Pas buat asiment malam tadi, fikir-fikir jap nak wat post pasal aper. Kebetulan dalam kepanasan.. Lanun cadang nak kongsikan beberapa tips yang Lanun baca dalam lamanweb kesihatan dan lamanweb berita berkaitan dengan cuaca panas. Menurut sumber berita cuaca panas ni mungkin akan berlanjutan sampai hujung bulan Mac ni.
Jadi bersabarlah k, jaga kesihatan dan berdoa supaya sentiasa dalam kesihatan yang baik. Ramai Lanun tengok yang sakit tekak ade, demam ade, batuk dan sebagainya. Dalam bertahan dengan cuaca panas ni ade beberapa perkara kita perlu ambil perhatian, supaya tak berlaku perkara yang tak diingini.
Tips Yang Anda Perlu Tahu : [...]
Perlu
- Minum dengan banyak, tanpa mengira tahap aktiviti anda. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
- Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
- Berada di dalam rumah dan bangunan
- Hadkan aktiviti luar
- Berehat dengan kerap
- Mandi atau buka kipas angin untuk meyejukkan badan anda
- Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
- Pakai topi atau payung yang besar semasa keluar rumah.
- Ubahsuai diet anda : Elakkan makanan pedas atau berat. Makanlah makanan sejuk terutama salad atau buah-buahan yang mengandungi kandungan air yang tinggi.
Jangan/ tidak perlu
- Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol,berkarbonat atau kandungan gula yang tinggi, ini akan membuatkan anda kehilangan lebih banyak cecair dalam badan .
- Membiarkan seseorang di dalam kereta yang bertutup.
- Bersenam dalam cuaca panas.
- Elak kan minum Ais kerana ia boleh menyebabkan kekejangan pada perut.
Apakah yang perlu saya lakukan jika saya mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas? meaning tak tahan dengan cuaca panas.
Ingat tip-tip di bawah:
- Keluar dari kawasan yang panas.
- Tanggalkan pakaian yang ketat.
- Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan.
- Gunakan kipas untuk menyejukkan badan.
- Minum air setiap 15 minit.
- Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal.
Kesan haba panas pada tubuh
- 20 darjah Celcius - selesa, denyut nadi normal.
- 25 darjah Celsius - peluh biasa.
- 30 darjah Celsius - Ketidakselesaan.
- 40 darjah Celsius - Kepanasan melampau, berpeluh, denyut nadi pantas, letih.
- 45 darjah Celsius - Kepanasan melampau, peluh terhenti, panas dan kulit kering.
Lanunsepet : Ada nak tambah lagi?? Silakan :-) mmm...teringat pada kisah israk dan mikraj.. dimana Nabi Muhammad SAW berjumpa perempuan tua yang sudah bongkok. Dah tua dunia ini.. kesihatanya tak menentu... panas melampau, sejuk melampau, gempa bumi.. fikir2 kan...
* Back To Halaman Utama *
7 komen disini yer..:
Thanks for the useful tips..
same2... :-)
yeala.. so hot these days.. gila betul =P
kenwooi.com
amboi3....
ewah3... he3.. aper yg amboi3 wak?...mst tang dr lanun tu kan?
hehehe.. :-p
dr. lanun... ijazah kedoktoran melanun ;-) heheh
Post a Comment