Showing posts with label 3gp melayu. Show all posts
Showing posts with label 3gp melayu. Show all posts

06 June 2011

For The Rest Of My Life - Maher Zain Versi Bahasa Melayu

0 komen disini yer..
Salam...
Lanun kongsikan lagu maher zain For The Rest Of My Life dalam malay version. Video ni Lanun ambil dari Youtube. Video klip nya pulak adalah sedutan dari filem ayat ayat cinta, best woo citer tu. Lagu ini adalah antara lagu lagu yang telah dialih suara kedalam bahasa melayu selain daripada lagu hits InsyaAllah. Jom kita hayati lagu Sepanjang Hidupku ini dari Maher Zain.

Buat isteriku....

23 April 2010

Berita Buruk Buat Kaki Kaki Blogger, Kaki Facebook Dan Kaki Internet...

19 komen disini yer..

Salam...
Hu3.. Mari mari Lanun nak gtau satu berita yang tak best didengar oleh kaki kaki blogger, kaki internet dan kaki facebook, berita ni memang berita buruk bagi  Lanun jugak sebagai seorang part time blogger he3. Mungkin korang dah baca tapi pada mana yang tak baca lagi, silakan baca dan persiapkan lah diri anda menempuh episod duka ni he3.
Telekom Malaysia Berhad (TM) hari ini memaklumkan bahawa gangguan perkhidmatan internet dijangka berlaku berikutan kerja-kerja kabel di Asia Tenggara-Asia Barat-Eropah Barat (SMW4). "Konsortium berkenaan akan menjalankan kerja-kerja pembaikan di tapak pada Sabtu, 24 April, 2010 (besok) dan dijangka siap pada Ahad, 2 Mei,(dekat seminggu) 2010," demikian menurut TM dalam satu kenyataan. Semasa proses berkenaan, akan terdapat gangguan kepada trafik ke Eropah dan AS yang dibawa melalui kabel berkenaan.
Menurut TM, pelanggan yang menggunakan perkhidmatan Internet di seluruh negara mungkin mengalami beberapa gangguan seperti perayauan yang perlahan semasa mengakses laman web antarabangsa. [Berita Penuh]
Lanunsepet : Hmm.. harap harap jangan la slow sangat...TM kate dier ade tambah laluan rangkaian tambahan untuk backup talian internet..Jadi Lanun harap ia membantu. (ade sape-sape nak jerit? he3)

29 March 2010

Kisah Teladan : Mutiara Dalam Perut Ikan Dapat Kekayaan Dalam Derhaka Pada Allah...

0 komen disini yer..
Sekumpulan nelayan turun ke laut untuk menangkap ikan. Setelah tiga hari mereka berada di laut, mereka langsung tidak mendapat walau pun seekor ikan. Pada masa yang sama terdapat sekumpulan lagi nelayan yang mendapat banyak ikan, tetapi mereka ini tidak pernah sujud kepada Allah.

Kumpulan yang pertama tadi berkata:
Subhanallah, kita solat tetapi gagal menangkap ikan walaupun seekor. Sementara mereka yang tidak pernah sujud kepada Allah mendapat banyak hasil tangkapan. Lantas syaitan membisikkan kepada mereka agar meninggalkan solat.

05 February 2010

Rimas Dan Muak Dibuatnyer....

2 komen disini yer..
Salam...

2,3 hari ni cerita paling hangat mesti lar isu liwat anwar-saiful. Buka jer berita tak kira malaysiakini, utusan or berita harian mesti paling banyak orang baca pasal isu tu. Isu ni memang lama, sehingga di labelkan menjadi konspirasi kedua yang dikenakan pada DS anwar ibrahim.

Lanun pasti ramai yang rimas ,muak dan bosan dengan cerita pasal kes liwat ni. Ntah la bile nak selesai. Bagi pihak yang berkepentingan ni salah satu peluang dier untuk jatuhkan karier DS anwar dan pembankang. Lanun tak memihak pada mana-mana pihak tetapi harap ia cepat la diselesaikan. Tapi pastikan adil!!! agaknyer leh ke? boleh..dengan syarat jangan campur aduk dengan permusuhan politik.

Satu lagi bila dengar pasal "detail" cerita si kena liwat saiful bukhary, rasa geli, meluat, menyampah pun ada. Sori la saiful, aku malu ngan ko sebagai lelaki. Tapi takpa lar.. masing masing ada hak nak membela diri.

Lanunsepet : Bila nak selesai isu nih?? hmm... Walaupun muak lanun follow juge.. sebagai rakyat kami melihat dan menilai dengan matang...