Salam...
Baru baru ni ada seorang pengomen Lanunsepet tanya macam mana dengan keyword ni.
Jadi Lanun nak share bagaimana pentingnya penggunaan keyword dalam menulis post blog kita. Seperti yang kita paham dari ayat tu keyword adalah kunci. Kunci pada trafik, trafik dari laman web search engine seperti google, yahoo dan bing. Semua enjin carian ni akan hantar "spider" yang akan "crawl" dalam senarai berjuta juta blog dan laman web dalam dunia internet yang mengandungi keyword yang di taip.Keyword adalah elemen paling penting dalam SEO? nak tahu apa itu SEO? klik sini.
Setiap kali kita update blog, google akan hantar spider ni untuk buat indeks, susun post post, blog blog terbaru mengikut jenis, kategori, dan sebagainya. Google ada satu software algoritma yang akan analisa setiap perkataan atau katakunci (keyword) didalam post dan blog kita.
Jadi blog yang ada keyword yang dicari itu akan disenaraikan kat search result. Blog / laman web yang paling menepati dengan keyword tu akan tersenarai di page pertama, kedua, ketiga disusun ikut ketetapan keyword dengan blog atau laman web tu sendiri.
Apa yang Search engine tengok first??
1. URL blog atau URL post kita keyword paling berkuasa.
Kalau nama URL blog kita sesuai dengan keyword yang dicari maka blog atau laman web tu akan tersenarai kat page pertama dan result pertama. Contoh : gambar bawah ni tunjuk kan yang URL blog post Lanun hanya ada Inotek, tapi tidak ada Utem. Yang blog 1st skali tu ada Inotek dan Utem dalam URL dia, jadi google anggap itu adalah result paling tepat.
2. Title post / tajuk post artikel kita penentu penting.
Contohnya : Macam gambar kat atas jugak, sekiranya dalam tajuk itu ada perkataan yang dicari itu akan jadi rujukan google untuk bagi hasil carian. Ia akan anggap itulah yang paling tepat dan letak di first page. Tak kisah sekiranya perkataan tu terpisah dengan perkataan lain yang penting keyword yang dicari ada dalam tajuk post tersebut.
3. Setiap perkataan dalam post kunci trafik.
Ayat ayat yang ditaip jugak jadi penentu untuk tersenarai di Google search engine, sekiranya perkataan yang orang cari tu ada dalam ayat ayat post kita maka google akan amik sebagai result search. Walaupun perkataan tu terpisah atau jauh ia tetap akan di ambil kira. Jadi setiap apa yang anda taip itulah penentu trafik ke blog anda.
4. Label / Tag membantu sebagai keyword naikkan trafik
Dalam blogger ada satu fungsi dibawah post editor, iaitu dikenali sebagai Label. Label ini selalunya blogger guna untuk buat kategori setiap post post yang ada dalam blog dieorang. Post pasal nuffnang, post pasal cinta, post peribadi ramai yang gunakan sebagai penyusun semua post dieorang.
Tapi tahukah korang ruang Label ni berfungsi sebagai Tag? SEO tools? boleh bantu naik kan trafik. Ya, memang boleh. Lanun nasihatkan dalam ruang Label ni "goreng" lah apa apa perkataan, keyword yang hangat dan popular, yang berkaitan dengan post yang korang taip tu sebab Google jugak pandang benda tu. Setiap inci perkataan dalam blog korang adalah bernilai!
Letak keyword, atau perkataan yang orang banyak search di ruang label sebagai sokongan pada post kita. Ruang label ini akan bantu kukuh kan dan push blog kita ke first page result. Jadi jangan bazirkan n jang an kosongkan ruang label tu. Tai ingat biarlah berkaitan dengan post yang anda taip tu. Next time mungkin akan bincang lebih lanjut pasal Label ni.
Kesimpulan
Ok thats all kot untuk hari ini, harap ini akan bagi idea dan maklumat pada semua betapa penting merancang sebelum menulis post di blog. Setiap elemen dari Tajuk, URL, isi dan sebagainya semuanyapenting untuk mengejar first page result ni. Banyak lagi tips Tips ini hanya untuk yang mengejar trafik tinggi, sekaligus naik kan pagerank, naikkan alexa ranking dan earning pun akan naik. Sekian.
16 komen disini yer..:
Kita pun selalu guna tips-tips tu .. memang amat membantu dalam menaikkan rangking blog. =)
jangan lupa guna bahasa melayu
bukan bahasa singkat-singkat
thanks for the tips...
lama tak test keywords...
trafik pun dah slow :(
thanks for sharing....... memang bagus ni..
Filem Melayu Terhebat
boleh juga manipulasi keyword panas dan terkini dengan baik.
:D thanks lanun !
Wahhhhhh thanks weh ! bagi info yang sangat berguna
nice.. =)
good info la bro...
semakin meningkat nampaknya...
=)
bagus la tip ni...thankz coz share..sharing is caring for new bolgger..well done lanun
TERIMAKASIH!
tips yang baik! nak ikutlah! =D
KatekateKite : TOMOK nak KAHWIN?
tahank bro maklumat yang berguna pada blogger baru mcm saya thank sgt2
Quel peut être le modèle de Joomla idéal pour un magazine ou un service de fil de fonctionnalité?
memang sangat-sangat membantu dan itulah yang mesti dilakukan untuk berjaya
salam & hye. nice tips..baru tahu label tu penting dalam blog :)
thanks share tips ni ye!
This blog looks just like my old one!
It's on a entirely different topic but it has pretty much the same layout and design.
Post a Comment