BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz "BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM" yang bermaksud "Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani."
Terlalu banyak kelebihan kalimah agung ini untuk dicoretkan.. Di sini, Coklat Ungu ingin berkongsi dengan rakan2 pembaca sebahagian daripada kelebihan menyebut kalimah Bismillah dalam kehidupan seharian kita.. sama2 kita renungkan.. :-)
1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.
2. "BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam." (Hadith Qudsi)
3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS.AL Muddatsir:30).Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."
7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya."
8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.
9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.
10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.
11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.
12. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH ketika hendak bersetubuh (jimak) maka anaknya kelak akan menjadi orang yang cerdas dan terbuka hatinya sehingga menjadi anak yang soleh.
13. Jika didapati seseorang yang sedang pengsan, maka hendaklah dibacakan BISMILLAH sebanyak 41 kali pada telinganya, insyallah dia akan kembali sedar dan siuman dengan segera.
14. Wanita yang memerah susu binatang dengan BISMILLAH akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
15. Wanita yang menguli tepung dengan BISMILLAH akan berkat rezekinya.
Coklat Ungu: Kesimpulannya, setiap perbuatan itu akan menjadi Ibadah kerana dilakukan dengan Nama Allah.. Bagi yang terakhir tu, C.U rase, jika diadaptasi dalam dunia sekarang, Wanita yang menguli tepung tu ialah wanita yang menyediakan makan minum bagi suami, anak2 & keluarganya dengan ikhlas kerana Allah..
Sumber: Buku Mufakkaratul Mukminah & ninieshop2u.blogspot..
* Back To Halaman Utama *
2 komen disini yer..:
salam... :-)
Bismillah..
tq untuk perkongsian kali ni.. teringat se org kawan ayahanda yg seorg bisnes man.. buat ape pun baca bismillah, buka buku akaun baca bismillah, kira duit mula dengan bismillah.. hebat amalan dier.
setuju ngan coklatungu.. makanan yg berkat untuk anak2 n suami serta keluarga.. berkat tu hanya dapat melalui Allah kan wak.. masak sedap mana pun tak semestinya berkat..
smoga kita ikhlas dalam mencari rezki untuk anak2 dan keluarga.
;-)
tq skali lagi cik coklatungu.. :-)
same2... ;-)
Post a Comment