Showing posts with label lafaz. Show all posts
Showing posts with label lafaz. Show all posts

01 April 2011

Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam Kakitangan Kerajaan

1 komen disini yer..

Ikrar Perkhidmatan Awam

Kami yang telah dilantik berkhidmat dengan kerajaan Malaysia membuat ikrar di sini bahawa semasa dan selagi kami berkhidmat dengan Kerajaan, kami akan patuh dengan mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa menjalankan tugas. Ke arah ini kami:
  • Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan;
  • Bekerja dengan penuh tanggungjawab;
  • Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri;
  • Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan;
  • Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara;
  • Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara; dan
  • Berpegang teguh kepada ajaran agama.


Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam
Kami, pegawai awam Malayssia, dengan sepenuh dan rela hati berikrar mempertahankan dan memperkukuhkan integriti perkhidmatan awam dengan mencegah dan membenteras segala bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan melalui tindakan yang berikut :

  • Pertama : Berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah;
  • Kedua : Menutup semua ruang dan peluang yang memdedahkan kepada amalan rasuah;
  • Ketiga : Bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang, peraturan dan etika jabatan;
  • Keempat : Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk memerangi sebarang perlakuan jenayah rasuah;
  • Kelima : Bertindak tegas terhadap mereka yang cuba menggugat integriti dan imej pegawai awam; dan
  • Keenam : Mematuhi sepenuhnya kod etika jabatan dan mengamalkan nilai-nilai murni yang berteraskan ajaran agama dalam melaksanakan tugas.

25 September 2010

Doa Memulakan Kerja di Tempat Kerja...

3 komen disini yer..
Salam...
Dulu zaman study sebelum nak mula kelas, lecturer ada yang suruh baca al fatihah, lagi baik di tambah dengan doa penerang hati semoga mudah paham apa yang dipelajari. Sekarang?

Sekarang dah masuk zaman bekerja, alhamdulillah zaman study dah tamat sekarang zaman kerja yang bermula pastinya Lanun harapkan kebaikan dan rahmat dalam rezeki yang dicari ini. Dalam memulakan kerja pastinya untuk mendapat berkat mestilah dimulakan dengan cara yang betul. Bagaimana?

Salah satunya ialah dengan berdoa pada Allah SWT memohon kebaikan dan dijauhkan dari keburukan dari pekerjaan yang kita buat tu. Tak kira kita kerja kat site ke, pejabat ke, tempat tinggi, dalam tanah, dalam hutan atau pun dirumah sekalipun.

Bawah ni doa yang Lanun jumpa untuk kita kongsi sama sama dan amalkan InsyaAllah. Tak dapat hafal? fahami maksudnya dan sebutkan jar dalam bahasa Melayu, Allah Maha Mendengar dan Maha Pengasih lagi Penyayang. Mudahnya menjadi Muslim ada tempat mengadu...

Lanunsepet : Jangan lupa niat mesti betul yer..macam bonda bonda kita pesan... Alfatihah sebagai pembuka juga terbaik..

klik untuk besar lagi...