29 October 2010

Bas Persiaran Masuk Gaung : 6 Maut Kemalangan Berhampiran Terowong Genting Sempah


Enam maut apabila sebuah bas persiaran terhumban ke dalam gaung berhampiran terowong Genting Sempah, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, lewat petang tadi. Beberapa lagi penumpang dilaporkan cedera. Bas berkenaan membawa 44 penumpang ketika nahas itu.

Penumpang adalah rombongan Belia 4B dari Kampung Siong, Baling, Kedah yang maut dalam kemalangan di KM38 Genting Sempah dekat ini pada 7.05 malam tadi. Mangsa mangsa yang terkorban ialah Mohamad Khairy Mohamad Mazuki, 14; Mohd Amirul Muhamat Isa, 13; Mohamad Firdaus Rosedi, 16; Mohammad Yussof A. Akhit, 16; Mohd Ridzuan Husin, 17; dan Muhd Fahmi Abdul Mustaffa, 17.
Blog Widget by LinkWithin

4 komen disini yer..:

Cik SHiNJU said...

Again? Kata org area dkt2 terowong tu 'keras'..Wallahualam..

LaNuNsepet said...

he3..jalan tar memang keras..

Afiq Bukhari said...

baru je pas tengok berita pasl cerita ni..jalan2 kat situ memang bahaya, turun bukit plak..aku paling gerun time drive nk turun dari genting..haiyooo kalau brek x makan, mau terbabas weh..hand break kena sentiasa pegang huhu

MissXYZ a.k.a Abaikan said...

seram wehhh area situ... banyak btol bas bawak laju2 adoiiii risau lalu situ.... nak nak kita naik keta kecik je... ohhh