Showing posts with label aliran sains. Show all posts
Showing posts with label aliran sains. Show all posts

18 October 2011

Quantum Levitation

1 komen disini yer..

Salam..
Korang tau apa itu "Quantum Levitation" ?? Lanun pun tak tau.. pas tengok video bawah ni memang mulut ternga nga woo.. Hebat nya sains kan?? seakan akan ilmu sains ini tiada penghujung kan? Tapi itu hanyalah setitis dari lautan ilmu Allah Yang Maha Bijaksana.

Tau apa yang Lanun fikirkan? Lanun fikir ntah ntah sebab ni hantu boleh terbang, dengan manipulasi magnet bumi, jadi quantum levitation. ha3.

Klon Haiwan, Apa pandangan Islam?

0 komen disini yer..
Kosmo 18 Oktober : Klon Anjing Liar

SEOUL – Saintis sel stem Korea Selatan, Hwang Woo-suk memperkenalkan lapan klon anjing liar atau koyote semalam dalam satu projek tajaan pihak pentadbiran wilayah Gyeonggi.

Woo-suk menghantar klon-klon itu ke sebuah pusat perlindungan haiwan liar di bandar Pyeongtaek, 50 kilometer ke selatan ibu kota Korea Selatan di sini dalam satu majlis yang dihadiri oleh Gabenor Wilayah Gyeonggi, Kim Moon-soo. Saintis itu pernah dianggap sebagai wira negara sebelum beberapa penyelidikannya bagi menghasilkan sel stem manusia daripada klon embrio didapati palsu.

Namun, kajiannya dalam menghasilkan klon anjing pertama di dunia, Snuppy, pada 2005 disahkan oleh beberapa pakar dan pihak berkuasa.Satu kenyataan pejabat gabenor berkenaan menyatakan, Hwang mengambil sel-sel kulit koyote yang dimasukkan ke dalam telur seekor anjing untuk mencipta klon haiwan liar tersebut.

Klon koyote pertama dilahirkan pada 17 Jun lalu.Sebelum ini pakar-pakar Korea Selatan telah mengklonkan haiwan lembu, kucing, anjing, babi dan serigala. Seekor serigala yang diklonkan itu mati pada 2009. – AFP

Lanun cuba cari hukum bagi isu pengklonan haiwan ini. Sebelum telah pun kita tahu pengklonan manusia sememangnya telah difatwakan haram. Untuk pengklonan haiwan, Lanun jumpa jawapanya di Laman Web Soal Jawab Darul Nu'man.
 
Hukum Klon Manusia, Binatang Dan Tumbuh-tumbuhan
Soalan:
Apakah sebenarnya klon? Apa pula hukumnya mengklonkan manusia dan binatang? Harap ustaz dapat menyelesaikan persoalan saya ini. Izzat, Dungun

Jawapan:
Klon ialah proses menghasil dan menyalin sesuatu makhluk yang baru dari spesis makhluk yang sama dengannya melalui proses pengembangan sel-sel tertentu melalui kaedah tertentu. Ia melibatkan klon manusia, binatang dan juga tumbuh-tumbuhan. Organisma hidup terbina daripada unit-unit sel. Begitu juga dengan badan manusia. Setiap sel itu
mengandungi molekul-molekul asid nukleik deoksiri (DNA). Proses klon biri-biri umpamanya dilakukan dengan mengambil sel daripada biri-biri dewasa.

Sel yang lengkap dengan DNA ini kemudiannya diletakkan di dalam kultur iaitu bahan genetik sel dengan kurang makanan supaya ia berhenti membahagi dam mendormankan gen-gennya. Satu sel daripada telur biri-biri yang lain yang belum disenyawakan diambil. Semua ciri DNA dalam telur kedua ini dibuang. Dua sel ini kemudian diletakkan berdekatan dan diberi denyutan eletrik, menyebabkan kedua-duanya bergabung. Denyutan eletrik kedua memulakan pembahagian sel dan emberio yang terhasil setelah beberapa hari diletakkan ke dalam rahim biri-biri tumpang.

