Showing posts with label video hangat. Show all posts
Showing posts with label video hangat. Show all posts

03 April 2010

Bukti : Perkembangan Kita Di Alam Rahim.... Kebesaran Allah SWT...

6 komen disini yer..


Hebat..Subhanallah... Maha Suci Engkau Ya Allah.. Sesungguhnya kitalah sebaik baik kejadian yang Allah ciptakan tiada lain melainkan untuk tunduk pada Nya. Dengan kehebatan kejadian yang Allah atur untuk kita..jangalah sombong, jangalah angkuh... rendahkan lah ego mu wahai manusia.. kita lemah... kita hamba... Dia berkuasa atas segalanya... 

Takjub sungguh Lanun tgk video ni.. macam ni lah perkembangan kita dalam perut ibu. Satu persatu tumbesaran, dari segumpal darah sehinggalah menjadi tubuh lengkap sempurna yang bila dewasanya mudah jadi sombong dan angkuh pada Pencipta serta ibu bapa... Fikirkanlah... Nikmat yang diberi sudahkan kita tunaikan hak Nya? Kesempurnaan yang ada pada kita..adakah digunakan sebaiknya? Kesusahan ibu melahirkan adakah terbalas? Keperitan ayah mencari nafkah sudahkah dibayar?

Lanunsepet : thanx to coklatungu 4 sharing this video.. :-)

02 March 2010

Kerana Si Betina... Dia Mati Dimakan Dari Dalam...

3 komen disini yer..
Salam...

Jom tengok video lah pulak.. Masa kecik antara program TV yang Lanun minat antaranya ialah NationalGeographic. Selain tu kartun jer..he3.  Masa awal-awal Blog Lanunsepet ni dimulakan, lanun banyak share kan video dari channel NationalGeographic yang kat Youtube tu. Video dokumentari ni memang layan habis, and tak luper gak leh bukak minda ni supaya berfikir sejenak.. Bahawa.. Allah Itu Maha Bijaksana.. Maha Suci Engkau Tidak Lah engkau Ciptakan sesuatu itu dengan sia-sia...

Video ni tunjuk kat kiter di mana ulat yang makan sayur tu takleh dah di hapuskan guna racun. Jadi pekebun ni guna tarikan serangga betina untuk membunuh serangga jantan, secara tak lansung membunuh populasi ulat ini dari awal sebelum proses mengawan. Jom tengok bagaimana ulat ni mati!!



Lanunsepet : Allah kurniakan akal supaya manusia menggunakan setiap item disekelilingnya untuk mengurus muka bumi ini. Dalam video ini contoh bagaimana pengawalan secara biologi untuk bunuh ulat yang makan sayur tanpa menggunakan racun perosak. Bukan manusia yang hebat, tetapi akal yang Allah kurniakan ini hebat untuk berfikir ke arah tu.