22 August 2010

Kes "Wajib" Berlaku Bila Hampir Hari Raya...

Salam..
Yeay yeay nak raya nak raya... haaa ni nak raya ni mesti ade je kiter dengar kes kes pasal benda ni, apa lagi kalau bukan mercun. Kita dulu memang hari raya sinonim dengan mercun ni, bila dah bulan puasa mesti ramai yang jual mercun, bunga api yang macam macam jenis dan macam macam tahap letupan lak tu. tak kurang jugak yang berbahaya sampai boleh bawak cedera parah n mautt...

Tapi sekarang ni dah kurang kan, sejak diharamkan bertahun tahun lalu. Walaupun rasa macam keseronokan tu ditarik, tapi nak buat macam mana demi keselamatan. Kalau tak dulu masa kecik kecik rabun mata kelabu mata tengok macam macam jenis sampai tak tahu nak pilih, mercun gasing, mercun katak, ketupat, mercun bola, airbom, siap macam macam eksperimen lanun buat dengan mercun tu ha3.

Ada tak lagi sapa sapa yang jual mercun dalam katalog? Lanun nak beli he3... Lanun search search juga kat internet kot kot ada yang jual online tapi tak ada... ( tadi bunyi macam insaf ni nak beli pulak.. ) Moral, main yang biasa biasa tak bahaya punya k.

Terbaru di bulan Ramadhan 2010 ni di berita harian :
  1. Pelajar tahun dua cedera kena mercun
  2. Kanak-kanak maut dua lelaki parah rumah gudang mercun meletup
Bawah ni video rakaman di hospital seorang remaja Mohd Loqman yang dulu menggemparkan bila jarinya hancur bahana mercun bola, Kes ni masa 2009 di Alor setar kedah.


kes ni jadi masa tahun 2009 kalau tak silap, mercun bola punya hal.
Blog Widget by LinkWithin

4 komen disini yer..:

MuJE said...

uhhhhh.... ngeri gile video tu.. hancur tangan kot.. sian die, kecik2 da cacat da...ishh...

zool said...

ntahlah ramai yang degil lagi...

LaNuNsepet said...

em2.. ramai degil lagi termasuk lanun he3

Wanzie said...

Ye ler kes mercun ni memang dah jadi tradisi dah bila tiba musim perayaan.... bila di larang makin menjadi2.... so pandai2 ler menjaga diri....