Showing posts with label artis. Show all posts
Showing posts with label artis. Show all posts

06 May 2011

Video Majlis Pernikahan Yang Terbaik Untuk Muslimin & Muslimat

5 komen disini yer..

Salam..
Lanun kongsikan satu video yang Lanun ambil dari facebook [Ambil video dari facebook.. Bagaimana?] yang memaparkan satu majlis akad nikah seorang pasangan muslim dari mana Lanun tak tahu, siapa mereka pun Lanun tak tahu tetapi memaparkan satu suasana yang cukup simple tapi indah & harmoni cukup dengan pemakaian yang menutup aurat, besederhana serta dilengkapi ciri ciri yang dituntut oleh Islam turut diamalkan seperti solat sunat selepas nikah.

Semoga video ini menjadi contoh dan tauladan bakal pengantin dan mak andam yang skrg rajin mengabaikan aurat dalam majlis majlis perkahwinan sebegini. Ditambah pula beberapa adat yang tidak menepati Islam turut banyak dicampuradukkan dalam majlis sehinggakan dipandang serong apabila kita tidak melakukannya.


Terimakasih kepada Pasangan Pengantin dan Pemilik Video Asal

12 October 2010

Sharene sofia fadzry tan jadi tumpuan..

7 komen disini yer..

Salam...
Stats Lanun mencatatkan kenaikan minggu ni dalam isu Belanjawan 2011, Perkahwinan anak gadis jutawan Naza Nadia dan juga kemalangan ngeri antara bas, kereta dan van di simpang ampat melaka. Dalam stats hari ini Lanun dapati satu nama telah menjadi carian 10 popular di blog Lanunsepet iaitu :
  • Sharene Sofia Fadzry Tan ( mangsa kemalangan ngeri 10.10.2010)
Siapa kah Sharene Sofia Fadzry Tan? hingga namanya jadi carian.
Rupa rupanya kisah gadis ni begini...

Harian Metro..

Rohata Adam, 43, ibu kepada Sharene Sofia Fadzry Tan, 18, penumpang bas ekspres yang maut dalam kemalangan itu berkata ini merupakan tragedi malang untuk anaknya yang pertama kali menaiki bas ekspres. “Anak saya sebelum ini tidak pernah berjalan jauh berseorangan, kalau nak jalan jauh pun kami pergi sekeluarga menaiki kereta,” katanya.

Beliau berkata anaknya ke Kuala Lumpur kerana ingin berjumpa dengan seorang rakan dan sepatutnya pulang ke Melaka pada esok (Selasa). 

Anak bongsu daripada dua beradik itu antara 10 penumpang bas ekspres Delima yang terbunuh dalam kemalangan ngeri meragut 12 nyawa di Kilometer 222.9 Lebuh Raya Utara-Selatan, lewat petang kelmarin.

Rohata tidak menduga permintaan Sharene Sofia yang beria-ia mahu ke Klang, Selangor, menemui rakannya sehingga merajuk beberapa hari kerana tidak dibenarkan pergi, ibarat petanda ajalnya sudah hampir.

Menurut Rohata, dia dan suaminya, Fadzry Tan Abdullah, 45, keberatan melepaskan anak mereka menemui rakannya yang dikenali ketika dia mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di negeri ini tahun lalu.

“Bagaimanapun, Sofia merajuk dan memujuk agar saya membenarkannya pergi bermalam dua hari di rumah rakannya itu.

“Tidak mahu dia merajuk berpanjangan, akhirnya saya membenarkannya pergi,” katanya yang ditemui di rumah ibunya di Kilometer 14, Kampung Umbai, dekat sini, semalam.


Alfatihah buat gadis ini..  Ikuti kisah penuh Ajal Sharene Sofia selepas merajuk..

KITA DOAKAN ARWAH DITEMPATKAN BERSAMA ORG2 BERIMAN.. BYKKAN SEDEKAH ALFATIHAH DAN DOA.. ALLAH SYGKAN DIA..

25 September 2010

Video Perkahwinan Nur Nadia SM Nasimudin anak perempuan pengasas NAZA, Lanun tak kagum pun..