Proses mengandung berjalan seperti biasa dan seterusnya seekor biri-biri yang kandungan gennya sama seperti biri-biri pertama dihasilkan. Begitulah juga proses klon yang melibatkan manusia. Dalam Islam klon tumbuh-tumbuhan bagi meningkatkan lagi mutu pengeluaran pertanian tidak menjadi kesalahan, malah hukumnya adalah harus. Begitu juga klon binatang, asal sahaja tidak memudaratkan binatang tersebut. Tetapi klon manusia tidak dibenarkan sama sekali, malah hukumnya adalah haram kerana memudaratkan kehidupan manusia itu sendiri.

Dalam Islam setiap kemudaratan itu perlu dihilangkan. Ini kerana klon akan melibatkan berlakunya perubahan kepada struktur kehidupan manusia. Manusia membiak melalui proses beranak pinak. Ini adalah sunnah Allah yang telah ditetapkan kepada mereka. Merosakkan sunnah ini akan menimbulkan kemudaratan kepada manusia itu sendiri. Selain itu klon juga boleh menghapuskan sistem kekeluargaan dan menimbulkan masalah dalam penentuan keturunan bayi yang dilahirkan melalui cara ini. Al-Quran melarang kita mencampakkan diri kita kepada kemusnahan.

Link asal : Soal Jawab Darul Nu'man

17 June 2011

Berlari Atas Air, Cabang Sukan Baru??

2 komen disini yer..


Salam..
Malam tadi sempat layan satu video Youtube [9juta views] ni yang bertajuk "Walk on water (Liquid Mountaineering)". Agak terkejut pada mula mula dengar tajuknya sebab dia kata Walk atau Jalan, tapi sebenarnya berlari. Mungkin perkataan berjalan tu tak sesuai dengan apa yang dieorang buat.

Prinsip Baling Batu atas air..
Sebenarnya, video ni tak menipu pun. Ia sama dengan prinsip batu yang kita baling dengan laju di permukaan air. Batu tu walaupun berat tetapi disebabkan halaju dan bentuk fizikal air menyebabkan ia melantun lantun. Itulah apa yang kumpulan liquid mountaineering ni buat.. Sains!. Sebab tu dieorang pakai kasut khas dan baju yang solid macam tu untuk kurangkan rintangan angin.

Kasut 100 water proof
Video kat atas juga adalah satu commercial ads untuk kasut kalis air HI Tec (menarik gak kasut ni). Jadi sapa nak maklumat lanjut tentang "sukan" baru nih boleh klik blog dieorang liquidmountaineering.blogspot.com dan kalau nak tahu pasal kasut tu rujuk link ni pulak www.hi-tec.com/infinity/uk/liquid-mountaineering. Ada banyak lagi video di link Lanun bagi atas ni.

Sumber asal : Carigold by Effies

10 October 2010

UPSR kekal, PMR diganti penilaian sekolah mulai 2016

4 komen disini yer..
FORMAT baru Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diganti penilaian sekolah, akan diperkenalkan mulai sesi persekolahan 2016, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Bagi UPSR, maknanya walaupun kemungkinan besar UPSR dikekalkan, tapi bentuk dan formatnya agak berbeza. Ini dikatakan penambahbaikan yang kita akan lakukan.

“Mengenai PMR, meja bulat bersetuju dengan cadangan mengubah bentuk (pelaksanaannya) kepada penilaian berasaskan sekolah. Tetapi Lembaga Peperiksaan perlu menyelaras ujian itu supaya tidak dilihat berat sebelah,” katanya.

Muhyiddin berkata, proses transformasi membabitkan penambahbaikan UPSR dan penggantian PMR memerlukan tempoh enam tahun untuk disiapkan mengambil kira semua aspek dalam sistem pendidikan itu.