Showing posts with label pertama. Show all posts
Showing posts with label pertama. Show all posts

16 October 2011

Senarai Lengkap Yang di-Pertuan Agong Malaysia Dulu Hingga Sekarang 2011

0 komen disini yer..
Salam...
Lanun kongsikan senarai lengkap YDPA atau pun Yang Di Pertuan Agong Malaysia daripada 1957 hingga yang terkini iaitu Tuanku Mizan Zainal Abidin yang akan tamat perkhidmatan 5 tahun nya sebagai YDPA Malaysia pada 13 Disember 2011 ini. 

Baginda akan diganti oleh Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ( YDPA ke 14 ) manakala timbalan YDPA disandang Sultan Kelantan Sultan Muhammad V. Ini telah diputusakn oleh Majlis Raja-Raja Melayu. Baginda Sultan Kedah akan berkhidmat dari 13 Disember selama 5 tahun akan datang. Ini adalah kali kedua baginda dilantik selepas tahun 1970. Daulat Tuanku.

Untuk senarai lengkap Yang Di Pertuan Agong negara kita boleh lah skroll dibawah. Gambar dan maklumat dibawah Lanun dapatkan dari (source : tak ingat).

No.Yang di-Pertuan AgongRaja Permaisuri AgongTempoh memerintahNegeri
1Tuankuabdulrahman.jpgTuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku MuhammadImg queen1 2.gifTuanku Puan Besar Kurshiah binti Almarhum Tuanku Besar Burhanuddin31 Ogos 1957– 1 April 1960Negeri Sembilan
2Img agung2 2.gifSultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman ShahImg queen2 2.gifTengku Ampuan Jemaah binti Raja Ahmad14 April 1960 –1 September1960Selangor
3Img agung3 2.gifTuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan JamalullailImg queen3 2.gifTengku Budriah binti Almarhum Tengku Ismail21 September1960 – 20 September1965Perlis
4Img agung4 2.gifSultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin IIIImg queen4 2.gifTunku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Omar Setia Raja21 September1965 – 20 September1970Terengganu
5Img agung5 2.gifTuanku Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan BadlishahImg queen5 2.gifTunku Hajah Bahiyah binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman21 September1970 – 20 September1975Kedah
6Img agung6 2.gifSultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim PetraImg queen6 2.gifTengku Zainab binti Tengku Mohammad Petra21 September1975 – 30 Mac1979Kelantan
7Img agung7 2.gifSultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam ShahImg queen7 2.gifTengku Hajah Afzan binti Tengku Mohammad Panglima Perang26 April 1979 –25 April 1984Pahang
8Img agung8 2.gifBaginda Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj ibni Almarhum Sultan IsmailImg queen8 2.gifSultanah Zanariah bintii Tengku Ahmad Panglima Raja26 April 1984 –25 April 1989Johor
9Img agung9 2.gifSultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Shah Ghafarullahu-lahuImg queen9 2.gifTuanku Siti Bainun binti Mohd Ali26 April 1989 –25 April 1994Perak
10Img agung10 2.gifTuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul RahmanImg queen10 2.gifTunku Najihah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin26 April 1994 –25 April 1999Negeri Sembilan
11Img agung11 2.gifSultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-HajImg queen11 2.gifTuanku Siti Aisyah binti Abdul Rahman26 April 1999 –21 November2001Selangor
12Img agung12 2.gifDuli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra JamalullailImg queen12 2.jpgTengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid13 Disember2001 – 12 Disember2006Perlis
13Yang di-pertuan agong ke-13.PNGDuli Yang Maha Mulia Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Al-Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-HajImg queen13 2.gifTuanku Nur Zahirah13 Disember2006 – SekarangTerengganu


sumber & credits : Wikipedia dan http://clutzgallery.com/

YDP Agong ke 14 Malaysia , bermula 13 Disember 2011 :

Majlis Raja Raja telah bersidang pada 14 Oktober 2011 lalu memutuskan Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah akan menjadi YDP Agong ke 14. Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Bahiyah binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Baginda akan memulakan tugas pada 13 Disember 2011 hingga 13 Disember 2016. InsyaAllah.

02 September 2010

Senarai Ketua Polis Negara Malaysia dari 1958 - 2010 Hingga Kini

0 komen disini yer..
Senarai lengkap Ketua Ketua Polis negara Malaysia yang pernah berkhidmat dari tahun 1958 hingga kini. Korang boleh klik nama nama KPN KPN ni untuk melihat biodata dan sedikit latarbelakang. Dalam senarai ni juga korang mesti tahu mana satu KPN yang paling kontroversi?

