29 August 2010

Taraf Rating Universiti dan Kolej Universiti Dalam Malaysia 2009 ( IPTA dan IPTS )


Salam..
Ini info terbaru Lanun nak share pada semua mengenai rating MQA yang telah dijalankan untuk tahun 2009 yang lalu. Kajian ini dpanggil SETARA Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia atau dalam bahasa inggeris Rating System For Malaysian Higher Education Institutions. SETARA ini dikelola dibawah MQA iaitu Agensi Kelayakan Malaysia.

Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia 2009 (SETARA ‘09) MQA mengukur kualiti pengajaran dan pembelajaran di peringkat Ijazah Pertama bagi universiti dan kolej universiti (U & KU) di Malaysia. Instrumen SETARA ’09 meliputi tiga dimensi generik iaitu input, proses dan output untuk menilai kualiti pengajaran dan pembelajaran. Dimensi input menerangkan bakat, sumber dan governan. Dimensi proses menumpukan kepada kurikulum dan dimensi output ke atas kualiti graduan. Struktur keseluruhan instrumen boleh diakses di SETARA ’09 mengklasifikasi penarafan kepada enam tahap (Tiers) dengan Tier 6 sebagai tahap tertinggi (Terbilang) dan Tier 1 sebagai yang paling rendah (Lemah). Berikut merupakan senarai penuh keputusan SETARA ‘09, mengikut susunan abjad:

Jom kita lihat adakah universiti korang tersenarai di kategori mana?
Dalam SETARA di kategorikan kepada  6 TIER (tahap) iaitu :
Tahap 6 TIER : Terbilang
Tahap 5 TIER : Cemerlang 
Tahap 4 TIER : Sangat Baik
Tahap 3 TIER : Baik
Tahap 2 TIER : Memuaskan 
Tahap 1 TIER : Lemah 

Ia disusun ikut abjad ok, jadi tiada bermakna sapa atas dia yang terbaik. Untuk lihat senarai rating dan tahap Universiti dan Kolej Universiti Dalam Malaysia sila klik link dibawah :

Untuk Download : Link 1 atau Link 2

p/s : UTEM di TIER ke 5 yeahh!! nest TIER 6 lak tahun depan.
Blog Widget by LinkWithin

5 komen disini yer..:

nabilah abd rahman said...

u saya pun di tahap 5 TIER

saya_arief said...

u aku xdek pown.
xjoin ag kowt.

ejum said...

u den pon die TIER 5..hehe..

LaNuNsepet said...

arief kamu U mana?
mgkn joinn yg 2010 kot..

FarHa said...

UTM - Cemerlang!! Tier 6!! Hoyee!!