Showing posts with label hebat. Show all posts
Showing posts with label hebat. Show all posts

18 April 2012

VIP terpaksa hidang air, Layan tetamu sendiri??

1 komen disini yer..

Salam..
VIP seorang menteri besar terpaksa melayan tetamu sendiri, kerana ketiadaan orang gaji?? Bukan begitu.. hakikatnya memang beliau tidak ada orang gaji. Siapa tidak kenal tokoh ini, baru baru ini beliau menerima tetamu dari indonesia dan beliau lah sendiri yang melayan tetamu dengan menhidangkan air kepada tetamunya. Ada tak menteri lain macam ni? Siapa yang lebih berhati rakyat? Lanun sayang TGNA.

TGNA sewaktu melayan tetamu dari Indonesia, malam ni di rumahnya. Sabda Nabi Muhammad S.A.W bermaksud: Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya. (Sebahagian daripada hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah) - HarakahDaily.

13 June 2011

Pencipta iPhone4 Salah Seorangnya Rakyat Malaysia

3 komen disini yer..


Ketika ramai bercerita dan kagum dengan kecanggihan telefon bimbit pintar generasi keempat, iPhone4, rakyat Malaysia boleh berbangga di sebalik kejayaan itu kerana salah seorang pereka ciptanya adalah anak tempatan.

Salah seorang yang terlibat dalam merealisasikan gajet terbaru itu ialah Timothy Seng Yen Lim, 24, rakyat Malaysia yang diberi kepercayaan oleh syarikat Apple untuk menghasilkan iPhone4.

"Semasa bekerja dengan Apple pada 2008, saya bertanggungjawab untuk merangka model terbaru iPhone itu bagi memastikan ia lebih baik daripada gajet sebelumnya.

"Bekerja di Apple merupakan impian saya sejak dahulu lagi dan apa yang dipelajari di Universiti Stanford telah saya aplikasikan dalam proses rekaan gajet tersebut," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini
Timothy yang merupakan anak kedua daripada empat beradik itu merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Biomekanikal dan Pengurusan Sains dan Kejuruteraan daripada Universiti Stanford.

Beliau sebelum itu pernah muncul sebagai pelajar Asia pertama yang mendapat 16A1 dalam peperiksaan A Level yang melayakkannya ditawarkan ke Universiti Stanford.

Selain bijak dalam akademik, Timothy juga aktif berpesatuan dan pernah dilantik sebagai Presiden Persatuan Pelajar Malaysia di universitinya.

Timothy berkata, beliau merancang untuk berkhidmat di negara ini setelah cukup menimba pengalaman dan kemahiran di luar negara.

Beliau kini berkhidmat sebagai Penganalisis Sistem Perniagaan untuk syarikat Internet terkenal, Yahoo! Inc. di AS bagi merumus semula organisasi tersebut menjadi syarikat berita dan komunikasi tersohor dunia.

Sumber : Utusan Malaysia & BillyInfo.blogspot.com

07 April 2010

Cuci Mata Tengok Gambar Ni...

8 komen disini yer..
Salam...

Gambar tak bertarikh ni tak tau bila di ambik. Rasa respek bila lihat pemimpin macam ni kan. Tak semua boleh buat macam ni bila dah berpangkat, maklumlah ego dah kuasai diri. Hanya yang sedar diri dan tahu apa itu Amanah dalam jawatan. Jawatan bukan untuk angkat kita, tapi untuk kita abadikan diri menunaikan amanah yang ada pada jawatan tu mengikut cara yang betul. Siapa tak kenal dier, musuh politik beliau pun tak berani dengan dier woo.. Juara Rakyat Sebenar. Impian ku.. di pimpin oleh pemimpin yang bertaqwa...

zuhud...