13 komen disini yer..
Salam...
Lanun tengok video ni mula mula di facebook, video ni berkisar tentang perkahwinan anak perempuan Allahyarham SM Nasimudin pengasas pada kilang kereta NAZA di Malaysia. Empayar NAZA siapa yang tidak kenal kan? NAZA mempunyai kerjasama bersama Ferrari juga untuk pengetahuan korang.

Dalam video rakaman ni, dengan tajuk Wedding of fairy tale, memang nampak gah sesetengah mata. Ramai gila yang kata kagum lah, hebat lah, teringin lah, tapi ada yang Lanun tak suka dalam video perkahwinan anak gadis pemilik NAZA tu. Apa dia?
  1. Campur campur? ada macam gaya barat, adat melayu, n ikut Islam pun ada.
  2. Kejap pakai tutup kepala kejap tak... pakai tudung tapi ada lelaki tak berbaju dan bercawat di belakang. (0:41)
  3. Lelaki hensem tough pengusung Nur nadia tu buka aurat? hanya cawat dan tak berbaju? x setuju!!. (0:40)
  4. Macam gaya greek stail barat. (0:40)
Lanunsepet : Maaf kalu korang tak suka dengan pendapat Lanun... bab gempak n meriah takpa sebab dia mampu. Tapi yang follow stail yang salah tu jar Lanun tak setuju. 



Versi video facebook dan di Youtube perkahwinan ini telah di delete kenapa ya?? 
Nak tahu bagaiman Lanun ambik video ni dari facebook letak di blog ? KLIK SINI

23 June 2010

Trend Beli Nombor Plat Kenderaan Beratus Ribu Untuk Apa?

23 komen disini yer..
Salam..
Hu3.. memang jenis suka membazir punya orang!, sanggup menghabiskan duit semata mata bida nombor plat kenderaan. Terbaru Datuk K suami Siti Nurhaliza beli nombor plate KCT 1 dengan harga RM66 650! Banyak sangat dah duit dieorang kan? Rasanya ada banyak lagi tempat berfaedah boleh si Datuk K ni sumbangkan duit die yang berkepuk kepuk tu. RM66 ribu hanya untuk nombor plat? KCT 1? Untuk bermegah megah?

ni nombor plat memalukan...

Lanun, nak tanya ada sapa tahu tak duit duit bidaan nombor plat pegi tang mana? disalurkan pada JPJ je ke? atau ke mana? kalau ke JPJ sahaja memang JPJ ni leh la jadi antara penguat kuasa paling terkaya kat Malaysia lar, daftarkan nombor lepas tu bidakan pada orang orang kaya. Atau duit ni di beri pada kerajaan Malaysia untuk salurkan pada rakyat di bawah ni? Ada siapa tahu info tak? 

ha3.. ni bukan untuk berbangga..

Fakta sedikit pasal nombor plat : 
1. Shahidan Kassim plat RG 1, RG 9, RG 12 dan RG 17 RM120,000.
2. Exco kerajaan Pahang CCC 3 RM62,400
3. Rekod termahal TAY 1 RM220,000 TAN 1 RM200,090 TAX 1 RM165,000 JJJ 120,000
4. Dato' Seri Adnan CCC 9 RM48,000.
5. Tun Mohd Khalil Yaakob pernah membida MBQ 1 MBN 8 MBN 1
6. ada banyak lagi... seronok dieorg habiskan duit pada benda macam ni.

Trend orang-orang kaya bida  nombor plate ni, semata mata untuk tunjuk lagak dan kekayaan... Jawapan dieorang mungkin : Duit aku..aku punya suka lar..

07 April 2010

Artis Belajar Buat Dadah Secara Online - Dah Pandai - Berniaga - Kantoi...

4 komen disini yer..
Salam..

Internet memang merupakan gerbang 1001 maklumat, nak dapatkan pelbagai maklumat semua boleh kite dapat kat internet. Dari yang baik sampai lah yang buruk dan keji. Teringat ilmuwan cakap Internet ni ibarat Pisau. Nape pisau? kalau kite guna cara yang betul maka berfaedah lah dia. Tapi, awas! kalu kiter salah guna die maka makanlah diri lah jawabnya, silap hari kite yang akan cedera.

