Showing posts with label lanunsepet. Show all posts
Showing posts with label lanunsepet. Show all posts

23 October 2010

Video Rasmi Blog Lanunsepet : Akhirnya Pembikinan Selesai, Jom Tengok.

7 komen disini yer..
Salam...
Hari ini Lanun telah cuba untuk bikin satu video dari screencapture(printscreen) Blog post Lanunsepet. foto foto dari screencapture tu semua telah Lanun susun dan Lanun kombinasikan kan menjadi satu video dengan background muzik (Pirates soundtrack). Lanun tak pasti apa reaksi korang sebab video ni memang tahap amatur punya he3. Tapi Lanun tetap puas hati.

Pada kawan2.. Lanun harap semua pembaca Lanunsepet mendapat sedikit sebanyak manfaat sejak blog ni di wujudkan. Tiada apa yang membanggakan Lanun melainkan info info yang Lanun paparkan berguna dan memberi kebaikan pada korang. Seperti sebelum ni jugak lanun terbuka untuk kritikan dan teguran. Anynomous pun boleh..apa ada hal. InsyaAllah Lanun akan terus berblog mengikut cara Lanun sendiri.

Software Lanun gunakan ?
1. Picasa Web Album ( Software yang macam macam fungsi dan mudah : Download )
2. Background audio yang gempak he3 ? ( Website Yokka : Download Audio Disini )

So, ini adalah video rasmi blog ni buat masa ni. Mana tau lain kali Lanun bertambah kreatif Lanun akan buat lagi video yang lebih menarik. Jom saksikan..Komen la kalau rajin he3. Selamat Menonton...

Only On Youtube Theaters... 23 Oktober 2010 
p/s : mesti korang cakap background muzik gempak tapi video..hmmm.. bese jer.. he3

04 September 2010

Iklan Hari Raya AidilFitri Petronas 2010 1431H Terbaru: Antara Dua Kampung

6 komen disini yer..

Hakcipta Terpelihara Petronas.. Selamat Hari Raya Semua Pembaca Blog Lanunsepet

Salam..
Iklan Hari Raya untuk tahun 2010 ini :-). Kali ini berkisar tentang 2 kampung. Nak raya kampung isteri atau kampung suami ? Tajuk iklan ni Antara 2 Kampung. Ia berasaskan suasana zaman P ramlee dulu dulu dalam cerita antara dua darjat dan Madu Tiga. watak watak dalam ni jugak sebijik macam dalam filem file Allahyarham P. Ramlee.

Untuk iklan  lain korang boleh usyar di : http://www.petronasgreetings.com/2010/

Jangan buat Iklan yang sesat dan terpesong macam ni sudah : Kontroversi Iklan Hari Raya TV3 Terbaru 2010 : ada unsur agama lain? memesongkan akidah?

27 June 2010

10 Keyword Terhangat Minggu Ini

6 komen disini yer..
Salam..
Hmm.. susah betul nak update blog sekarang, internet dah takdak. Ni pun curi curi masa main intenet sambil rushing untuk study sebab 3 hari ni Lanun dalam final exam untuk semester khas. Macam biasa hari Jumaat Lanun akan sajikan he3 10 keyword popular untuk minggu lepas.

Tak boleh komen banyak sangat, sebab tak dak masa. Pasal 10 keyword terhangat bawah ni perasan tak penjara pudu paling top? sebab apa? sebab kes penjara pudu dirobohkan hari tu lar, dirobohkan untuk pembinaan jalan bawah tanah.

Macam macam reaksi pasal projek meroboh penjara pudu ni, ada yang kata kena kekalkan lah, ada yang kata robohkan je lah, Bagi Lanun baik robohkan jer kalau manfaat nyer banyak pada rakyat. Tul tak? that all buat masa ni.. semoga semua kawan2 sentiasa happy. Chow!.

