Showing posts with label ajaib. Show all posts
Showing posts with label ajaib. Show all posts

17 June 2011

Berlari Atas Air, Cabang Sukan Baru??

2 komen disini yer..


Salam..
Malam tadi sempat layan satu video Youtube [9juta views] ni yang bertajuk "Walk on water (Liquid Mountaineering)". Agak terkejut pada mula mula dengar tajuknya sebab dia kata Walk atau Jalan, tapi sebenarnya berlari. Mungkin perkataan berjalan tu tak sesuai dengan apa yang dieorang buat.

Prinsip Baling Batu atas air..
Sebenarnya, video ni tak menipu pun. Ia sama dengan prinsip batu yang kita baling dengan laju di permukaan air. Batu tu walaupun berat tetapi disebabkan halaju dan bentuk fizikal air menyebabkan ia melantun lantun. Itulah apa yang kumpulan liquid mountaineering ni buat.. Sains!. Sebab tu dieorang pakai kasut khas dan baju yang solid macam tu untuk kurangkan rintangan angin.

Kasut 100 water proof
Video kat atas juga adalah satu commercial ads untuk kasut kalis air HI Tec (menarik gak kasut ni). Jadi sapa nak maklumat lanjut tentang "sukan" baru nih boleh klik blog dieorang liquidmountaineering.blogspot.com dan kalau nak tahu pasal kasut tu rujuk link ni pulak www.hi-tec.com/infinity/uk/liquid-mountaineering. Ada banyak lagi video di link Lanun bagi atas ni.

Sumber asal : Carigold by Effies

22 November 2010

Insha Allah versi Perancis, Islam menembusi apa jua bahasa dan bangsa...

1 komen disini yer..
Salam..
Lanun kongsikan lagi satu video klip oleh penyanyi terkenal Maher Zain yang telah pun menyanyikan lagu Insya Allah dengan beberapa versi bahasa antaranya Turki, Arab, English dan juga Perancis. Ini bukti yang Islam boleh menembusi apa jua bahasa dan bangsa. Maha Suci Mu Ya Allah, Tuhan bagi semua makhluk si langit dibumi dan diantaranya. 

Masa program TV kat TV3 aritu, Maher Zain ada menyatakan hasrat nak rakam lagu InsyaAllah dalam bahasa Melayu, sebagai mehargai hasrat pemninatnya. Kata beliau ni sahaja caranya tunjukkan tanda terimakasih nya pada peminat.

26 October 2010

Tsunami Sumatera Barat 2010 Selepas Gempa Bumi 7.2 Melanda Kepulauan Mentawai

3 komen disini yer..

Lanun dah dapat info dan rakaman video dari Youtube : sila rujuk link bawah ini k TQ


UNTUK BERITA TERBARU DAN VIDEO SELEPAS TSUNAMI : [ KLIK SINI Video Selepas Tsunami Mentawai Sumatera Barat 2010 : Mangsa Meningkat Hingga 282 Orang ]

Seramai 40 orang  (terbaru 282 orang) Dilaporkan terkorban dan lebih 300 lagi hilang dalam bencana tsunami yang berlaku selepas gempa bumi kuat berukuran 7.2 pada skala richter yang melanda Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat, Isnin malam. Perkara itu disahkan pegawai daerah Kepulauan Mentawai, Edison Saleleobaja, lapor Bernama.

"Tsunami itu berketinggian ombak 3 METER dan meluap hingga 400 meter ke darat," katanya. Media Online Nasional melaporkan dua perkampungan disapu bersih oleh tsunami yang berlaku di kawasan penggemar sukan luncur air itu, namun Maryadi belum dapat mengesahkan perkara itu.

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) mengumumkan gempa bumi berukuran 7.2 pada Skala Richter berlaku pada pukul 9.42 malam Isnin, pada kedudukan 78 kilometer Barat Daya Pagai Selatan, Mentawai Sumbar, pada kedalaman 10 km.

UNTUK BERITA TERBARU DAN VIDEO SELEPAS TSUNAMI : [ KLIK SINI Video Selepas Tsunami Mentawai Sumatera Barat 2010 : Mangsa Meningkat Hingga 282 Orang ]

    27 March 2010

    Kapal Selam Ajaib Malaysia Dah Mula di Uji Selepas Baik Pulih...

    5 komen disini yer..
    Salam...

    Kapal selam paling ajaib di dunia scorpene KD Tunku Abdul Rahman kini bersedia menjalani ujian selaman selepas mengalami kerosakan. Kenapa Ajaib? ajaib kerana namanya kapal selam tapi nak menyelam pun tak boleh ki3. Malu kapal selam kita ni dengan adik bradik kapal selam yang lain tau. Oh,Malangnya kita, baru jar beli kapal selam dah bermasalah. Nama jar canggih, alih2 belum apa apa dah ada problem. Kerosakan ni jadik, mungkin banyak sangat kontroversi selubungi pembelian kapal selam ajaib ni. 

    kapal selam ajaib... he3


    Mungkin tak berkat kot... bila dah melibatkan rasuah.. 2 kali rosak, kerosakan kedua tu adalah kerosakan mekanikal yang menyebabkan ia takleh menyelam, dan sebelum ini juga terdapat kerosakan komponen sistem penyejuk. Apepun Lanun harapkan "test run" kapal selam scorpene ni dapat lah berfungsi dengan baik dan bolehlah menyelam seperti saudara saudara kapal selam yang lain.