Showing posts with label saat cemas. Show all posts
Showing posts with label saat cemas. Show all posts

18 October 2011

Video Kemalangan Ngeri Melibatkan 15 Kereta Lumba

0 komen disini yer..

Salam..
Lanun sharekan video kemalangan paling ngeri dalam sejarah perlumbaan kereta yang sedang menjadi top view di Youtube. Ia mengungguli 3 tangga teratas paling banyak di tonton di Youtube. Ia adalah video di perlumbaan IndyCar World Championships di Las Vegas yang melibatkan 15 kereta sekaligus. Seorang pelumba yang dikenali Dan Wheldon telah terkorban dalam nahas ngeri ini.

29 October 2010

Bas Persiaran Masuk Gaung : 6 Maut Kemalangan Berhampiran Terowong Genting Sempah

4 komen disini yer..

Enam maut apabila sebuah bas persiaran terhumban ke dalam gaung berhampiran terowong Genting Sempah, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, lewat petang tadi. Beberapa lagi penumpang dilaporkan cedera. Bas berkenaan membawa 44 penumpang ketika nahas itu.

Penumpang adalah rombongan Belia 4B dari Kampung Siong, Baling, Kedah yang maut dalam kemalangan di KM38 Genting Sempah dekat ini pada 7.05 malam tadi. Mangsa mangsa yang terkorban ialah Mohamad Khairy Mohamad Mazuki, 14; Mohd Amirul Muhamat Isa, 13; Mohamad Firdaus Rosedi, 16; Mohammad Yussof A. Akhit, 16; Mohd Ridzuan Husin, 17; dan Muhd Fahmi Abdul Mustaffa, 17.

28 October 2010

Video Selepas Tsunami Mentawai Sumatera Barat 2010 : Mangsa Meningkat Hingga 282 Orang...

1 komen disini yer..

Seperti yang kita tahu satu tsunami telah melanda di Mentawai Sumatera Barat Indonesia isnin lalu selepas gempa bumi skala 7.2 hasil dari letusan Gunung Berapi Merapi. Gunung yang sekian lama tidur akhirnya meletus. Atas ni adalah video amatur yang Lanun amik dari Youtube yang menunjukkan keadaan selepas tsunami di sebuah kampung di Mentawai.

Menurut berita mangsa yang terkorban hampir 300 orang dan yang hilang beratus ratus orang. Tiba tiba pulak teringat dengan rakyat Indonesia yang berdemo ingin "swipe" rakyat negara kita dan membaling najis di Kedutaan Malaysia di sana. hmmm..

"Tsunami itu berketinggian ombak 3 METER dan meluap hingga 400 meter ke darat," katanya. Media Online Nasional melaporkan dua perkampungan disapu bersih oleh tsunami yang berlaku di kawasan penggemar sukan luncur air itu, namun Maryadi belum dapat mengesahkan perkara itu.

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) mengumumkan gempa bumi berukuran 7.2 pada Skala Richter berlaku pada pukul 9.42 malam Isnin, pada kedudukan 78 kilometer Barat Daya Pagai Selatan, Mentawai Sumbar, pada kedalaman 10 km.

Alfatihah buat mangsa..

26 October 2010

Tsunami Sumatera Barat 2010 Selepas Gempa Bumi 7.2 Melanda Kepulauan Mentawai

3 komen disini yer..

Lanun dah dapat info dan rakaman video dari Youtube : sila rujuk link bawah ini k TQ

UNTUK BERITA TERBARU DAN VIDEO SELEPAS TSUNAMI : KLIK SINI Video Selepas Tsunami Mentawai Sumatera Barat 2010 : Mangsa Meningkat Hingga 282 Orang ]

Seramai 40 orang  (terbaru 282 orang) Dilaporkan terkorban dan lebih 300 lagi hilang dalam bencana tsunami yang berlaku selepas gempa bumi kuat berukuran 7.2 pada skala richter yang melanda Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat, Isnin malam. Perkara itu disahkan pegawai daerah Kepulauan Mentawai, Edison Saleleobaja, lapor Bernama.