22 May 2010

Pacman Di www.google.com.my Ganti Logo Google... Nyet... Nyet...

10 komen disini yer..
Salam...
Korang ingat lagi Pacman? Games Pacman yang duk ngap ngap hantu hantu pink, kuning, hijau tu. Games tu memang banyak nostalgia. PC dulu dulu games macam tu lar yang ada pun, pacman, pinball, kad kad daun terup  dan lain lain yang sewaktu dengannya.

Ape yang menarik Lanun jumper hari ni kat www.google.com.my ada game Pacman ganti logo Google yang sebelum ni. Bukan jar untuk paparan tapi siap leh main. Button " Im feeling lucky" lak diganti dengan button "Insert Coin". Button "Insert Coin" guna untuk Newgame. Korang leh kawal guna arrow up down left and right k. Have fun...

Tak silap Lanun ia sempena Ulangtahun ke 30 game Pacman dicipta pada 22hb mei 1980 lalu. Untuk tahu lebih lanjut sejarah Pacman leh rujuk Wikipedia Pacman. Dari apa yang Lanun baca mungkin logo game Pacman akan kekal dalam 2 hari gitu. So test ar skill korang tu he3.

Kalau takda, korang leh main kat sini jugak "free" : http://www.freepacman.org/


Pacman and google, memang kreatif ar google nih.
KJBJMJU4WWGT

19 May 2010

"Star CTR" Lanunsepet UP!!! Satu Bintang.....

0 komen disini yer..
Salam...
Dari dulu hinggalah hari ni, Star CTR (click through ratio) blog Lanunsepet tak pernah pun nak bertambah, asyik 3 bintang jer. Tapi sekarang, nuffnang bertambah kamcing dengan blog Lanunsepet nih. Kat leaderboard 1 bintang lagi dah muncul menjadikan Star CTR untuk leaderboard jadi 4 bintang. Ape maksudnyer?

up up and away....

More star, more ads... Lebih bintang lebih banyak iklan...
More star, more earnings... Lebih bintang lebih masyukk....

Untuk sapa sapa yang tak tahu apa maksudnya bintang CTR tu meh kat sini Lanun terangkan, Bintang-bintang di sebelah kanan statistik korang dalam nuffnang tu menunjukkan "rating click". Rating ni berdasarkan nisbah klik pada iklan di blog korang tu dapat. 

Contohnya iklan Lanun kat atas ni, leaderboard adalah paling banyak dapat klik dari pembaca, jadi dengan naiknya rating tu pengiklan akan lebih berminat nak letak ads kat blog kiter (dapatlah buffered earnings). Jadi dengan rating ni kiter leh tahu guane rating kita dimata pengiklan. Bintang ni jugak jadi sebagai penanda aras kita sebagai pemapar iklan

Nak tambah star CTR?

Pendapat Lanun, untuk tambahkan star rating CTR ni kenalah kerja keras tingkat trafik. Tu je lah satu satunya cara untuk tambah CTR (Click Through Ratio). Nak tambah tu macam mana pulak? belajar lah dari yang pakar iaitu Lanun.. eh bukan.. mestilah pada JustKhai (Teknik meningkatkan trafik blog yang dijamin berkesan).

15 May 2010

Tahniah : Lanun Terpilih Dalam Blogger Award Negeri Pasir Berdengung...

4 komen disini yer..
Salam...
Mula mula sekali nak gtau yang badan Lanun oh sungguh lah penat balik dari karnival kerjaya dan keusahawanan k3g kat PWTC tengahari tadi. cuaca panas tambah dengan kesesakan memang menguji kesabaran betul. Ni lah semangat orang na cari kerja ha3. InsyaAllah.. usaha dah dibuat.. doa dan tawakal menyusul pasni lak.