Sumber : Wikipedia

BilKetua Polis NegaraGambarTempoh Pemerintahan
1Tan Sri Sir Claude FennerFenner1.jpg18 September 1958 hingga 1966
2Tun Mohamed Salleh IsmaelSalleh.jpg29 Mac 1966 - 31 Januari 1973
3Tan Sri Abdul Rahman HashimRahman1.jpg1 Februari 1973 - 7 Jun 1974
4Tun Mohd. Hanif OmarHaniff1.jpg8 Jun 1974 - 15 Januari 1994
5Tan Sri Rahim NoorTanSriAbdulRahim.jpg16 Januari 1994 -7 Januari 1999
6Tan Sri Norian MaiNorianMai.gif8 Januari 1999 - 4 November 2003
7Tan Sri Mohd. Bakri Hj. OmarBakriv.jpeg5 November 2003 - 11 September 2006
8Tan Sri Musa Dato' Hj HassanMusahassan.jpg12 November 2006 - 12 september 2010
Tan Sri Ismail Omar

Jadi yang terbaru adalah Tan sri Ismail Omar yang akan memulakan tugaskan sebagai Ketua Polis Negara Malaysia ke 9 yang baru bermula 13 September 2010 ini. Semoga banyak pembaharuan ke arah kebaikan dapat beliau lakukan, kami Rakyat mengharapkan IGP Ismail Omar buat yang terbaik.

29 August 2010

Taraf Rating Universiti dan Kolej Universiti Dalam Malaysia 2009 ( IPTA dan IPTS )

5 komen disini yer..

Salam..
Ini info terbaru Lanun nak share pada semua mengenai rating MQA yang telah dijalankan untuk tahun 2009 yang lalu. Kajian ini dpanggil SETARA Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia atau dalam bahasa inggeris Rating System For Malaysian Higher Education Institutions. SETARA ini dikelola dibawah MQA iaitu Agensi Kelayakan Malaysia.

Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia 2009 (SETARA ‘09) MQA mengukur kualiti pengajaran dan pembelajaran di peringkat Ijazah Pertama bagi universiti dan kolej universiti (U & KU) di Malaysia. Instrumen SETARA ’09 meliputi tiga dimensi generik iaitu input, proses dan output untuk menilai kualiti pengajaran dan pembelajaran. Dimensi input menerangkan bakat, sumber dan governan. Dimensi proses menumpukan kepada kurikulum dan dimensi output ke atas kualiti graduan. Struktur keseluruhan instrumen boleh diakses di SETARA ’09 mengklasifikasi penarafan kepada enam tahap (Tiers) dengan Tier 6 sebagai tahap tertinggi (Terbilang) dan Tier 1 sebagai yang paling rendah (Lemah). Berikut merupakan senarai penuh keputusan SETARA ‘09, mengikut susunan abjad:

Jom kita lihat adakah universiti korang tersenarai di kategori mana?
Dalam SETARA di kategorikan kepada  6 TIER (tahap) iaitu :
Tahap 6 TIER : Terbilang
Tahap 5 TIER : Cemerlang 
Tahap 4 TIER : Sangat Baik
Tahap 3 TIER : Baik
Tahap 2 TIER : Memuaskan 
Tahap 1 TIER : Lemah 

Ia disusun ikut abjad ok, jadi tiada bermakna sapa atas dia yang terbaik. Untuk lihat senarai rating dan tahap Universiti dan Kolej Universiti Dalam Malaysia sila klik link dibawah :

Untuk Download : Link 1 atau Link 2

p/s : UTEM di TIER ke 5 yeahh!! nest TIER 6 lak tahun depan.

27 March 2010

Kapal Selam Ajaib Malaysia Dah Mula di Uji Selepas Baik Pulih...

5 komen disini yer..
Salam...

Kapal selam paling ajaib di dunia scorpene KD Tunku Abdul Rahman kini bersedia menjalani ujian selaman selepas mengalami kerosakan. Kenapa Ajaib? ajaib kerana namanya kapal selam tapi nak menyelam pun tak boleh ki3. Malu kapal selam kita ni dengan adik bradik kapal selam yang lain tau. Oh,Malangnya kita, baru jar beli kapal selam dah bermasalah. Nama jar canggih, alih2 belum apa apa dah ada problem. Kerosakan ni jadik, mungkin banyak sangat kontroversi selubungi pembelian kapal selam ajaib ni. 

kapal selam ajaib... he3


Mungkin tak berkat kot... bila dah melibatkan rasuah.. 2 kali rosak, kerosakan kedua tu adalah kerosakan mekanikal yang menyebabkan ia takleh menyelam, dan sebelum ini juga terdapat kerosakan komponen sistem penyejuk. Apepun Lanun harapkan "test run" kapal selam scorpene ni dapat lah berfungsi dengan baik dan bolehlah menyelam seperti saudara saudara kapal selam yang lain.