03 August 2010

Bacaan Niat Puasa 1 Hari & Sebulan

Salam...
Eh eh jap jer kan tak lama kita akan masuk ke dalam bulan Ramadhan yang semua orang tunggukan. Gembira sangat bila tiba bulan ramadhan ni, macam macam nikmat Allah bagi pada semua umat Islam.

Dari sekecil sekecil ibadah yang pahala digandakan, dan pastinya yang besar pahalanya bertambah besar sempena dengan bulan Ramadhan Al Mubarak ni. Sampaikan peniaga pun dapat untung berlipat kali ganda bulan puasa nanti, jualan memang meningkat tambah orang fikir nak hari raya.

Hari ni kita buat sket review berkaitan dengan niat puasa, ingat lagi tak? confirm semua orang ingat kan? kan? Ni kira kita review lah balik k.

Lafaz niat puasa untuk 1 hari 


Lafaz : nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa
Niat : Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala. 

Lafaz niat puasa untuk Sebulan 



Lafaz : nawaitu souma syahri ramadhona hadzihis sanati kullihi lillahi ta'aalaa.
Niat : Sahaja aku puasa untuk sebulan pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala.

Penjelasan niat sebulan menurut Ulamak :
Mengikut mazhab Imam Shafie, niat hendaklah dilakukan pada setiap malam. Para ulama berpendapat kita boleh bertaklid mengikut mazhab Imam Maliki yang mengharuskan niat puasa untuk sebulan Ramadan: Iaitu berniat untuk sebulan Ramadan dengan tujuan jika terlupa niat mana-mana malam di bulan ramadan niat mengikut Imam Maliki itu boleh dipakai. Niat Imam Maliki hendaklah dilakukan pada malam pertama puasa. Namun niat setiap malam hendaklah dilakukan.



Blog Widget by LinkWithin

7 komen disini yer..:

emme said...

salam, kalau dapat buat banklink lagi bagus sebenarnya, :) bagus untuk SEO...

LaNuNsepet said...

ok :-) sudah ditukar :-)

akira sendoh said...

thanks...:)

Anonymous said...

salam.. ini la dikatakan orang melayu yg memberikan ilmu bkn saja utk dirinya tpi dkongsikan dgn org lain so pahala bagi anak adam yg meninggal dunia dgn ilmu yg bermanafaat. terima kasih dr saya! selamat berpuasa & teruskan usaha utk mendapat berkat pahala syurga dari Allah s.w.t ~amin

Anonymous said...

sy x hafal niat pon n x perlu kan lafaz2 niat tu

LaNuNsepet said...

yer betul tu..

tu hanya lafaz niat..niat adalah lintasan hati..

allah maha mengetahui apa yang dihati kita.

Bacaan Doa Niat Puasa Ramadhan said...

Marhaban Ya Ramadhan, Selamat Menjalankan Ibadah Puasa Yah....