Tahniah tahniah.. Lanun dapat dapat (2 award kan?) blogger award dari Keyyah dari negeri pasir berdengung he3. Pandai-pandai jar Lanun bagi nama negeri dier pasir berdengung macam dalam citer Pramlee. Papepun keyyah Lanun memang tak tahu Keyyah asal mane? kalu baca ni sila jawab k. Lanun dapat 2 award nice blogger award and sunshine award, thanx Cik Keyyah..satu lagi guane sebut "keyyah" ni? actually Lanun baca "kenyah" selama ni ha3.
award sebab Lanun ni nice... keyyah kate.

award sunshine sebab Lanun dah hitam kena sunshine selalu..

1. Apa yang bermain di fikiran kamu sekarang?
Nak rehat badan penat... nak sms...
2. Apakah nama samaran kamu?
Lanunsepet
3. Berikan 3 orang yang kamu sayang.
islam, mak, ayah,uci,nenek, adikbradik, bakal tunang n sedare mare..
4. Panggilan untuk si dia.
Panggil nama depan dia.
5. Hadiah yang kamu impikan dari seseorang yang istimewa.
hmm.. zuriat, kereta vios, rumah banglo... kejam x?..
6. Blog mana yang kamu suka visit?
blog 4 orang budak master... keyyah, ser, dalila, adah,
7. Tagkan kepada 15 orang rakan blogger kamu.
ramainya... Lanun bagi pada 5 ja lah.. kekangan internet slow sangat sekarang nih.
Sudi sudilah amik yer kekawan, Moga persahabatan kita terjalin bahagia... mmm.. manisnya ayat....

11 May 2010

Malam Pertama.... Yang Gatal Gatal..

4 komen disini yer..
Salam...
Malam ni malam pertama Lanun.. malam pertama kat hostel... tak sangka kan dok hostel balik,sebab Lanun secara rasminyer berpindah ke hostel kul 11pm tadi. Tingkat 4 di emerald park dekat ngan MMU. Hu3..cukup lenguh angkat barang tadi, nasib baik barang taklah banyak sangat, cuma bawa yang penting jar. Malam ni Lanun akan bermalam kat sini buat pertama kali. 

Sejak masuk bilik Lanun ni tadi Lanun asyik tergaru garu jar, gatal gatal.. banyak hama agaknya bilik ni. Nasib baik ada cadar leh alas kat tilam, kalu tak mesti tilam tu miang sebab lama terdedah ngan habuk ngan ape ke benda lain yang menggatalkan.

Semoga malam pertama ini lancar.. dan nyenyak..dapat bangun subuh tidak lah subuh gajah lak he3. Good nite semua...

"Ya Allah permudahkanlan urusan semester baru kami ini 
Ya Allah.. permudahkanlah urusan ku dan kawan-kawan ku.."

23 April 2010

Berita Buruk Buat Kaki Kaki Blogger, Kaki Facebook Dan Kaki Internet...

19 komen disini yer..

Salam...
Hu3.. Mari mari Lanun nak gtau satu berita yang tak best didengar oleh kaki kaki blogger, kaki internet dan kaki facebook, berita ni memang berita buruk bagi  Lanun jugak sebagai seorang part time blogger he3. Mungkin korang dah baca tapi pada mana yang tak baca lagi, silakan baca dan persiapkan lah diri anda menempuh episod duka ni he3.
Telekom Malaysia Berhad (TM) hari ini memaklumkan bahawa gangguan perkhidmatan internet dijangka berlaku berikutan kerja-kerja kabel di Asia Tenggara-Asia Barat-Eropah Barat (SMW4). "Konsortium berkenaan akan menjalankan kerja-kerja pembaikan di tapak pada Sabtu, 24 April, 2010 (besok) dan dijangka siap pada Ahad, 2 Mei,(dekat seminggu) 2010," demikian menurut TM dalam satu kenyataan. Semasa proses berkenaan, akan terdapat gangguan kepada trafik ke Eropah dan AS yang dibawa melalui kabel berkenaan.
Menurut TM, pelanggan yang menggunakan perkhidmatan Internet di seluruh negara mungkin mengalami beberapa gangguan seperti perayauan yang perlahan semasa mengakses laman web antarabangsa. [Berita Penuh]
Lanunsepet : Hmm.. harap harap jangan la slow sangat...TM kate dier ade tambah laluan rangkaian tambahan untuk backup talian internet..Jadi Lanun harap ia membantu. (ade sape-sape nak jerit? he3)

22 April 2010

Study & Study.... Nota Dah Salin... Hafal nya Bila Lanun??

