14 August 2010

Ribut Melanda Bazar Ramadhan Jasin 3 maut

Salam..
Lanun masa tu tengah kerja lagi kat kilang. Lanun terkejut dengan bunyi guruh n langit memang gelap. Disebabkan hujan yang sangat lebat, Lanun terpaksa pulang kerja lewat petang semalam. lanun cube tengok kat luar tengok angin kuat sangat, Lanun pun cakap ni buka hujan ni, ni tahap ribut dah ni.

Pagi Lanun baru dapat tahu rupa rupanya semalam jiran daerah ayer keroh tempat Lanun bekerja iaitu Jasin dilanda ribut. Kawasan teruk terjejas di Jasin di kawasan bazar ramadhan.Sehingga menyebabkan 3 terbunuh dan 18 orang cedera.2 mangsa adalah peniaga dan 1 orang adalah pengunjung datang ke bazar tersebut.

Betullah semalam bukan sekadar hujan lebat biasa, tengok angin Lanun dah rasa tak sedap hati, alhamdulillah ribut tak melanda kawasan ayer keroh tempat lanun tinggal. Bawah ni antara video selepas kejadian ribut di Jasin, khemah dan peralatan peniaga bergelimpangan dan ada yang cedera sedang terbaring.

p/s : Alfatihah untuk arwah dan takziah pada keluarga serta lanun harap yang terlibat bersabar.





credits to the video uploader..
Blog Widget by LinkWithin

3 komen disini yer..:

Nur said...

salam mr. lanun
Alfatiha... mereka meninggal dibulan yang mulia,
dan akan ditempatkan di tempat yang paling mulia disisi Allah..amin

selamat berpuasa.. =)

acik amalina said...

Al-fatihah..semoga mereka ditempatkan di sisi org2x yg soleh...

p/s: salam ramadhan...

nabilah abd rahman said...

Al-Fatihah untuk mangsa..