30 August 2010

Selamat Menyambut Kemerdekaan Malaysia Ke 53 1 Malaysia Menjana Tansformasi


Salam...
Alhamdulillah dah 53 tahun kita merdeka, merdeka dari penjajahan negara asing yang benar benar buat nenek moyang kita cukup tersiksa dahulu. Jikan kita dengar kembali kisah mereka pasti kita berasa bersyukur sangat dengan apa yang kita kecapi hari ni.

Lanun disini mengucapkan selamat menyambut kemerdekaan yang ke 53, marilah kita isi kemerdekaan ini dengan rasa syukur dan semangat muhibbah antara semua kaum. Ingat! Cina India Melayu, Singh, Kadazan, Bidayuh, Orang Asli dan sebagainya ( maaf kalu tertinggal ) kita semua adalah  1 keluarga, keluarga Malaysia. Mari kita pupuk semula perpaduan yang tulin kearah reformasi Malaysia kepada yang lebih adil dan berkebajikan buat semua.

Jauhi lah perbuatan maksiat, dosa, dan perkara perkara tidak bermoral yang boleh membawa mudarat, lebih lebih lagi dalam bulan Ramadhan ini. Semoga pada yang balik kampung hati2 dijalan raya, pada yang keluar dengan keluarga sambut merdeka juga hati2 la k, jangan tinggalkan solat.

Selamat Hari Merdeka Rakyat Malaysia ikhlas dari Blog Lanunsepet.. 
Melayu jaga India & Cina, Cina jaga India & Melayu, India jaga Cina & Melayu...
1 Keluarga :-)

Blog Widget by LinkWithin

5 komen disini yer..:

zulkbo said...

Salam Kemerdekaan negara
kita-53..semoga anda selalu sihat
untuk menikmati dan menghayati
makna kemerdekaan sebenar..
جزاك اللهُ خير

Aisyah AR said...

selamat hari merdeka!!!

LaNuNsepet said...

selamat hari merdeka zulkbo n aisyah :-)

Faizan Villainheart said...

Merdeka! Merdeka! Merdeka! tapi merdekakah kita babe?

Chaon Cornerz said...

1 malaysia menjana transformasi.. selamat hari merdeka semua rakyat malaysia..