Showing posts with label soal jawab. Show all posts
Showing posts with label soal jawab. Show all posts

04 October 2011

Ceramah Ramadhan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid

1 komen disini yer..
Salam..
Lanun tadi baru jar like satu page ni, page facebook Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. Anda kenal beliau? pada yang tak kenal boleh rujuk video ceramah beliau dibawah ataupun boleh rujuk fanpage di facebook.com.

Rasanya masyarakat mula kenal beliau apabila ustaz ni keluar di kaca TV alhijrah dalam program Ihya Ramadhan. Nampaknya Lanun memang lambat lah kenal Ustaz Don Daniyal ni. Dah masuk Zulkaedah dah baru nak tengok video ustaz yang special namanya ni.

Apa yang Lanun baca di internet, keluarganya dan saudaranya memang ada "Don" Don ni. Agaknya sapa nama "Don" tu adalah kaitan dengan Ustaz muda ni. Beliau ni kerja di KUIS (Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor) sebagai pensyarah muda. Beliau belajar di Al Azhar dalam bidang Qiraat, dan adik beradiknya juga baik baik perangai belaka, alhamdulillah.. itulah serba sedikit yang Lanun dapat di internet tentang latar belakang beliau. Wallahualam..

Link Youtube :
Video Ceramah Ustaz Don Daniyal Ihya Ramadhan :
++ Siri 1 : [ Part 1 ] [ Part 2 ]
++ Siri 2 : [ Part 1 ] [ Part 2 ]

p/s : Syukur, ada pelapis ulamak ulamak.. macam keluarga Din. (Harun Din, Hassan Din dan sbgnya...)

15 November 2010

Perang AC Mizal dan Aidid Mu’addib ??

49 komen disini yer..

Salam..
Pastinya korang dah baca pasal AC Mizal yang menurutnya beliau telah di hina dan fitnah di internet berkaitan dengan bisnes gelang magnetnya. Lanun sebelum ni dah pernah terbaca dah mengenai hal ni di satu blog. Dan.. tak sangka ianya menjadi "panas" dan hingga AC Mizal bawa ke media massa Harian Metro.

Lanun ada juga tengok bukti bukti Aidid Mu’addib ni hujahkan dan ianya juga telah dijawab oleh AC Mizal dalam temuramah beliau dengan Metro. Dan dengan pantasnya, Blogger Aidid Mu’addib ni telahpun menjawab semula setiap hujah hujah AC dalam temubual tempoh hari.

+ Soal Jawab AC Gelang Magnet di Harian Metro : ACjawabdakwaan Article
+ Blog Aidid Mu’addib? Boleh usyarnya kat sini : http://aididmuaddib.blogspot.com/
+ Dari mana Lanun dapat tahu cerit ni dulu dulu : Fanpage Say No to MLM
+ Dan korang tahu tak ada blog anti-SaynotoMLM : http://saynotomlm.blogspot.com/

Seriesly trafik kat blog AididMuaddib ni memang laju.. Jadi popular dier pas masuk surat khabar. Apepun terpulang pada korang untuk judge isu ini. Lanun harap polis dan kementerian berwajib siasat. Plis baca dan teliti setiap hujah kedua dua belah pihak, supaya adil bagi mereka.

Korang suka MLM?

17 August 2010

Bagaimana Soal Jawab Dengan Nuffnang Helpdesk

2 komen disini yer..
Salam...
Ada kemusykilan pasal Nuffnang? Tak paham bagaimana pembayaran Nuffnang? Bagaimana pengiraan klik iklan? Apa itu istilah istilah dalam Nuffnang? Bagaimana nak join komuniti dan aktiviti Nuffnang? Ada masalah dengan blog? Iklan tak keluar? Earning sedikit? Error pada kod iklan? dan lain lain.. Semua ni boleh di ajukan kepada Nuffnang.

Lanun akan kongsikan info pada korang semua bagaimana caranya nak bertanyakan soalan pada Nuffnang iaitu syarikat pengiklanan di internet yang juga Komuniti Blogger di Asia Pasifik. Mungkin info ni ramai dah tahu cuma hari tu selepas..Lanun tunjukkan jawapan dari pihak Nuffnang mengenai kemusykilan Lanun.

