Showing posts with label buatan malaysia. Show all posts
Showing posts with label buatan malaysia. Show all posts

02 October 2011

Kaedah Betul Susunan Bendera Jalur Gemilang

1 komen disini yer..


Salam...
Bukan main pasang atau main kibar jer. Itulah ilmu yang Lanun dapat tahu hari ini. Ingatkan bendera Malaysia atau Jalur Gemilang ni kita boleh susun ikut selera kita tapi sebenarnya tidak. Susunan dan kedudukan bendera adalah mengikut tempat (dalam bangunan atau luar) dan juga mengikut cara bendera itu ingin dikibarkan.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut tentang kaedah yang betul untuk menyusun bendera Malaysia supaya ianya tidak diperendahkan apatah lagi dihina. Anda boleh klik link dibawah ini oleh info bergambar bagaimana Jalur Gemilang patut dikibar.

13 June 2011

Pencipta iPhone4 Salah Seorangnya Rakyat Malaysia

3 komen disini yer..


Ketika ramai bercerita dan kagum dengan kecanggihan telefon bimbit pintar generasi keempat, iPhone4, rakyat Malaysia boleh berbangga di sebalik kejayaan itu kerana salah seorang pereka ciptanya adalah anak tempatan.

Salah seorang yang terlibat dalam merealisasikan gajet terbaru itu ialah Timothy Seng Yen Lim, 24, rakyat Malaysia yang diberi kepercayaan oleh syarikat Apple untuk menghasilkan iPhone4.

"Semasa bekerja dengan Apple pada 2008, saya bertanggungjawab untuk merangka model terbaru iPhone itu bagi memastikan ia lebih baik daripada gajet sebelumnya.

"Bekerja di Apple merupakan impian saya sejak dahulu lagi dan apa yang dipelajari di Universiti Stanford telah saya aplikasikan dalam proses rekaan gajet tersebut," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini
Timothy yang merupakan anak kedua daripada empat beradik itu merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Biomekanikal dan Pengurusan Sains dan Kejuruteraan daripada Universiti Stanford.

Beliau sebelum itu pernah muncul sebagai pelajar Asia pertama yang mendapat 16A1 dalam peperiksaan A Level yang melayakkannya ditawarkan ke Universiti Stanford.

Selain bijak dalam akademik, Timothy juga aktif berpesatuan dan pernah dilantik sebagai Presiden Persatuan Pelajar Malaysia di universitinya.

Timothy berkata, beliau merancang untuk berkhidmat di negara ini setelah cukup menimba pengalaman dan kemahiran di luar negara.

Beliau kini berkhidmat sebagai Penganalisis Sistem Perniagaan untuk syarikat Internet terkenal, Yahoo! Inc. di AS bagi merumus semula organisasi tersebut menjadi syarikat berita dan komunikasi tersohor dunia.

Sumber : Utusan Malaysia & BillyInfo.blogspot.com

06 June 2011

For The Rest Of My Life - Maher Zain Versi Bahasa Melayu

0 komen disini yer..
Salam...
Lanun kongsikan lagu maher zain For The Rest Of My Life dalam malay version. Video ni Lanun ambil dari Youtube. Video klip nya pulak adalah sedutan dari filem ayat ayat cinta, best woo citer tu. Lagu ini adalah antara lagu lagu yang telah dialih suara kedalam bahasa melayu selain daripada lagu hits InsyaAllah. Jom kita hayati lagu Sepanjang Hidupku ini dari Maher Zain.

Buat isteriku....

08 October 2010

PROTON tarik Gen2, Satria Neo sebab tak selamat ?

5 komen disini yer..
KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd (PROTON) memanggil semula kereta Gen2 dan Satria Neo yang dikeluarkan di antara 2004 hingga 2008 disebabkan kerosakan pada komponen 'clock spring' yang mungkin boleh menjejaskan keselamatan.

Katanya, ujian rutin mengenal pasti kerosakan pada ‘clock spring’ menyebabkan bunyi geseran dalam stereng, hon berbunyi atau lampu kereta terpasang sendiri, kerosakan suis kawalan audio dan dalam kes lebih serius boleh menyebabkan pelepasan beg udara di bahagian pemandu.


Anda ada kereta GEN 2 dan satria Neo tersebut?
Untuk baca kenyataan penuh, sila terus kan membaca....