Showing posts with label jadual. Show all posts
Showing posts with label jadual. Show all posts

16 October 2011

Yang Di Pertuan Agong ke 14

0 komen disini yer..

Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya hari ini bersetuju mengisytihar Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru berkuatkuasa pada 13 Disember 2011 ini untuk tempoh lima tahun.

Sementara Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama, menurut kenyataan akhbar dari Jabatan Perdana Menteri yang dikeluarkan pada 14 Oktober 2011.

Baginda akan menjadi YDP Agong ke 14, dan sebelum ini pernah menyandangnya pada 1970 -1975 untuk Yang di Pertuan agong ke 5. Untuk sedikit latar belakang beliau bolehlah melawat link ini [wiki : Sultan Abdul Halim ]

Untuk senarai YDP Agong dari yang pertama 1957 hingga sekarang bolehlah klik link ini yer [ Senarai lengkap Yang Dipertuan agong 1- 14 ] Harapan Lanun semoga YDP agong dapat menjalankan tugas dengan amanah, adil dan saksama.

23 March 2011

Widget Waktu Solat Untuk Blog Dari www.waktusolat.net

2 komen disini yer..

Salam...
Waktu solat merupakan satu widget yang penting bagi sesuatu blog. Ini bukan sahaja memudahkan dan mengingatkan kita waktu solat, ia juga sebagai satu lambang syiar Islam dan seruan Solat itu sendiri. Di mana ibadah tersebut wajib ditunaikan dalam keadaan apa sekalipun. 

Sebelum ini menggunakan widget waktu solat dari laman web masjid al azim [http://www.al-azim.com/], terbaru Lanun ingin berkongsi waktu solat solat untuk blog anda tak kira sama ada menggunakan medium Blogspot atau Wordpress dari Aalwi [www.waktusolat.net]. 

Cara nak dapatkan widget waktu solat :
Korang boleh dapatkan skrip / kod / coding add on waktu solat ini di sini [www.waktusolat.net.] Untuk memilih tempat sila customize dengan memilih kawasan pilihan anda terlebih dahulu sebelum menampalnya ke dalam blog. Ianya adalah percuma dan menarik.

Antara kelebihan waktu solat dari www.waktusolat.net :
  1. Ilustrasi menarik 
  2. "Blinking" pada waktu solat semasa.
  3. Tarikh Hijrah dan Masihi
  4. Imsak dan Syuruk turut disertakan.
Ciri ciri yang Lanun tidak minati :
  1. HyperLink "myjodoh.net" automatik muncul di belah kiri blog anda selepas memasang waktu solat.
  2. Untuk memilih kawasan waktu solat pilihan anda perlu klik dan "jump" ke page lain.

06 April 2010

Lagu Utem : UTeM TERBILANG Yang Best !!!

4 komen disini yer..
Salam...

Tak lama lagi Lanun akan tamat berguru di UTEM Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Satu-satu nya universiti IPTA yang menerapkan konsep hands on dan teknikal  kepada para pelajar. Student kat sini lebih terdedah kepada aplikasi dan praktikal dari pelajar universiti IPTA lain di Malaysia dan salah sorangnyer adalah Lanun sendiri. Bertuah rasanya menjadi sebahagian warga U lebih lebih lagi warga FKEKK fakulti pertama UTEM.

Bila dah nak habis ni, rasa sedih pulak nak tinggalkan U lanun ni. Banyak memori sepanjang belajar kat sini, ngan lecturer and kawan-kawan walaupun mungkin tak lari jauh pun dari Melaka. Pasni, Lanun bukanlah lagi jadi pelajar U ni lagi, tapi dah jadi produk UTEM yang bakal mengaplikasikan semua ilmu yang dah dipelajari serta bawa nama UTEM ke alam kerjaya.

Back to the title post kat atas nun, Lanun akan sharekan lagu rasmi UTEM TERBILANG(utem anthem) yang memang best. Tajuk post macam freshie baru masuk lak kan... he3. Tiba tiba petang tadi rasa nak wat post khas pasal lagu ni. Lagu dibuat oleh M Nasir, dan liriknya oleh SETH UteM. Lagu ni memang best, tengok la kan sape disebalik lagu tu. Ok, jom layan lagu UTEM TERBILANG.


Untuk Lirik Dan Download Lagu ni sila ikuti penuh artikel ni.