28 October 2010

Video Selepas Tsunami Mentawai Sumatera Barat 2010 : Mangsa Meningkat Hingga 282 Orang...


Seperti yang kita tahu satu tsunami telah melanda di Mentawai Sumatera Barat Indonesia isnin lalu selepas gempa bumi skala 7.2 hasil dari letusan Gunung Berapi Merapi. Gunung yang sekian lama tidur akhirnya meletus. Atas ni adalah video amatur yang Lanun amik dari Youtube yang menunjukkan keadaan selepas tsunami di sebuah kampung di Mentawai.

Menurut berita mangsa yang terkorban hampir 300 orang dan yang hilang beratus ratus orang. Tiba tiba pulak teringat dengan rakyat Indonesia yang berdemo ingin "swipe" rakyat negara kita dan membaling najis di Kedutaan Malaysia di sana. hmmm..


"Tsunami itu berketinggian ombak 3 METER dan meluap hingga 400 meter ke darat," katanya. Media Online Nasional melaporkan dua perkampungan disapu bersih oleh tsunami yang berlaku di kawasan penggemar sukan luncur air itu, namun Maryadi belum dapat mengesahkan perkara itu.

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) mengumumkan gempa bumi berukuran 7.2 pada Skala Richter berlaku pada pukul 9.42 malam Isnin, pada kedudukan 78 kilometer Barat Daya Pagai Selatan, Mentawai Sumbar, pada kedalaman 10 km.

Alfatihah buat mangsa..

Blog Widget by LinkWithin

1 komen disini yer..:

suffer8zine said...

fuhhh menakutkan,, mintak2 la x kene kat negara kita!

Terkini : Konsert Amal 1 Malaysia di UM