Showing posts with label maksud. Show all posts
Showing posts with label maksud. Show all posts

12 October 2011

Makna Bacaan Rukuk, Sujud, Iktidal, Duduk Antara 2 Sujud Dalam Solat.

13 komen disini yer..
Salam..
Lanun sharekan satu grafik yang mengandungi makna bacaan dalam solat yang kita kadang kadang kita sekadar melepaskan batuk di tangga, tanpa mengetahui apa yang makna nya. Bayangkanlah kita membacanya dengan laju sedangkan ianya adalah permintaan pada Tuhan yang Esa. Tergesa gesa kita meminta pada Nya dan memujiNya?? pasti bukan begitu seorang hamba.

InsyaAllah grafik ini dapat di pelajari dan dikongsi supaya kita lebih khusyuk.

 Klik untuk lebih BESARRR.....

05 November 2010

Versi Bahasa Melayu : Lagu Maher Zain Insha Allah ; ada rupernyer...

5 komen disini yer..
MAHER ZAIN - MALAY VERSION (dengan lirik) YANG SEBENAR BENAR NYA


Salam...
Dalam dok melayan jiwa dan perasaan sambil mendengar lagu nyanyian Maher Zain di Youtube Lanun ter jeumpa satu video yang sebelum ni Lanun katakan mengenai nya. Lagu Insha Alla versi bahasa melayu. Yup, ingatkan tak ada rupa rupanya ada. Tapi....

Tapi bukan Maher Zain yang nyanyi tapi ia di nyanyikan dan di terjemah oleh saudara Busyairi Ahmad. Lanun tak kenal siapa dia ni, tapi dia adalah multimedia designer berdasarkan maklumat di Facebook beliau. Bawah ni adalah lagu nyanyian saudara Busyairi sendiri, anda nilai lah sendiri he3. Facebook Busyairi Ahmad : http://www.facebook.com/busyairi.ahmad

Apa pun, nice try he3. ( baca komen, mcm dia nak release studio vesion punyer )

Lanunsepet : Harap sangat artis nasyid Malaysia, Hijjaz mungkin nyanyikan lagu Insha Allah versi melayu dengan izin Maher Zain,.

25 September 2010

Doa Memulakan Kerja di Tempat Kerja...

3 komen disini yer..
Salam...
Dulu zaman study sebelum nak mula kelas, lecturer ada yang suruh baca al fatihah, lagi baik di tambah dengan doa penerang hati semoga mudah paham apa yang dipelajari. Sekarang?

Sekarang dah masuk zaman bekerja, alhamdulillah zaman study dah tamat sekarang zaman kerja yang bermula pastinya Lanun harapkan kebaikan dan rahmat dalam rezeki yang dicari ini. Dalam memulakan kerja pastinya untuk mendapat berkat mestilah dimulakan dengan cara yang betul. Bagaimana?

Salah satunya ialah dengan berdoa pada Allah SWT memohon kebaikan dan dijauhkan dari keburukan dari pekerjaan yang kita buat tu. Tak kira kita kerja kat site ke, pejabat ke, tempat tinggi, dalam tanah, dalam hutan atau pun dirumah sekalipun.

Bawah ni doa yang Lanun jumpa untuk kita kongsi sama sama dan amalkan InsyaAllah. Tak dapat hafal? fahami maksudnya dan sebutkan jar dalam bahasa Melayu, Allah Maha Mendengar dan Maha Pengasih lagi Penyayang. Mudahnya menjadi Muslim ada tempat mengadu...

Lanunsepet : Jangan lupa niat mesti betul yer..macam bonda bonda kita pesan... Alfatihah sebagai pembuka juga terbaik..

klik untuk besar lagi...

07 September 2010

Tips : "Stats" Fungsi untuk Blogger Kenali Blog Masing2..

10 komen disini yer..
Salam..
Lanun.. ko memang ketinggalan lar.. ha3. Lambat betul update!. Ok2 jangan marah yer chief Lanun. Lanun akan update jugak lar, pedulik la ketinggalam atau tak. Update ikut suka ikut jari ni yang akan taip bila dia rajin. He3. Oh Merapu.

