Showing posts with label pengajaran. Show all posts
Showing posts with label pengajaran. Show all posts

01 June 2011

Yukabid - Kisah Ibu Kandung Nabi Musa

0 komen disini yer..
Lagu Hijjaz - Yukabid Ratu Sungai Nil ( Ibu Kandung Nabi Musa)

Ketabahan Ibu Musa dibalas kebaikan

YUKABID adalah ibu kepada Nabi Musa. Yukabid mengandungkan Musa ketika Firaun memerintahkan anak lelaki kaum Bani Israel dibunuh kerana bimbang anak lelaki akan menentang dan mengambil kekuasaannya.

Suatu ketika, Yukabid mendengar perintah Firaun itu. Alangkah sedihnya hati Yukabid kerana dia sedang sarat mengandung waktu itu. Yukabid terpaksa bersembunyi sahaja di rumah agar kandungannya tidak diketahui orang.

Sehinggalah tiba masanya, Yukabid pun melahirkan anaknya. Alangkah terkejutnya dia apabila anak yang dilahirkannya itu adalah anak lelaki.

Walaupun berasa takut dengan perintah Firaun, seboleh-bolehnya dia mahu mempertahankan nyawa anaknya itu. Dia tidak mahu anaknya itu menjadi korban undang-undang yang diperintahkan oleh Firaun yang zalim dan kejam.

Yukabid berjaya merahsiakan kelahiran Musa selama tiga bulan daripada pengetahuan Firaun dan tentera-tenteranya.

Walau bagaimanapun, hatinya tidak pernah tenteram melihat anaknya yang semakin membesar. Dia risau akan keselamatan Musa. Dalam kerisauan itulah, Allah Yang Maha Berkuasa telah memberi ilham kepada Yukabid agar membuat sebuah peti. Lalu Allah SWT memerintahkan agar Musa dimasukkan ke dalam peti dan dihanyutkan ke Sungai Nil.

Dengan hati yang tenang dan sabar, maka Yukabid pun menghanyutkan Musa ke sungai Nil seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT kepadanya. Peti itu dihanyutkan oleh arus sungai sehingga sampai ke istana Firaun.

Kebetulan pada hari itu, Asiyah permaisuri Firaun sedang bersiar-siar bersama dayang-dayangnya. Ketika sedang bersiar-siar itu, Asiyah menyuruh dayang-dayangnya mengambil sedikit air dari Sungai Nil. Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati ada sebuah peti di sisi kaki mereka. Lalu diambil peti itu dan dibawakan kepada Asiyah.

Maka Asiyah terus membuka peti itu dan dilihatnya da seorang bayi di dalamnya. Apabila melihat akan wajah bayi itu, timbul rasa cinta dan kasih dalam hatinya terhadap bayi itu. Asiyah mengambil bayi itu dan dibawanya pulang istana.

Tiba sahaja di istana, Asiyah meminta keizinan Firaun untuk membela bayi itu. Pada mulanya Firaun tidak mengizinkan Asiyah mengambil bayi itu tetapi setelah dipujuk, akhirnya Firaun bersetuju.

Setelah mendengar tangisan kehausan bayi itu, Asiyah berasa kasihan lalu disuruhnya Firaun mencarikan seorang wanita yang dapat menyusukan bayi itu. Akan tetapi seorang demi seorang wanita yang datang untuk menyusukan bayi itu telah ditolak oleh bayi tersebut.

Bayi itu tidak mahu disusukan oleh mereka sehinggalah berita ini diketahui oleh saudara Musa, Mariam. Lalu Mariam datang ke istana dan memberitahu kepada dayang-dayang Asiyah bahawa dia boleh membawakan seorang ibu yang boleh menyusukan bayi itu.

Mendengar sahaja berita daripada dayang-dayang itu, Asiyah memerintahkan agar bayi itu dibawa ke rumah Yukabid.

Yukabid menyambut anaknya itu dengan penuh kasih sayang. Bayi itu terus minum susu ibunya sehingga kenyang. Alangkah seronoknya hati Yukabid. Allah SWT telah mengembalikan anaknya, Musa kepadanya kerana kesabaran dan ketabahan mengikut perintah-Nya.

