Showing posts with label jakim. Show all posts
Showing posts with label jakim. Show all posts

18 October 2011

Klon Haiwan, Apa pandangan Islam?

0 komen disini yer..
Kosmo 18 Oktober : Klon Anjing Liar

SEOUL – Saintis sel stem Korea Selatan, Hwang Woo-suk memperkenalkan lapan klon anjing liar atau koyote semalam dalam satu projek tajaan pihak pentadbiran wilayah Gyeonggi.

Woo-suk menghantar klon-klon itu ke sebuah pusat perlindungan haiwan liar di bandar Pyeongtaek, 50 kilometer ke selatan ibu kota Korea Selatan di sini dalam satu majlis yang dihadiri oleh Gabenor Wilayah Gyeonggi, Kim Moon-soo. Saintis itu pernah dianggap sebagai wira negara sebelum beberapa penyelidikannya bagi menghasilkan sel stem manusia daripada klon embrio didapati palsu.

Namun, kajiannya dalam menghasilkan klon anjing pertama di dunia, Snuppy, pada 2005 disahkan oleh beberapa pakar dan pihak berkuasa.Satu kenyataan pejabat gabenor berkenaan menyatakan, Hwang mengambil sel-sel kulit koyote yang dimasukkan ke dalam telur seekor anjing untuk mencipta klon haiwan liar tersebut.

Klon koyote pertama dilahirkan pada 17 Jun lalu.Sebelum ini pakar-pakar Korea Selatan telah mengklonkan haiwan lembu, kucing, anjing, babi dan serigala. Seekor serigala yang diklonkan itu mati pada 2009. – AFP

Lanun cuba cari hukum bagi isu pengklonan haiwan ini. Sebelum telah pun kita tahu pengklonan manusia sememangnya telah difatwakan haram. Untuk pengklonan haiwan, Lanun jumpa jawapanya di Laman Web Soal Jawab Darul Nu'man.
 
Hukum Klon Manusia, Binatang Dan Tumbuh-tumbuhan
Soalan:
Apakah sebenarnya klon? Apa pula hukumnya mengklonkan manusia dan binatang? Harap ustaz dapat menyelesaikan persoalan saya ini. Izzat, Dungun

Jawapan:
Klon ialah proses menghasil dan menyalin sesuatu makhluk yang baru dari spesis makhluk yang sama dengannya melalui proses pengembangan sel-sel tertentu melalui kaedah tertentu. Ia melibatkan klon manusia, binatang dan juga tumbuh-tumbuhan. Organisma hidup terbina daripada unit-unit sel. Begitu juga dengan badan manusia. Setiap sel itu
mengandungi molekul-molekul asid nukleik deoksiri (DNA). Proses klon biri-biri umpamanya dilakukan dengan mengambil sel daripada biri-biri dewasa.

Sel yang lengkap dengan DNA ini kemudiannya diletakkan di dalam kultur iaitu bahan genetik sel dengan kurang makanan supaya ia berhenti membahagi dam mendormankan gen-gennya. Satu sel daripada telur biri-biri yang lain yang belum disenyawakan diambil. Semua ciri DNA dalam telur kedua ini dibuang. Dua sel ini kemudian diletakkan berdekatan dan diberi denyutan eletrik, menyebabkan kedua-duanya bergabung. Denyutan eletrik kedua memulakan pembahagian sel dan emberio yang terhasil setelah beberapa hari diletakkan ke dalam rahim biri-biri tumpang.

Proses mengandung berjalan seperti biasa dan seterusnya seekor biri-biri yang kandungan gennya sama seperti biri-biri pertama dihasilkan. Begitulah juga proses klon yang melibatkan manusia. Dalam Islam klon tumbuh-tumbuhan bagi meningkatkan lagi mutu pengeluaran pertanian tidak menjadi kesalahan, malah hukumnya adalah harus. Begitu juga klon binatang, asal sahaja tidak memudaratkan binatang tersebut. Tetapi klon manusia tidak dibenarkan sama sekali, malah hukumnya adalah haram kerana memudaratkan kehidupan manusia itu sendiri.