13 komen disini yer..
Salam..

Semua bebaik hari ni ke? Banyak dah blogwalking? Komen k artikel ni he3. Hmm..Kira kira tinggal satu hari lebih kurang je untuk Lanun menelaah subjek Technopreneurship ni. Hari ni alhamdulillah banyak sket study dari semalam, nota pun banyak dah salin, cuma hafalnya belum hu3, esoklah kot hafal kan and study kira kira pulak.

Sebut pasal hafal hafal nota ni. Cara korang hafal nota ni macam mana? Lanun selalunya lebih prefer buat soal jawab dengan kawan kawan, cara tu lagi cepat n mudah kita nak hafal. Bawah ni Lanun nyatakan beberapa cara nak hafal yang Lanun tahu :
  1. Tulis banyak banyak kali sampai hafal (kalau korang banyak masa ler).
  2. Buat bacaan tu berulang kali sampai hafal. (baca, hayati dan fahami)
  3. Buat singkatan and guna keyword yang kelakar atau yang mudah nak ingat (jangan guna yang merepek k) contoh : Reptila, Ikan, Mamalia, Burung, Amfibia = RIMBA.
  4. Soal jawab dengan kawan kawan korang, seronok and mudah paham. (jangan sembang benda lagho..)
  5. Ajar kawan kawan apa yang korang tahu, yang baru korang baru baca sebab mengajar orang buat kita akan lebih faham.
  6. Selain tu, ada yang wat irama, bergambar, peta minda, macam macamalah ikutlah suka hati korang k.
my study style... he3

19 April 2010

20 Amalan Murah Rezeki ; Berusaha Doa Tawakal Berjaya....

4 komen disini yer..
Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Dia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata. 
As Shura 27

Kepada yang dalam minggu exam macam Lanun, goodluck!! , Do the best, Your The Best. To Chekzu and CoklatUngu semoga Allah mudah kan urusan kalian :-) dalam study. Yakinlah Dengan Rezeki Dari Allah... Allah Maha Tahu Apa Yang Terbaik Buat Hambanya..

Untuk 20 Amalan Murah Rezeki teruskan membaca....

15 April 2010

Medan Perang Ke 2 : "Wo Hen Mang" Bahasa Ketiga Mandarin...

6 komen disini yer..
Salam..

Harini pas rehat sakan malam tadi akibat serangan migrain, Lanun start balik persiapan untuk paper seterunya. Next Paper on Saturday Bahasa Ketiga: Mandarin. Subjek ni lagi la mencabar Lanun rase, bukan boleh paham, kena hafal. Subjek yang lain bila kita paham konsep mudahlah, tapi bahasa ni more than "the more u practice the more u get lar" .

Lanun akan cuba dulu, yang penting adalah usaha. Ukuran kejayaan adalah usaha!!! Untuk study subjek ni Lanun akan gunakan 2 senjata heheh :
  1. Modul Elementary Mandarin Course Vol 1
  2. www.nciku.com (online tools for learning chinese)

Medan Perang Pertama : Perjuangan Pertama Tamat.. Lepas 1 Beban....Dua? Bakal Bermula..

4 komen disini yer..
Salam..

Petang semalam tepat 4.45 telah tamat medan perang yang pertama. Kini tentera sedang mara ke medan perang kedua bertembung dengan tentera "China" ha3. Dalam maksudnya tu. Alhamdulillah semalam selesai satu perkara, paper yang pertama, medan perang yang pertama Subjek Automation Manufacturing.