29 May 2011

Filem Sang Murabbi : Wajib Tonton Buat Para Belia & Pendakwah

3 komen disini yer..

Salam...
Lanun baru sahaja selesai menonton satu filem yang cukup cukup baik buat para daie, para pendakwah, para pencinta Islam terutama belia belia Islam. Filem Sang Murabbi Mencari Spirit Yang Hilang. Filem ini adalah sebagai memperingati usaha dan gerak kerja dakwah Al-Marhum Ustadz Rahmat Abdullah seorang Murabbi pendukung amal Islami di bumi seberang Indonesia.

Filem ini memang benar benar memberi semangat buat kita. Lanun syorkan anda download dan kosentret semasa menonton filem ini. Tumpukan perhatian dan ambil iktibar yang cukup sarat dalamnya. Semoga kita sentiasa teguh dan istiqamah di atas jalan Islam..

Download @ Muat Turun Sang Murabbi ( Guru ) mediafire link :
Movie Bahagian 1 Sang Murabbi Mediafire Part 1
Movie Bahagian 2 Sang Murabbi Mediafire Part 2
Movie Bahagian 3 Sang Murabbi Mediafire Part 3

Credit to bdkminang & Alfatihah buat Almarhum Ustaz Rahmat Abdullah

01 December 2010

2011 Pendidikan Seks Untuk Tahun 1 - 3 & Sedikit Pendapat Peribadi Lanun...

4 komen disini yer..
Salam...
Bermula 2011 ini dikhabarkan akan bermula pengajaran pendidikan seks kepada 500 000 murid tahun satu. Kurikulum baru ni akan di ajar melalui subjek pendidikan kesihatan. Ia nya akan di dimulakan dengan Tahap 1 iaitu Darjah 1 hinggalah 3. Untuk Tahap 2, iaitu darjah 4-6 akan bermula pada tahun 2014.

Tak nafi masih ada yang fikir, pendidikan seks adalah kononya mengajar cara membuat seks, oleh kerana namanya ada perkataan seks ianya selalu disalah erti dan disalah paham. Patut ia tidak diberi nama pendidikan seks lah kan kan?

Sekiranya ianya telah benar benar dibincang dengan mendalam dan dikatakan kemeterian mendapatkan pendapat dari ramai pihak, Lanun disini ingin mengingatkan beberapa perkara :
  • Tegaskan pada murid beragama Islam, Zina adalah haram.( tak kira la guna kaedah seks selamat atau tidak mengandung)
  • Tegaskan juga perbuatan yang membawa kepada Zina. 
  • Ingatkan peringatan dan amaran dari alquran dan hadis.
  • Guru hendaklah yang berkaliber dan berniat ingin membetulkan masyarakat bukan sebab nak dapat gaji, dan sambil lewa saja. kalau cenggitu FAIL lah matlamat kurikulum ni.
  • Guru yang mengajar itu jangan dari kalangan yang gatal dan gila seks. (pantau!)
  • Lanun rasa lebih baik kelas asing perempuan dan lelaki, supaya mudah penerangan.
  • Setakat ni, ni je la Lanun terfikir..
  • Penerapan agama dan penguatkuasaan adalah lebih penting sebenarnya. 
  • Kembali lah pada Islam..penyelesaian kepada semua hal. Islam untuk kaum manusia dan jin. 
Antara isi kurikulum pendidikan seks pada januari tahun depan ialah : 

6  tunjang menjadi teras pengisian pendidikan seks yang akan dilaksanakan secara berperingkat bermula Tahun Satu hingga Enam mencakupi perkembangan manusia, perhubungan, perkahwinan dan kekeluargaan, kemahiran kendiri, kesihatan dan tingkah laku seksual serta masyarakat dan budaya.

“Perkembangan manusia mendedahkan murid mengenai pengetahuan sistem reproduktif manusia, manakala perhubungan pula menjurus mengenai kasih sayang dan persahabatan. Murid turut didedahkan mengenai perkahwinan dan kekeluargaan yang merangkumi tanggungjawab sepanjang hayat sebagai ibu bapa, manakala kebolehan dalam membuat keputusan menjadi pengisian kepada tunjang kemahiran kendiri.

