER : Baik
Tahap 2 TIER : Memuaskan 
Tahap 1 TIER : Lemah 

Ia disusun ikut abjad ok, jadi tiada bermakna sapa atas dia yang terbaik. Untuk lihat senarai rating dan tahap Universiti dan Kolej Universiti Dalam Malaysia sila klik link dibawah :

Untuk Download : Link 1 atau Link 2

p/s : UTEM di TIER ke 5 yeahh!! nest TIER 6 lak tahun depan.

17 March 2010

Video : Perlawanan Akhir All England Lee Chong Wei VS Kenichi Tago....

0 komen disini yer..
Anda terlepas? Anda sibuk masa aritu? tak dapat tengok perlawanan akhir ? Saksikan video perlawanan akhir All England antara Lee Chong Wei mewakili Malaysia VS Kenichi Tago (pemain muda hebat, 20years old) dari Jepun. Akhirnya tamat dengan kemenangan pada Chong Wei 21-19, 21-19.

Pada sapa yang tak dapat tengok haritu boleh download video rakaman perlawanan yang cukup sengit ini. Perlawanan ni jugak ade sedikit kontroversi di akhir set ke 2, untuk lihatnya boleh download menggunakan link dibawah...

Download via Kraetiv.net (mediafire, 3part) : [KLIK SINI]


15 March 2010

Tahniah : Chong Wei juara Seluruh England

2 komen disini yer..
Salam..

Tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei (ranking 1 didunia) kerana memenangi juara perseorangan lelaki Seluruh England sebentar tadi 21-19, 21-19. Lanun ngan kawan-kawan yang ikuti perlawanan tadi pun teruja dengan kemenangan dlm perlawanan yang cukup sengit. 

Lawan chong wei adalah seorang budak muda (ranking 20 didunia) dari Jepun, Kenichi Tago yang kini sedang meningkat nama dalam dunia badminton nih. Kekalahan si K Tago ni tak langsung memalukan beliau, tapi satu kebanggaan sebab bagi fight yang sengit pada Chong wei. Tahniah sekali buat Chong wei dan K Tago.