Dalam Islam setiap kemudaratan itu perlu dihilangkan. Ini kerana klon akan melibatkan berlakunya perubahan kepada struktur kehidupan manusia. Manusia membiak melalui proses beranak pinak. Ini adalah sunnah Allah yang telah ditetapkan kepada mereka. Merosakkan sunnah ini akan menimbulkan kemudaratan kepada manusia itu sendiri. Selain itu klon juga boleh menghapuskan sistem kekeluargaan dan menimbulkan masalah dalam penentuan keturunan bayi yang dilahirkan melalui cara ini. Al-Quran melarang kita mencampakkan diri kita kepada kemusnahan.

Link asal : Soal Jawab Darul Nu'man

20 May 2011

Pemilik Kopi Kluang Railway Station Jawab Isu Kopi DNA Babi.

1 komen disini yer..

Salam...
Tak adil rasanya kalau kita hanya mendengar sebelah pihak kan? Jadi kat sini Lanun kongsikanlah sedikit apa yang Lanun baca pada blog blog lain berkenaan isu Kopi Kluang dan DNA Babi nih. Ia adalah kenyataan atau pun komen dari pemilik Kopi Stesen Keretapi nih.

OhBulan : Penyelesaian Isu Kopi Kluang Railway
Hazrey.com : Pemilik Kopi Kluang Menjawab Isu Kopi
Hazrey.com : Kopi Kluang kembalikan wang semula

p/s :Semoga ada penyelesaian nya..

23 March 2011

Widget Waktu Solat Untuk Blog Dari www.waktusolat.net

2 komen disini yer..

Salam...
Waktu solat merupakan satu widget yang penting bagi sesuatu blog. Ini bukan sahaja memudahkan dan mengingatkan kita waktu solat, ia juga sebagai satu lambang syiar Islam dan seruan Solat itu sendiri. Di mana ibadah tersebut wajib ditunaikan dalam keadaan apa sekalipun. 

Sebelum ini menggunakan widget waktu solat dari laman web masjid al azim [http://www.al-azim.com/], terbaru Lanun ingin berkongsi waktu solat solat untuk blog anda tak kira sama ada menggunakan medium Blogspot atau Wordpress dari Aalwi [www.waktusolat.net]. 

Cara nak dapatkan widget waktu solat :
Korang boleh dapatkan skrip / kod / coding add on waktu solat ini di sini [www.waktusolat.net.] Untuk memilih tempat sila customize dengan memilih kawasan pilihan anda terlebih dahulu sebelum menampalnya ke dalam blog. Ianya adalah percuma dan menarik.

Antara kelebihan waktu solat dari www.waktusolat.net :
  1. Ilustrasi menarik 
  2. "Blinking" pada waktu solat semasa.
  3. Tarikh Hijrah dan Masihi
  4. Imsak dan Syuruk turut disertakan.
Ciri ciri yang Lanun tidak minati :
  1. HyperLink "myjodoh.net" automatik muncul di belah kiri blog anda selepas memasang waktu solat.
  2. Untuk memilih kawasan waktu solat pilihan anda perlu klik dan "jump" ke page lain.

25 March 2010

Waktu Solat untuk Blog / Web Korang.... Tunjukkan syiar islam dengan memaparkan waktu solat di laman web korang....

25 komen disini yer..
Salam...
Ni satu website ynag di usahakan oleh kerajaan negeri melaka bagi program e-masjid. Kat sini ade disediakan widget atau script untuk waktu solat bagi negeri negeri di malaysia. Lanun rasa widget ni paling ok dari yang lain, n mudah sket nak customize than others. Korang leh tengok widget ni kat belah sidebar blog Lanun nih.

Pas korang pastekan, korang kena pilih "script" kawasan korang, paste kan..untuk jadikan "default". Dun worry semua dah diterangkan kat website tu just follow instruction k.

jadi sape yang nak script dia leh amik di link ni : [KLIK SINI]

u/p :  kalu "height / tinggi" tinggi sangat.. cuba tukar kat skrip die tu jadikan 320 tukar kepada 240

"roslan (waktu solat script creator)" : Saya sering mengimpikan website yang lebih sempurna untuk menyebarkan paparan waktu solat. Berilah saya masa untuk itu. Saya amat berbesar hati menerima e-mail yang tuan/puan hantar. TUNJUKKAN SYIAR ISLAM DENGAN MEMAPARKAN WAKTU SOLAT DI LAMAN WEB ANDA.
NOTA : Waktu solat rasmi yang dikeluarkan bagi Negeri Melaka adalah berdasarkan kedudukan titik rujukan (koordinat) terbarat di Kampung Nelayan, Kuala Sungai Baru, Melaka