“Turut diberi penekanan adalah kesihatan dan tingkah laku seksual yang membicarakan amalan seks sepanjang kehidupan, kaedah mengelakkan hubungan seksual, fantasi, kehamilan, penyakit seksual berjangkit, HIV dan Aids, manakala masyarakat dan budaya pula menyentuh mengenai isu seks dan masyarakat dan perundangan,” katanya kepada Berita Harian di pejabatnya di sini.

Baca versi penuh penerangan oleh Datu Dr Julaihi Bujang  : KLIK SINI

12 November 2010

Keindahan Ibadah Qurban Yang Kita Raikan, Islam Itu Indah..

1 komen disini yer..
MB Nizar menyembelih lembu qurban.
credits to pinkturtle.wordpress.com

Salam..
Petikan artikel ini Lanun "rembat" dari blog Ustaz Amin, beliau menceritakan keindahan ibadah qurban yang kita duk lakukan setiap tahun. Baru baru ni beliau kelola kan binatang untuk dijadikan qurban untuk golongan miskin di Cambodia. Mari kita ikuti tazkirah ringkas ini.

Ini hanyalah petikan, untuk baca yang penuh sila ke link ini : Ustazamin-Keindahan Islam Di Dalam Ibadah Korban sama sama kita hayati pengajran dari ibadah ini.

Ingin hubungi dan terlibat dengan ibadah qurban PA Ustaz Amin (Alia) : 0196003643

Cuba kita lihat ibadah korban. Niat ibadah korban adalah untuk mempersembahkan hasil korban kita pada Allah bagi mendapat keredhaanNya.

Setelah kita membuat sembelihan korban, daging akan kita agihkan sesama kita dan fakir miskin. Daging tidak kita letakkan di masjid atau surau hingga busuk di atas nama pengorbanan pada tuhan.

Ketika kita berada di Mekah, mungkin kita membuat sesuatu hingga kena bayar dam (denda). Dam (denda) ini berupa seekor kambing dan kita sembelih kambing ini, kemudian kita akan agihkan pada fakir miskin. Kita tidak letakkannya di Kaabah hingga busuk kerana nak persembahkan pada tuhan.

Mungkin ada antara kita lambat ganti puasa Ramadhan hingga kena bayar fidyah. Kita bayar fidyah dengan memberikan beras. Kita tidak letakkan beras di atas mimbar atau hanyutkan di sungai. Tapi beras itu kita berikan pada fikir dan miskin.

Begitu indahnya, Islam, kita mempersembahkan pengorbanan pada Allah, tapi pengagihan pada sesama manusia. Kebaikannya untuk manusia.

Benarlah firman Allah bahawa kita memang perlu membuat perhubungan dengan Allah (hablum minallah) dan perhubungan dengan manusia (hambul minannas). Jika kita tidak membuat kedua-dua hubungan ini, maka kita kaan ditimpa dengan kehinaan.

Firman Allah :-

112. Mereka diliputi kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia (Surah Ali Imran).

Sesungguhnya, membuat ibadah korban, kita mempersembahkannya pada Allah, dan pengagihan manfaatnya adalah untuk manusia, begitulah indahnya Islam.

“Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat”

Wallahu 'alam..

29 March 2010

Kisah Teladan : Mutiara Dalam Perut Ikan Dapat Kekayaan Dalam Derhaka Pada Allah...

0 komen disini yer..
Sekumpulan nelayan turun ke laut untuk menangkap ikan. Setelah tiga hari mereka berada di laut, mereka langsung tidak mendapat walau pun seekor ikan. Pada masa yang sama terdapat sekumpulan lagi nelayan yang mendapat banyak ikan, tetapi mereka ini tidak pernah sujud kepada Allah.

Kumpulan yang pertama tadi berkata:
Subhanallah, kita solat tetapi gagal menangkap ikan walaupun seekor. Sementara mereka yang tidak pernah sujud kepada Allah mendapat banyak hasil tangkapan. Lantas syaitan membisikkan kepada mereka agar meninggalkan solat.