Ada yang bertanya macam mana nak contact Nuffnang? Rupa rupanya masih ada yang tak tahu. Tak pa.. Lanun dulu lagi jahil pasal Nuffnang ni he3..kawan kawan yang ajar. Di bawah ni Lanun sediakan secara ringkas cara untuk mengajukan pertanyaan pada Nuffnang.

Caranya : 
1. Log in 
2. Klik menu Contact Us atau Klik link ini [http://www.nuffnang.com.my/help/]
3. Pilih kategori apa masalah anda dan klik "Next" 
  • Technical Support
  • Advertiser Enquiries/Suggestions
  • Blogger Enquiries/Suggestions
  • Human Resource (Job Application)
  • Nuffnang Contest Related Questions/Feedback
  • Miscellaneous
4. Isi borang : Subjek dan Ceritakan masalah yang di hadapi. ( Bahasa melayu pun tak apa, jangan bahasa rojak sudah..)
5. Pilih "Prority" ( yang ni pilih lah High )
6. Klik "Submit ticket", satu email pengesahan akan di hantar ke email korang dan tunggulah jawapannya.

Sambil korang menaip Nuffnang akan keluarkan soalan soalan yang pernah ditanya pada mereka, yang lebih kurang sama dengan soalan korang. Jadi kalau dah ada suggestion dari dieorang tak perlu lah kita taip lagi. Sebab sesetengah soalan telah pun dijawab. tapi nak bagi puas hati send ajer lah, bagi kakitangan Nuffnang sibuk sket he3..dieorang dapat gaji kan he3.

Nuffnang merupakan komuniti yang sangat mesra dengan Blogger blogger jadi anda anggaplah macam kawan, setakat yang Lanun tahu dari segi cara mereka menjawab sangatlah mesra dan tindakan mereka juga pantas. Dieorang sendiri pun adalah blogger dan berblogging. Jadi mesti dieorang paham.

p/s : Tanyalah banyak banyak bagi dierang rajin wat kerja he3.. ada sesetengah tu pas bertanyakan soalah terus dapat Buff, tapi Lanun still takda rezeki lagi :-)

03 August 2010

Bacaan Niat Puasa 1 Hari & Sebulan

7 komen disini yer..
Salam...
Eh eh jap jer kan tak lama kita akan masuk ke dalam bulan Ramadhan yang semua orang tunggukan. Gembira sangat bila tiba bulan ramadhan ni, macam macam nikmat Allah bagi pada semua umat Islam.

Dari sekecil sekecil ibadah yang pahala digandakan, dan pastinya yang besar pahalanya bertambah besar sempena dengan bulan Ramadhan Al Mubarak ni. Sampaikan peniaga pun dapat untung berlipat kali ganda bulan puasa nanti, jualan memang meningkat tambah orang fikir nak hari raya.

Hari ni kita buat sket review berkaitan dengan niat puasa, ingat lagi tak? confirm semua orang ingat kan? kan? Ni kira kita review lah balik k.

Lafaz niat puasa untuk 1 hari 


Lafaz : nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa
Niat : Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala. 

Lafaz niat puasa untuk Sebulan 



Lafaz : nawaitu souma syahri ramadhona hadzihis sanati kullihi lillahi ta'aalaa.
Niat : Sahaja aku puasa untuk sebulan pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala.

Penjelasan niat sebulan menurut Ulamak :
Mengikut mazhab Imam Shafie, niat hendaklah dilakukan pada setiap malam. Para ulama berpendapat kita boleh bertaklid mengikut mazhab Imam Maliki yang mengharuskan niat puasa untuk sebulan Ramadan: Iaitu berniat untuk sebulan Ramadan dengan tujuan jika terlupa niat mana-mana malam di bulan ramadan niat mengikut Imam Maliki itu boleh dipakai. Niat Imam Maliki hendaklah dilakukan pada malam pertama puasa. Namun niat setiap malam hendaklah dilakukan.