Showing posts with label mangsa. Show all posts
Showing posts with label mangsa. Show all posts

07 November 2010

Koleksi Gambar Selepas Hujan Abu Gunung Berapi Merapi di Indonesia

6 komen disini yer..

Salam...
Lanun kumpulkan beberapa 25 keping gambar selepas hujan abu volkanik dari Gunung Merapi yang meletus hujung oktober baru baru ini. Gunung Merapi merupakan gunung berapi paling aktif di dunia menurut apa yang Lanun baca.

Lanun terpanggil untuk paparkan gambar gambar ini selepas terbaca mengenai pengalaman pelajar Malaysia di Yogjakarta yang mengibaratkan keadaan di sana seperti sudah "kiamat". Beliau berkata selepas melihat keadaan serba putih dek abu volkanik dan tidak ada sebarang pergerakan.

Mari kita lihat beberapa gambar suasana di beberapa tempat di Indonesia yang mungkin seperti digambarkan oleh beliau, negeri putih abu. Sila klik "baca sampai habis" untuk lihat gambar ok. [ Bharian - Suasana kiamat di UGM selepas hujan abu, kerikil ]

Sumber Gambar / Pics Source : The Bigpicture, ABC News & The Reuters

29 October 2010

Bas Persiaran Masuk Gaung : 6 Maut Kemalangan Berhampiran Terowong Genting Sempah

4 komen disini yer..

Enam maut apabila sebuah bas persiaran terhumban ke dalam gaung berhampiran terowong Genting Sempah, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, lewat petang tadi. Beberapa lagi penumpang dilaporkan cedera. Bas berkenaan membawa 44 penumpang ketika nahas itu.

Penumpang adalah rombongan Belia 4B dari Kampung Siong, Baling, Kedah yang maut dalam kemalangan di KM38 Genting Sempah dekat ini pada 7.05 malam tadi. Mangsa mangsa yang terkorban ialah Mohamad Khairy Mohamad Mazuki, 14; Mohd Amirul Muhamat Isa, 13; Mohamad Firdaus Rosedi, 16; Mohammad Yussof A. Akhit, 16; Mohd Ridzuan Husin, 17; dan Muhd Fahmi Abdul Mustaffa, 17.

26 October 2010

Tsunami Sumatera Barat 2010 Selepas Gempa Bumi 7.2 Melanda Kepulauan Mentawai

3 komen disini yer..

Lanun dah dapat info dan rakaman video dari Youtube : sila rujuk link bawah ini k TQ


UNTUK BERITA TERBARU DAN VIDEO SELEPAS TSUNAMI : KLIK SINI Video Selepas Tsunami Mentawai Sumatera Barat 2010 : Mangsa Meningkat Hingga 282 Orang ]

Seramai 40 orang  (terbaru 282 orang) Dilaporkan terkorban dan lebih 300 lagi hilang dalam bencana tsunami yang berlaku selepas gempa bumi kuat berukuran 7.2 pada skala richter yang melanda Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat, Isnin malam. Perkara itu disahkan pegawai daerah Kepulauan Mentawai, Edison Saleleobaja, lapor Bernama.

"Tsunami itu berketinggian ombak 3 METER dan meluap hingga 400 meter ke darat," katanya. Media Online Nasional melaporkan dua perkampungan disapu bersih oleh tsunami yang berlaku di kawasan penggemar sukan luncur air itu, namun Maryadi belum dapat mengesahkan perkara itu.

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) mengumumkan gempa bumi berukuran 7.2 pada Skala Richter berlaku pada pukul 9.42 malam Isnin, pada kedudukan 78 kilometer Barat Daya Pagai Selatan, Mentawai Sumbar, pada kedalaman 10 km.

UNTUK BERITA TERBARU DAN VIDEO SELEPAS TSUNAMI : KLIK SINI Video Selepas Tsunami Mentawai Sumatera Barat 2010 : Mangsa Meningkat Hingga 282 Orang ]

    14 August 2010

    Ribut Melanda Bazar Ramadhan Jasin 3 maut

    3 komen disini yer..
    Salam..
    Lanun masa tu tengah kerja lagi kat kilang. Lanun terkejut dengan bunyi guruh n langit memang gelap. Disebabkan hujan yang sangat lebat, Lanun terpaksa pulang kerja lewat petang semalam. lanun cube tengok kat luar tengok angin kuat sangat, Lanun pun cakap ni buka hujan ni, ni tahap ribut dah ni.

    Pagi Lanun baru dapat tahu rupa rupanya semalam jiran daerah ayer keroh tempat Lanun bekerja iaitu Jasin dilanda ribut. Kawasan teruk terjejas di Jasin di kawasan bazar ramadhan.Sehingga menyebabkan 3 terbunuh dan 18 orang cedera.2 mangsa adalah peniaga dan 1 orang adalah pengunjung datang ke bazar tersebut.

    Betullah semalam bukan sekadar hujan lebat biasa, tengok angin Lanun dah rasa tak sedap hati, alhamdulillah ribut tak melanda kawasan ayer keroh tempat lanun tinggal. Bawah ni antara video selepas kejadian ribut di Jasin, khemah dan peralatan peniaga bergelimpangan dan ada yang cedera sedang terbaring.

    p/s : Alfatihah untuk arwah dan takziah pada keluarga serta lanun harap yang terlibat bersabar.





    credits to the video uploader..