Walaupun ada soalan yang Lanun goreng jer, ada jugak yang salah, tambah pulak dengan yg tak yakin dengan jawapan yang Lanun jawab semalam, tapi Lanun tak fikir dah la pun, fikir 1 jer lega sebab dah lepas 1 beban. Pasni ade lagi 3subjek yang kena kosentret. Paling dekat berdepan dengan "Tentera China" subjek bahasa ketiga Mandarin.

Bawah ada 3 shoot Lanun amik masa nak passing kertas jawapan pada Lecturer En. Sadhiqin. Kecoh la jugak sket semalam ada 2,3 pembetulan pada kertas soalan. Ish3...terbantut konsentrasi.



13 April 2010

Cabutan Bertuah Versi Tak Ada Perasaan....

3 komen disini yer..

Firstly tq pada "Sifu Buffered Nuff" Lanun Chera yang wat cabutan ni. So, sekarang Lanun dah join n nak ajak korang jom join cabutan bertuah dari Blog Tak Ada Perasaan, mana tau anda bertuah, hadiah menarik menanti korang. Nak join? klik banner cabutan bertuah di atas. (tarikh tutup 2 Mei)

Lanunsepet : Chera, semoga dapat lar Lanun hadiah.. Lanun nak gak!! tak kire... he3

Perjuangan Bermula : BENE 4143 Automation Manufacturing In progress...

6 komen disini yer..
Salam...

Semua sihat? harap sentiasa dalam keadaan sihat. Hari nak bagi short update dari Lanun. Hari and semalam pas siap antar draft report PSM 2, Lanun dah start study kat fakulti FKEKK. Macam dengan team yang sama, nabil, mere, cw, azli, amin, amar, makley, lan. Memang banyak kena study, masa lak suntuk, tekanan pun makin memuncak, mujur ada sokongan dan doa dari dari insan yang mengambil berat. Hari ni sambung study lagi BENE 4143 Automation Manufacturing untuk paper 14hb nih. Hopefully arini lebih faham dan apa yang di study and spot kuar dalam exam InsyaAllah.. Ok, sekian. Doakan Lanun n kawan2..

Arini akan ku renung dan tenung kamu....

12 April 2010

Gambar Curi : Aksi Aksi Candid Yang Dirakam Lensa Lanun...

4 komen disini yer..
Salam...

Tadi Lanun selongkar balik folder gambar yang Lanun transfer dari Hp Sony Ericson W890i. Macam macam gambar ada dalam folder tu. Nak delete pun sayang tau, gambar-gambar dari situasi, event dan aksi yang tak boleh nak ulang semula, hanya lensa kamera saja mampu merakamnya.. chewah.

Semester ni nak habis dah, pasni semua akan jadi kenangan, kenangan zaman stadi. Hari ni Lanun akan sharekan beberapa gambar candid yg Lanun amik secara curi-curi masa semester lepas. Buh sket dulu yang lain hari lain he3. Ok jom layan sama sama.

Gambar ni Lanun amik masa nak kena saman ngan safety guard utem, kes amik jalan shortcut lawan arus.. he3.. Nasib baik just kena warning jer. Nak cepat punya pasal.
Bawah ade lagi...

06 April 2010

Lanunsepet Menjemput Semua Untuk Link Exchange... Tambah Rating.. Tambah Trafik...

0 komen disini yer..
Salam...

Lanun harap semua sihat, dan terus sukses dalam ape jugak perkara korang buat. Lanun sekarang dah nak masuk minggu final dah. pas exam tamatlah zaman student Lanun. Buat masa ni tak da la nak sambung belajar dah. Kalu sambung pun, bila di suruh kementerian barulah Lanun akan amik master.
Ok, hari ni Lanun nak umumkan kat semua yang Lanun buat pages baru. Korang perasan tak link Tukar2Link kat menu tab atas tu? Lanun sediakan satu page untuk kita buat exchange link. Korang semua leh submit link korang kat Lanun melalui form yang ada kat situ. 

