Showing posts with label kelas. Show all posts
Showing posts with label kelas. Show all posts

20 October 2010

Jerebu Muar tahap bahaya, Melaka tak sihat : Lanun kerja esok....

5 komen disini yer..
Salam...
Hari ini dilaporkan indeks pencemaran udara IPU di Muar telah mencapai tahap bahaya, dengar citer juga ade sekolah akan cuti besok di sana demi kesihatan dan keselamatan pelajar. Kat Melaka pula kualiti udara tak sihat. hu3..esok Lanun kerja..

Ini semua berpunca dari kes pembakaran di Sumatera. hu3.. banyak kali dah gni kan? kita la tanggung pulak angin tiup arah semenanjung. Tak kurang juga peringatan untuk kita sebagai hambaNya. 

Lanun : Blogger yang dok kat muar sila-silalah laporkan situasi tempat korang yer. he3 nak tahu juga. Berita Penuh : Mkini - Kualiti udara di Muar bahaya, Melaka tak sihat

06 April 2010

Lagu Utem : UTeM TERBILANG Yang Best !!!

4 komen disini yer..
Salam...

Tak lama lagi Lanun akan tamat berguru di UTEM Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Satu-satu nya universiti IPTA yang menerapkan konsep hands on dan teknikal  kepada para pelajar. Student kat sini lebih terdedah kepada aplikasi dan praktikal dari pelajar universiti IPTA lain di Malaysia dan salah sorangnyer adalah Lanun sendiri. Bertuah rasanya menjadi sebahagian warga U lebih lebih lagi warga FKEKK fakulti pertama UTEM.

Bila dah nak habis ni, rasa sedih pulak nak tinggalkan U lanun ni. Banyak memori sepanjang belajar kat sini, ngan lecturer and kawan-kawan walaupun mungkin tak lari jauh pun dari Melaka. Pasni, Lanun bukanlah lagi jadi pelajar U ni lagi, tapi dah jadi produk UTEM yang bakal mengaplikasikan semua ilmu yang dah dipelajari serta bawa nama UTEM ke alam kerjaya.

Back to the title post kat atas nun, Lanun akan sharekan lagu rasmi UTEM TERBILANG(utem anthem) yang memang best. Tajuk post macam freshie baru masuk lak kan... he3. Tiba tiba petang tadi rasa nak wat post khas pasal lagu ni. Lagu dibuat oleh M Nasir, dan liriknya oleh SETH UteM. Lagu ni memang best, tengok la kan sape disebalik lagu tu. Ok, jom layan lagu UTEM TERBILANG.


Untuk Lirik Dan Download Lagu ni sila ikuti penuh artikel ni.