Polis tunjuk peralatan dalam rampasan makmal rahsia Benjy.

Baru baru ni dalam Berita harian, Polis telah mendedahkan Pelakon, Benjy (Khaeryll Benjamin Ibrahim) ada makmal untsuk proses Dadah jenis SYABU. Menurut siasatan, dia belajar semua tu melalui internet. Artikel cara nak buat Dadah tu dijumpai Polis dalam pendrive Benjy yang mengandungi 11 artikel cara nak buat syabu dan ectasy.[berita penuh] Semoga Benjy di adili dengan adil tanpa memandang status artis yang dia ada.

Hebatkan internet nih? atas satu bukti "Pisau" dah disalah guna, akhirnya memakan diri. Banyak lagi perkara yang berfaedah dalam internet ni boleh kita ngadap dari kita mencari sesuatu yang tidak baik. Dulu kita risau remaja melepak buat jenayah, sekarang melepak di internet pun bahaya kan? Ok lah. Jumpe lagi dalam post akan datang.

Lanunsepet : resipi buat barang baik jom usyar : [KLIK SINI]

Cuci Mata Tengok Gambar Ni...

8 komen disini yer..
Salam...

Gambar tak bertarikh ni tak tau bila di ambik. Rasa respek bila lihat pemimpin macam ni kan. Tak semua boleh buat macam ni bila dah berpangkat, maklumlah ego dah kuasai diri. Hanya yang sedar diri dan tahu apa itu Amanah dalam jawatan. Jawatan bukan untuk angkat kita, tapi untuk kita abadikan diri menunaikan amanah yang ada pada jawatan tu mengikut cara yang betul. Siapa tak kenal dier, musuh politik beliau pun tak berani dengan dier woo.. Juara Rakyat Sebenar. Impian ku.. di pimpin oleh pemimpin yang bertaqwa...

zuhud... 

03 April 2010

Bukti : Perkembangan Kita Di Alam Rahim.... Kebesaran Allah SWT...

6 komen disini yer..


Hebat..Subhanallah... Maha Suci Engkau Ya Allah.. Sesungguhnya kitalah sebaik baik kejadian yang Allah ciptakan tiada lain melainkan untuk tunduk pada Nya. Dengan kehebatan kejadian yang Allah atur untuk kita..jangalah sombong, jangalah angkuh... rendahkan lah ego mu wahai manusia.. kita lemah... kita hamba... Dia berkuasa atas segalanya... 

Takjub sungguh Lanun tgk video ni.. macam ni lah perkembangan kita dalam perut ibu. Satu persatu tumbesaran, dari segumpal darah sehinggalah menjadi tubuh lengkap sempurna yang bila dewasanya mudah jadi sombong dan angkuh pada Pencipta serta ibu bapa... Fikirkanlah... Nikmat yang diberi sudahkan kita tunaikan hak Nya? Kesempurnaan yang ada pada kita..adakah digunakan sebaiknya? Kesusahan ibu melahirkan adakah terbalas? Keperitan ayah mencari nafkah sudahkah dibayar?

Lanunsepet : thanx to coklatungu 4 sharing this video.. :-)

01 April 2010

Rokok Ada Sel Darah Babi??

2 komen disini yer..
Salam...

Lanun melaporkan berita ni dari Lab ECADD, baru jar lepas present untuk INOTEK 2010 UTEM. Interview panel pertama dengan seorang Tutor dan kedua dengan Engineer Sivakumar. Panel keduf a betul betul menguji knowledge Lanun dalam projek PSM Lanun nie.

Kebetulan Eng. Siva ada knowledge yang banyak dalam projek-projek elktronik, sehingakan yang bertaraf dunia. Jadi tadi memang kene question gila-gila juger. Tapi Alhamdulillah dah setel, markah tawakal jelah.

Actually nak share berita kosmo online untuk hari ni :
KUALA LUMPUR - Seorang pakar akademik dari Australia semalam mendedahkan satu hasil kajian di Belanda baru-baru ini yang mendakwa menemui sel darah merah babi sebagai kandungan penyekat bahan kimia dalam puntung rokok. [berita_lanjut] 
Betul ker? Rokok Malaysia atau yg Luar Negara?