Showing posts with label filem islam. Show all posts
Showing posts with label filem islam. Show all posts

21 June 2011

Bagaimana Serangga dan Ulat Bantu Unit Forensik??

2 komen disini yer..


Salam..
Layan Nat Geo tadi kat TV1, Kali ni cerita mengenai bagaimana lalat, berenga, dan serangga  pada tubuh mayat membantu unit forensik. Dengan hanya, mengkaji usia berenga atau lalat di mayat , unit forensik dapat tahu dengan mudah tempoh berapa lama masa mangsa sudah mati, hebat bukan? Ia bukan sekadar menghurung saja. Tapi ada maklumat pada lalat ni.

Selain itu sekiranya lalat sudah tidak ada, akan ada serangga atau ulat lain yang berdekatan dengan mayat reput tadi. Menakjubkan!! serangga yang datang dekat pada mayat yang reput itu berlainan mengikut usia mayat tersebut. Jadi, dengan melihat jenis serangga yang ada pada mayat ia juga boleh beri maklumat berguna buat forensik.

++ Bukan hanya sekadar ejen pereputan, tetapi membantu manusia! Subhanallah!!.
++ Untuk tahu lebih boleh klik link ini yer. [Forensic Entomology]
++ Ni video lebih kurang Lanun jumpa di Youtube [klik untuk lihat]

Adab Tidur Elak Mengigau

1 komen disini yer..


Salam..
Lanun kongsikan pembacaan Lanun sebentar tadi berkaitan dengan adab ataupun kaedah yang boleh di amalkan untuk mengelak dari mengigau (sleeptalking atau somniloquy). Menurut Dr Abdul Salam [sumber asal - hmetro], Rasulullah telah memberi beberapa adab tidur di dalam Islam. Mudah mudahan ianya dapat mngelakkan dari mengigau.

  1. Tidur awal dan mengambil wuduk
  2. Bangun daripada tidur lebih awal separuh malam yang kedua untuk bertahajud
  3. Membaca doa sebelum tidur
  4. Membaca ‘tiga qul’ iaitu surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas sebanyak tiga kali, kemudian dihembuskan bacaan itu di kedua-dua tangan dan digosok ke seluruh badan sekadar yang mampu tercapai tangan
  5. Tidur atas lambung sebelah kanan dan
  6. Mengelak daripada tidur selepas Subuh dan Asar.

29 May 2011

Filem Sang Murabbi : Wajib Tonton Buat Para Belia & Pendakwah

3 komen disini yer..

Salam...
Lanun baru sahaja selesai menonton satu filem yang cukup cukup baik buat para daie, para pendakwah, para pencinta Islam terutama belia belia Islam. Filem Sang Murabbi Mencari Spirit Yang Hilang. Filem ini adalah sebagai memperingati usaha dan gerak kerja dakwah Al-Marhum Ustadz Rahmat Abdullah seorang Murabbi pendukung amal Islami di bumi seberang Indonesia.

Filem ini memang benar benar memberi semangat buat kita. Lanun syorkan anda download dan kosentret semasa menonton filem ini. Tumpukan perhatian dan ambil iktibar yang cukup sarat dalamnya. Semoga kita sentiasa teguh dan istiqamah di atas jalan Islam..

Download @ Muat Turun Sang Murabbi ( Guru ) mediafire link :
Movie Bahagian 1 Sang Murabbi Mediafire Part 1
Movie Bahagian 2 Sang Murabbi Mediafire Part 2
Movie Bahagian 3 Sang Murabbi Mediafire Part 3

Credit to bdkminang & Alfatihah buat Almarhum Ustaz Rahmat Abdullah

12 March 2010

TG Nik Aziz : Filem "Tok Guru" Mendapat Persetujuan...

0 komen disini yer..
Salam...

TG Nik Aziz nak berlakon ker? Teruja, itu yang Lanun dapat gambarkan perasaan nih, Seorang seniman malaysia Zamini Mohamed bercadang nak buat satu filem Islam yang mempunyai tema universal. Beliau siap pergi ke Kelantan untuk berjumpa dengan Tuan Guru Nik Aziz untuk memdapat pendapat TGNA mengenai proposal filem tu.

Untuk pengetahuan korang tajuk filem tu ialah "Tok Guru". Dengar cam menarik kan. Tapi citer ni bukan pasal TG Nik Aziz, sebaliknya kisah kemelut Tok-tok Guru pondok pada tahun 1950an ketika zaman masyarakat melayu kita bangkit menentang malayan union.

Baca sinopsis filem "Tok Guru" dibawah :