Showing posts with label malaya. Show all posts
Showing posts with label malaya. Show all posts

05 November 2010

Versi Bahasa Melayu : Lagu Maher Zain Insha Allah ; ada rupernyer...

5 komen disini yer..
MAHER ZAIN - MALAY VERSION (dengan lirik) YANG SEBENAR BENAR NYA


Salam...
Dalam dok melayan jiwa dan perasaan sambil mendengar lagu nyanyian Maher Zain di Youtube Lanun ter jeumpa satu video yang sebelum ni Lanun katakan mengenai nya. Lagu Insha Alla versi bahasa melayu. Yup, ingatkan tak ada rupa rupanya ada. Tapi....

Tapi bukan Maher Zain yang nyanyi tapi ia di nyanyikan dan di terjemah oleh saudara Busyairi Ahmad. Lanun tak kenal siapa dia ni, tapi dia adalah multimedia designer berdasarkan maklumat di Facebook beliau. Bawah ni adalah lagu nyanyian saudara Busyairi sendiri, anda nilai lah sendiri he3. Facebook Busyairi Ahmad : http://www.facebook.com/busyairi.ahmad

Apa pun, nice try he3. ( baca komen, mcm dia nak release studio vesion punyer )

Lanunsepet : Harap sangat artis nasyid Malaysia, Hijjaz mungkin nyanyikan lagu Insha Allah versi melayu dengan izin Maher Zain,.

24 October 2010

Lanun Securities : Ada syarikat Saudi nama Lanun Securities rupanya..

3 komen disini yer..

Saja petang petang ni cari keyword bermula dengan perkataan "lanun". Kelakarnya Lanun jumpa ada 1 syarikat ni namanya Lanun securities. Sebuah syarikat di Arab Saudi yang te rlibat dalam bisnes telekomunikasi. Adakah Lanun mempunyai maksud berlainan dalam bahasa arab? Lam Alif Nun Wau Nun 

23 August 2010

Merdeka : Tema Hari Kebangsaan Malaysia 1970 - 2010

6 komen disini yer..
Salam..
Seperti yang kita semua tahu kita sekarang dalam bulan kemerdekaan. 31 Ogos 1957 dimana negara Malaysia kita telah dibebaskan dari pemerintahan Ma. Bermula dari itu pemerintahan telah diserahkan kepada orang Malaysia sendiri untuk memandu negara ke arah kemajuan dan belenggu kemiskinan. 

Sempena dengan bulan kemerdekaan ini Lanun bawakan senarai tema hari merdeka atau hari kebangsaan Malaysia sejak dari 1970 hingga 2010 kini. untuk sebelum 1970 Lanun pun tak pasti kerana apa tak ada tema, mungkin masa tu tak terfikir lagi untuk mengadakan tema atau sebagainya.

Ok, jom kita teliti tema kemerdekaan Malaysia dulu dan sekarang :

TAHUN
TEMA
1970
Muhibah dan Perpaduan
1971
Masyarakat Progresif
1972
Masyarakat Adil
1973
Masyarakat Kebudayaan Malaysia
1974
Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1975
Masyarakat Berdikari
1976
Ketahanan Rakyat
1977
20 Tahun Bersatu Maju
1978
Kebudayaan Seni Perpaduan
1979
Bersatu Berdisiplin
1980
Berdisiplin Berbakti
1981
Berdisiplin Berharmoni
1982
Berdisiplin Giat Maju
1983
Bersama ke Arah Kemajuan
1984
Amanah Asas Kejayaan
1985
Nasionalisme Teras Perpaduan
1986
Bangsa Tegas Negara Teguh
1987
Setia Bersatu Berusaha Maju
1988-1989
Bersatu
1990
Berjaya
1991
Wawasan 2020
1992
Wawasan Asas Kejayaan
1993
Bersatu Menuju Wawasan
1994
Nilai Murni Jayakan Wawasan
1995
Jatidiri Penggerak Wawasan
1996
Budaya Penentu Kecapaian
1997
Akhlak Mulia Masyarakat Berjaya
1998
Negara Kita Tanggungjawab Kita
1999
Bersatu Ke Alaf Baru
2000-2006
Keranamu Malaysia
2007
Malaysiaku Gemilang
2008
Perpaduan Teras Kejayaan
2009
1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
2010
1Malaysia Menjana Tranformasi