Showing posts with label masjid. Show all posts
Showing posts with label masjid. Show all posts

26 October 2010

Tsunami Sumatera Barat 2010 Selepas Gempa Bumi 7.2 Melanda Kepulauan Mentawai

3 komen disini yer..

Lanun dah dapat info dan rakaman video dari Youtube : sila rujuk link bawah ini k TQ


UNTUK BERITA TERBARU DAN VIDEO SELEPAS TSUNAMI : [ KLIK SINI Video Selepas Tsunami Mentawai Sumatera Barat 2010 : Mangsa Meningkat Hingga 282 Orang ]

Seramai 40 orang  (terbaru 282 orang) Dilaporkan terkorban dan lebih 300 lagi hilang dalam bencana tsunami yang berlaku selepas gempa bumi kuat berukuran 7.2 pada skala richter yang melanda Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat, Isnin malam. Perkara itu disahkan pegawai daerah Kepulauan Mentawai, Edison Saleleobaja, lapor Bernama.

"Tsunami itu berketinggian ombak 3 METER dan meluap hingga 400 meter ke darat," katanya. Media Online Nasional melaporkan dua perkampungan disapu bersih oleh tsunami yang berlaku di kawasan penggemar sukan luncur air itu, namun Maryadi belum dapat mengesahkan perkara itu.

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) mengumumkan gempa bumi berukuran 7.2 pada Skala Richter berlaku pada pukul 9.42 malam Isnin, pada kedudukan 78 kilometer Barat Daya Pagai Selatan, Mentawai Sumbar, pada kedalaman 10 km.

UNTUK BERITA TERBARU DAN VIDEO SELEPAS TSUNAMI : [ KLIK SINI Video Selepas Tsunami Mentawai Sumatera Barat 2010 : Mangsa Meningkat Hingga 282 Orang ]

    06 April 2010

    Lagu Utem : UTeM TERBILANG Yang Best !!!

    4 komen disini yer..
    Salam...

    Tak lama lagi Lanun akan tamat berguru di UTEM Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Satu-satu nya universiti IPTA yang menerapkan konsep hands on dan teknikal  kepada para pelajar. Student kat sini lebih terdedah kepada aplikasi dan praktikal dari pelajar universiti IPTA lain di Malaysia dan salah sorangnyer adalah Lanun sendiri. Bertuah rasanya menjadi sebahagian warga U lebih lebih lagi warga FKEKK fakulti pertama UTEM.

    Bila dah nak habis ni, rasa sedih pulak nak tinggalkan U lanun ni. Banyak memori sepanjang belajar kat sini, ngan lecturer and kawan-kawan walaupun mungkin tak lari jauh pun dari Melaka. Pasni, Lanun bukanlah lagi jadi pelajar U ni lagi, tapi dah jadi produk UTEM yang bakal mengaplikasikan semua ilmu yang dah dipelajari serta bawa nama UTEM ke alam kerjaya.

    Back to the title post kat atas nun, Lanun akan sharekan lagu rasmi UTEM TERBILANG(utem anthem) yang memang best. Tajuk post macam freshie baru masuk lak kan... he3. Tiba tiba petang tadi rasa nak wat post khas pasal lagu ni. Lagu dibuat oleh M Nasir, dan liriknya oleh SETH UteM. Lagu ni memang best, tengok la kan sape disebalik lagu tu. Ok, jom layan lagu UTEM TERBILANG.


    Untuk Lirik Dan Download Lagu ni sila ikuti penuh artikel ni.