19 October 2010

Teruk tak jerebu tempat korang? Semak Laporan IPU Malaysia oleh JAS..

Salam..
Pagi tadi pemandangan pergi kejer agak berbeza dari sebelum sebelum ni. Lanun perasan Melaka di landa jerebu lagi. Menurut berita dan report dari Jabatan Alam Sekitar ada peningkatan titik titik panas di sumatera. Peningkatan yang mendadak tu lah yang menyebebakan jerebu ni. Apa itu titik titik panas? pembakaran terbuka kot..

Petikan berita Malaysia kini :
Menurut kenyataan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, ini ekoran peningkatan bilangan titik panas di Sumatera meningkat kepada 244 kelmarin, berbanding 80 yang dikesan pada 16 Oktober.

Korang nak tahu bagaimana update? titik titik panas? perkembangan jerebu di Malaysia? berapa indeks IPU n semua berkaitan pencemaran udara? Boleh lah ke Laman web Rasmi Jabatan Alam Sekita [klik sini] dan skrol ke bawah untuk memilih menu Air Polution Indeks / Indeks Pencemaran Udara dan pilih tarikh laporan IPU terbaru.

Selepas masuk ke laman web JAS, skrol ke bawah k, n cari menu macam ni...
Blog Widget by LinkWithin

4 komen disini yer..:

Miss Fairladyjim said...

hurmmm kat tempat jim tak jerebu sangat, mungkin sebab tinggal berdekatan tempat yang masih banyak pokok2 dan bukit bukau...tapi kalau masuk bandar kl jer terasa giler bahangnya lain macam...sampai nak demam kot..

Keyyah said...

owh jerebu erk..ingat kabus tadi...

suffer8zine said...

fuhhh bahaya traffic, td jem abis

Din-kun said...

agak truk juga hari ni banding semalam...sampai sakit tekak dibuatnye...