Ok Guys and Girl Lanun akan sharekan sesuatu yang Lanun suka sangat tengok. Apa dia? Lanun suka sangat tengok 3 perkara ni :
  1. Google analytics : Advance tool untuk analisa blog atau laman web korang. ( A-Z )
  2. Nuffnang Analytics : Basic function dan mudah di fahami
  3. Terbaru : "Built In" Stats atau Statistik untuk pengguna Blogger. Oh Yes!!
Korang lihat pelbagai statistik dari banyak segi ( beserta grafik) dengan klik butan STATS selepas log in ke blogger. Secara umum Stats adalah statistik, dari pelawat, pageview, trafik, sumber trafic, keyword hit, artikel popular dan macam macam lagi. 

Lanun sangat sangat recommend korang usyar function ni ok, sebab dari Stats ni lah kita boleh lebih kenal dengan blog kita, lebh tahu apa kemampuan dan kelemahan blog kita. Banyak akan korang dapat belajar. Pastinya ramai blogger otai seperti Usop, Kujie2, Aduka5, Dark Batman, Yanmie dan Cikgu Dahlia pun akan suggest guna fungsi Stats ni.


Petunjuk :
  1. Overview : Secara umum tentang trafik ke blog korang.
  2. Post : Tunjuk nilai Pageview Post dan Pages yang telah di view untuk tempoh masa tertentu.
  3. Traffic Sources : Ada Referring URL, Site, dan Search Keyword untuk blog.
  4. Audience : Tunjuk dari mana visitor datang?, guna explorer apa? OS yang digunakan?
  5. Tempoh masa  yang boleh dipilih ( "Now" adalah keadaan semasa )
Kesimpulan :

Tak kisah lah dengan medium apa yang korang guna untuk tengok statistik ( keyword, trafik, visitor, UV, referral atau sebagainya ) yang penting kenali blog korang. Dari statistik korang boleh analisa :
  • Perangai dan cara visitor bertindak. 
  • Apa yang mereka mahukan? 
  • Apa yang boleh buat mereka setia pada blog kita
  • Selain itu korang boleh juga tahu pembaca setia dan juga sumber trafik korang. 
Apa lagi? Log in dan lihat stats blog masing masing. Ok, selamat menganalisa.

03 August 2010

Bacaan Niat Puasa 1 Hari & Sebulan

7 komen disini yer..
Salam...
Eh eh jap jer kan tak lama kita akan masuk ke dalam bulan Ramadhan yang semua orang tunggukan. Gembira sangat bila tiba bulan ramadhan ni, macam macam nikmat Allah bagi pada semua umat Islam.

Dari sekecil sekecil ibadah yang pahala digandakan, dan pastinya yang besar pahalanya bertambah besar sempena dengan bulan Ramadhan Al Mubarak ni. Sampaikan peniaga pun dapat untung berlipat kali ganda bulan puasa nanti, jualan memang meningkat tambah orang fikir nak hari raya.

Hari ni kita buat sket review berkaitan dengan niat puasa, ingat lagi tak? confirm semua orang ingat kan? kan? Ni kira kita review lah balik k.

Lafaz niat puasa untuk 1 hari 


Lafaz : nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa
Niat : Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala. 

Lafaz niat puasa untuk Sebulan 



Lafaz : nawaitu souma syahri ramadhona hadzihis sanati kullihi lillahi ta'aalaa.
Niat : Sahaja aku puasa untuk sebulan pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala.

Penjelasan niat sebulan menurut Ulamak :
Mengikut mazhab Imam Shafie, niat hendaklah dilakukan pada setiap malam. Para ulama berpendapat kita boleh bertaklid mengikut mazhab Imam Maliki yang mengharuskan niat puasa untuk sebulan Ramadan: Iaitu berniat untuk sebulan Ramadan dengan tujuan jika terlupa niat mana-mana malam di bulan ramadan niat mengikut Imam Maliki itu boleh dipakai. Niat Imam Maliki hendaklah dilakukan pada malam pertama puasa. Namun niat setiap malam hendaklah dilakukan.



01 March 2010

Kelebihan Bismillah

2 komen disini yer..
BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz "BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM" yang bermaksud "Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani."
Terlalu banyak kelebihan kalimah agung ini untuk dicoretkan.. Di sini, Coklat Ungu ingin berkongsi dengan rakan2 pembaca sebahagian daripada kelebihan menyebut kalimah Bismillah dalam kehidupan seharian kita.. sama2 kita renungkan.. :-)