Showing posts with label anugerah berita harian. Show all posts
Showing posts with label anugerah berita harian. Show all posts

07 April 2010

Cuci Mata Tengok Gambar Ni...

8 komen disini yer..
Salam...

Gambar tak bertarikh ni tak tau bila di ambik. Rasa respek bila lihat pemimpin macam ni kan. Tak semua boleh buat macam ni bila dah berpangkat, maklumlah ego dah kuasai diri. Hanya yang sedar diri dan tahu apa itu Amanah dalam jawatan. Jawatan bukan untuk angkat kita, tapi untuk kita abadikan diri menunaikan amanah yang ada pada jawatan tu mengikut cara yang betul. Siapa tak kenal dier, musuh politik beliau pun tak berani dengan dier woo.. Juara Rakyat Sebenar. Impian ku.. di pimpin oleh pemimpin yang bertaqwa...

zuhud... 

05 April 2010

YB Idham Lim Masuk Wad Positif Demam Denggi... Doakan Beliau Cepat Sembuh...

0 komen disini yer..

Saya sekarang berada di bilik 97 di Hospital Columbia Taiping kerana didapati positif demam denggi. Sejak kelmarin saya mula demam dan membatalkan perjalan ke Ipoh dan ceramah di manjoi.
Begitu juga hari ini saya semakin rasa tidak selesa dan badan rasa sakit-sakit. Lalu saya mengambil keputusan untuk berjumpa doktor pakar. Apabila dilakukan pemeriksaan darah didapati positif denggi. Begitu juga anak kedua Khairul Anwar Lim juga didapati positif denggi dan kami ditempatkan dalam bilik yang sama di sini.
Saya tidak pasti berapa hari berada disini. Semuga saya cepat sembuh dan kembali bertugas seperti biasa.
Lanunsepet : Kami doakan YB Idham Lim (Adun Titi Serong) cepat sembuh dan boleh meneruskan perjuangan beliau..

Keputusan pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009

0 komen disini yer..
Salam...

Malam tadi berlansung Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009, menyaksikan artis artis "pujaan" berebut kedudukan terpopular. Akhirnya malam tadi, Siti memenangi tempat artis paling popular ABPBH 2009.

Apa yang Lanun perhatikan Artis kita semakin "maju" dalam cara dressing dieorg. Kadang- kadang rasa pelik kenapa kiter perlu angkat seseorg sebegitu.

Rabbani telah menang artis nasyid popular bagi tahun 2009, tapi Ustaz Asri dah takda,n Lanun yakin Ustaz Asri tiadalah rugi sedikittt pun tidak dapat bersama dalam majlis itu, sebab anugerah takdalah apa sangat kan. lagipun rasa pelik bila artis nasyid bersama sama dengan artis lain yang berbeza penampilan. Apepun, yang penting perjuangan Ustaz Asri menyampaikan mesej dakwah tu sampai kepada pendengar. Alfatihah untuk Ustaz Asri...

Lanun tengok sekejap jer sambil makan malam kat aisya nasi kandar (lagii..), pas tu Lanun balik untuk sambung kerja. Hari ni ada test mr.sadiqin untuk test industry automation. Report pun banyak kena submit juga pada hari ni, n pada malamnyer pulak ade presentation dialog lakonan Bahasa Mandarin.