  1. Just  klik pada menu tab kat atas nun Tukar2Link, 
  2. isi form ringkas tu, 
  3. n then klik submit. Lanun akan masukkan secepat mungkin link yang korang dah submit tu.

Pada hemat Lanun, link exchange ni juga boleh tingkatkan rating blog korang secara tak lansung menaikkan trafik ranking kita dalam search engine. Ia juga di kenali sebagai back link if i not misktaken lar. So, Lanun alu-alu kan semua submit Link korang. Semoga ia jadi satu permulaan ikatan persahabatan antara kita.

04 April 2010

Lanunsepet In Inotek 2010 (Innovation & Technology Competition Fkekk UTEM)

13 komen disini yer..
Salam...

Jom ikuti photoshoot yang Lanun amik masa INNOVATION & TECHNOLOGY COMPETITION INOTEK 2010 Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer 2010 baru baru ni. Gambar ni Lanun tangkap masa kat dalam Lab ECADD and sekitar foyer. Actually Inotek berlansung di beberapa kawasan fakulti, tapi tak sempat nak pusing semua sebab sibuk tunggu projek sendiri.

Jom tengok gambar-gambar aksi pada inotek 2010 dibawah.... [..]

03 April 2010

Bukti : Perkembangan Kita Di Alam Rahim.... Kebesaran Allah SWT...

6 komen disini yer..


Hebat..Subhanallah... Maha Suci Engkau Ya Allah.. Sesungguhnya kitalah sebaik baik kejadian yang Allah ciptakan tiada lain melainkan untuk tunduk pada Nya. Dengan kehebatan kejadian yang Allah atur untuk kita..jangalah sombong, jangalah angkuh... rendahkan lah ego mu wahai manusia.. kita lemah... kita hamba... Dia berkuasa atas segalanya... 

Takjub sungguh Lanun tgk video ni.. macam ni lah perkembangan kita dalam perut ibu. Satu persatu tumbesaran, dari segumpal darah sehinggalah menjadi tubuh lengkap sempurna yang bila dewasanya mudah jadi sombong dan angkuh pada Pencipta serta ibu bapa... Fikirkanlah... Nikmat yang diberi sudahkan kita tunaikan hak Nya? Kesempurnaan yang ada pada kita..adakah digunakan sebaiknya? Kesusahan ibu melahirkan adakah terbalas? Keperitan ayah mencari nafkah sudahkah dibayar?

Lanunsepet : thanx to coklatungu 4 sharing this video.. :-)

30 March 2010

Jom Pergi Melancong Bersama Lanun.... Sapa Nak Ikut ?

11 komen disini yer..
Salam...

Time sibuk sibuk gini dengan asiment, projek dan report yang bertimbun buat badan rasa lenguh2, gatal2, penat dan letih. Tibe-tibe terlintas kat fikiran nak pergi bercuti... Holiday... Honey Moon... Release tension... Mesti best kan.. bayangkan lar tinggalkan semua kesibukan nih, dan bercuti bersenang lenang takyah pk pasal kerja.

Sepanjang pengalaman hidup Lanun yang dah 1/4 abad ni Lanun pernah pergi melancong baru lar 2 kali hu3. Pertama masa sekolah menengah, g Pulau pangkor dengan family and pakcik sedara, Kedua g Langkawi masa form 5 ngan kawan kawan. Dah berabad lama dah kan? Lepas tu tak da dah..hu3. Bila dah dewasa ni teringin nak pergi melancong jauh-jauh, tempat yang best n lawa pemandangan dier.

Ok kiter g sekarang... Jom sapa nak ikut Lanun melancong... Leh baca lagi dibawah...