12 March 2010

TG Nik Aziz : Filem "Tok Guru" Mendapat Persetujuan...

Salam...

TG Nik Aziz nak berlakon ker? Teruja, itu yang Lanun dapat gambarkan perasaan nih, Seorang seniman malaysia Zamini Mohamed bercadang nak buat satu filem Islam yang mempunyai tema universal. Beliau siap pergi ke Kelantan untuk berjumpa dengan Tuan Guru Nik Aziz untuk memdapat pendapat TGNA mengenai proposal filem tu.

Untuk pengetahuan korang tajuk filem tu ialah "Tok Guru". Dengar cam menarik kan. Tapi citer ni bukan pasal TG Nik Aziz, sebaliknya kisah kemelut Tok-tok Guru pondok pada tahun 1950an ketika zaman masyarakat melayu kita bangkit menentang malayan union.

Baca sinopsis filem "Tok Guru" dibawah :


Filem "Tok Guru"
Synopsis – kisah seorang TOK GURU pondok di Kelantan cuba memperkenalkan subjek mathematic dan geography dalam pengajian pondok yang dikendalikannya. Tindakan menongkah arus ini di tentang oleh beberapa tok guru-tok guru pondok lain. TOK GURU di boikot sehingga ramai pelajar pondoknya dihasut keluar dan berhijrah ke pondok lain. TOK GURU mempunyai seorang anak lelaki Umar (15th) yang berkawan baik dengan Anuar seorang budak lelaki sebaya dengannya yang minat bermain bola. Umar kerap mengajak Anuar bermain bola di perkarangan pondok TOK GURU. Sekali lagi tok guru-tok guru di pondok lain yang tidak bersetuju dengan TOK GURU menuduhnya sudah menyimpang jauh dari tradisi dan amalan sistem pendidikan pondok yang telah lama mereka amalkan..
Satu hari seorang lelaki Mr Richard (55th) berbangsa inggeris yang Pengetua Victoria Institution (VI) di Kuala Lumpur yang kebetulan tersesat di pondok TOK GURU ternampak Anuar, Umar dan beberapa pelajar pondok sedang bermain bola. Umar secara tidak sengaja tertendang bola tepat ke muka Mr Richard. Mr Richard terjatuh dan rasa terhina dengan kejadian itu. Mr Richard yang bongkak dan sombong kemudian mencabar anak-anak murid TOK GURU untuk berlawan bolasepak dengan pelajar VInya. Mr Richard sanggup membawa pasukan bola sepak VInya ke Kelantan jika tok guru bersetuju. Pasukan bolasepak VI ketika itu adalah die hard fan kepada pasukan Manchester United di England..
TOK GURU bersetuju dengan cadangan Mr Richard itu dan cuba mendapatkan sokongan tok guru-tok guru pondok lain untuk mengumpulkan pemain terbaik dari kalangan para pelajar pondok mereka untuk mengalahkan pasukan bola VI itu. TOK GURU sebenarnya ingin mengambil kesempatan berlawan dengan pasukan VI itu kerana mahu mengajak tok guru-tok guru pondok lain menjatuhkan ego Mr Richard sebagai lambang imperialism yang ketika itu sedang mendesak dan mengugut Raja-Raja Melayu untuk menerima Malayan Union. TOK GURU mahu masyarakat melayu ketika itu bangkit atas nama agama menentang Malayan Union.


Reaksi Tuan Guru Nik Aziz : "Ana setuju, filem mesti dilawan dengan filem". Itu reaksi YAB Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat bila penulis menyatakan padanya cara untuk melawan filem-filem karut marut di tanar air kini hendaklah dengan cara membuat filem genre islam sebagai alternatif kepada masyarakat. 

Nak tau lebih lanjut korang leh rujuk  :

Pertemuan TG Nik aziz & Zabidi Mohamed di Kelantan............... [KLIK SINI]
Antara Filem Tok Guru, Lagaan dan The Cup..........[KLIK SINI]
Pengenalan "Filem Tok Guru"..............[KLIK SINI]


* Back To Halaman Utama *

Blog Widget by LinkWithin

0 komen disini yer..: