28 August 2010

Pengetua Racist "Rasis" Ditukar Ke Sekolah Lain.. Sebab "Halau" Bangsa Cina...


Salam...
Pasti semua orang tahu pasal isu ni kan? Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Selambau (SMKBS) yang melafazkan ayat menyentuh sensitiviti perkauman yang telah menggores hati kaum Cina di Malaysia. Pengetua ni telah dijatuhkan hukuman ditukar ke sekolah lain. Wajarkah hukuman ini?

Pengetua berkenaan didakwa mengeluarkan kata-kata "balik ke China" kepada pelajar bukan Islam sekolah berkenaan dalam majlis perhimpunan pagi, baru-baru ini kerana menegur mereka yang tidak menghormati pelajar Islam yang berpuasa. Malaysiakini

Lanun sebagai rakyat Malaysia menghormati setiap bangsa di Malaysia, kita adalah bangsa yang lahir di Malaysia dan ia adalah tanah tumpah darah bagi kita tak kira kaum India, Cina, Melayu dan sebagainya. Sayangi keistimewaan kita, cari titik persamaan bukan perbezaan.

Disini Lanun ingin tegaskan beberapa perkara dalam isu pengetua ni :
  1. Setiap bangsa adalah normal untuk memperjuangkan bangsanya sendiri.
  2. Dalam konteks Malaysia, kita adalah 1 keluarga Cina India Melayu dsbgnya jadi jaga antara 1 sama lain.
  3. Kita juga jangan apa yang pelajar tu buat sampai pengetua tu marah? hormatilah orang berpuasa.
  4. Kaum Cina India Melayu kena hormati antara 1 sama lain.
  5. Jauhi dengki mendengki dan bersamngka buruk lebih lebih sebagai pendidik.
  6. Lanun harap pengetua tu tidak lagi ulangi kesilapan.
  7. Pada pendapat Lanun better Pengetua ni di denda khidmat masyarakat, sekiranya beliau bersalah setelah disiasat.
Blog Widget by LinkWithin

4 komen disini yer..:

zulkbo said...

SALAM..
Ermmmp..rasanya ada kekhilafan di situ..mungkin dalam keadaan tertentu guru besar terkhilaf cakap..sebaiknya mmg agak racist bila bercakap begitu..wallahualam.

hans said...

bagi saya mungkin ada something yg buat cikgu tu betul2 marah
maklumlah budak2 sekarang nih perangai macam mana

tapi dalam masa yang sama memang cikgu tu tak patut keluarkan ayat2 macam tu
sebab terlampau emosi sangat

kemudian timbul pula video terbaru namewee berkenaan isu nih
pening2
semakin dekat kita dengan hari kemerdekaan semakin banyak perpecahan kita nampak
wallahualam

P/S : Lagenda Budak Setan Versi Drama Baru Bestttttt!

Anonymous said...

walaupun budak budak skrg banyak yg buat2 perangai,if u are the so called 'pengetua kanan' u shud at least have some rational in ur heart ryte??u shud knw well about ur status...jgnla ckp cam tu je...tmbhan lg ko org dewasa...takkan la nak berkira dgn pelajar-pelajar...mana dtgnye sabar itu separuh drpd iman??

NokiaPhone said...
This comment has been removed by the author.