28 March 2010

Betulkah Bahaya Tinggal Dekat Dengan Kabel Elektrik TNB??...

Pastinya korang pernah dengar cerita, duduk dekat dengan kabel TNB ni bahaya, boleh sebabkan kanser pada tubuh kita. Betul ker? Sebenarnya TIDAK, kabel TNB hanya menghasilkan 15mG EMF sahaja, jadi  perumahan dan tempat tinggal dekat dengan kabel TNB adalah tidak berbahaya dan tidak boleh mendatangkan kanser seperti yang dikatakan segelintir orang.
Naib Presiden TNB (Penghantaran), Rozimi Remeli,berkata :  persepsi yang mengatakan bahawa sinaran EMF boleh menyebabkan penyakit seperti kanser adalah disebabkan kurang pemahaman mengenai EMF. Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan sekiranya seseorang itu sentiasa terdedah kepada radiasi atau sinaran EMF melebih 1000mG, kemungkinan orang itu terdedah kepada kesan sampingan.
"Bagaimanapun di bawah 1000 mG adalah selamat," katanya selepas menghadiri majlis perasmian Seminar Kesedaran Keselamatan Elektrik 2010 peringkat Selangor di Sungai Besar, dekat sini, hari ini.

Fakta lain :

1.EMF ialah Electro Magnetic Field / Gelombang elektromagnetik.
2.Ketuhar gelombang mikro di rumah menghasilkan 400 mG EMF.
3.Kabel pemancar TNB hanya menghasilkan kira-kira 15 mG EMF.
4.Kebanyakan peralatan elektrik dalam rumah menghasilkan sinaran EMF yang tinggi seperti ketuhar dan telefon bimbit tetapi ia tetap tidak memberi kesan sampingan kepada kesihatan.





* Back To Halaman Utama *

Blog Widget by LinkWithin

1 komen disini yer..:

uncle said...

uncle sampai sekarang fobia nak lalu bawah kabel elekrik huhuuu..kalau lalu je mesti lajukan motor atau keter..ada gak orang kaa EMF boleh bawak kesan sampingan..itu uncle tak tau lah..