26 March 2010

Syaikhul Azhar Yang Baru - Fadhilatul Imam Akbar Syeikh Dr Ahmad Tayyib....

"Selepas kehilangan Fadhilatul Imam Akbar Al-Marhum Syeikh Dr.Mohammad Sayyid Tantawi baru-baru ini akibat serangan jantung di Riyadh, Al-Azhar yg merupakan Pusat Pengajian Tinggi Islam serta Institusi Ilmu yg tertua di dunia telah menerima perlantikan baru bagi jawatan tersebut yg kini dipikul oleh Fadhilatul Imam Akbar Syeikh Dr Ahmad Muhammad Ahmad Tayyib.

Dilahirkan pada tanggal 6 Januari 1946 di wilayah Luxor, So’idh, Republik Arab Mesir, susur galur nasab keturunan beliau berterusan di sebelah Sayyidina Husin Ibn Sayyidina Ali Abi Tolib.

Banyak lagi info mengenai syeikh ahmad Tayyib di bawah :

Kedudukan Ke 25 Tokoh/Individu Muslim 2009 Yang Berpengaruh Di Dunia


Di dalam senarai kedudukan 50 tokoh/individu Muslim yg berpengaruh di dunia yg dikeluarkan oleh The Royal Islamic Strategic Studies Centre baru-baru ini, Fadhilatul Imam Akbar Syeikh Dr Ahmad Muhammad Ahmad Tayyib tersenarai pada kedudukan yg ke 25.

Beliau sebelum ini merupakan Reaktor Universiti Al-Azhar dan pernah menjawat beberapa jawatan serta kedudukan penting. Selain pernah menjawat kedudukan sebagai Reaktor Universiti Al-Azhar, beliau pernah menduduki beberapa jawatan penting, antaranya, sebagai Dekan Fakulti Pengajian Islam Dan Bahasa Arab di Qona, Dekan Fakulti Pengajian Islam Dan Bahasa Arab di Aswan. Manakala di peringkat antarabangsa pula, beliau pernah diberikan tanggungjawab utk menjawat jawatan sebagai Dekan Fakulti Pengajian Islam Usuludin di Universiti Islam Antarabangsa Pakistan selain pernah memberikan perkhidmatan di Universiti Islam Imam Muhammad Saud di Riyadh, Arab Saudi selain pernah berkhidmat di Universiti Qatar, Emiriyah Arab Bersatu dan beberapa lagi pengalaman beliau yg lain.

"Al-Azhar : Pusat/Institusi Tanpa Sebarang Agenda Politik Dan Mana-Mana Golongan"


Memetik beberapa laporan berita, bercakap di dalam satu sidang media sejurus perlantikan beliau sebagai Syaikhul Azhar yg baru dgn penegasan ‘’Al-Azhar Pusat Ilmu Tanpa Sebarang Agenda Politik Dan Mana-Mana Golongan’’, beliau telah meletakkan beberapa penegasan yg penting, di antaranya, menjadikan Al-Azhar benar2 bebas dari sebarang campurtangan, persediaan meletakkan Al-Azhar pada kedudukan yg lebih tinggi di peringkat antarabangsa serta matlamat yg utama iaitu agenda penyatuan umat Islam.

Ketika mengulas mengenai agenda penyatuan umat Islam sebagai matlamat utama Al-Azhar selama ini, beliau turut menegaskan bahawa pentignya memelihara perpaduan umat Islam dan sehingga kini, Al-Azhar mengambil sikap toleransi terbuka, antaranya, meletakkan sukatan pelajaran bagi kajian mazhab Syiah selain 4 mazhab utama yg lain. Di dalam masa yg sama, beliau menyatakan bahawa Al-Azhar merupakan institusi terbuka yg mengamalkan ‘’manhaj wasatiyah’’, tidak cenderung pada satu-satu pemikiran, selain sentiasa menerima dan meraikan dari satu pandangan ke pandangan yg lain.

Isu Quds Dan Palestin


Di antara penegasan utama beliau ialah ‘’tidak akan sekali-kali’’ menziarahi Quds selagi mana dijajah sehinggalah ‘’benar-benar dibebaskan sepenuhnya’’ sebagai tanda protes tidak menyokong tindakan Israel dan dalam masa yg sama, beliau turut menegaskan bahawa beliau ‘’tidak akan sekali-kali’’ menyertai dialog, persidangan atau rundingan yg melibatkan penyertaan atau kaitan dgn Israel. Beliau turut mengulas bahawa sekiranya lawatan beliau ke Masjidil Aqsa dilakukan dalam keadaan ianya dijajah oleh Israel, sekaligus akan menimbulkan tanggapan bahawa lawatan beliau seolah2 ‘’mengiktiraf serta menyokong penjajahan Israel terhadap Quds’’. Di dalam masa yg sama, beliau menyeru ‘’seluruh umat Islam di dunia ini tidak sekali2 menziarahi Al-Quds’’ selagi ianya dijajah serta tidak dibebaskan dgn sepenuhnya.

Menambah penegasan beliau mengenai isu Al-Quds dan Palestin, beliau menjelaskan bahawa penolakan penyertaan beliau hanya di dalam mana2 dialog, persidangan atau rundingan yg melibatkan Israel. Akan tetapi, beliau akan tetap menghadiri dialog, persidangan atau rundingan yg melibatkan penyertaan ‘’Yahudi’’ kerana terdapat perbezaan utama di antara Israel yg menjajah Al-Quds dan Yahudi yg menerima dialog serta rundingan di dalam memutuskan beberapa kerjasama di antara agama."

Sumber & Credit to : kerissakti@tranungkite



Lanunsepet : Semoga Syeikh Dr Ahmad Tayyib dapat menjalankan amanah dengan baik, dan membantu seluruh mahasiswa di Al Azhar menjadi ulamak pelapis yang berkaliber. Dan juga membantu umat islam seluruhnya.


* Back To Halaman Utama *

Blog Widget by LinkWithin

0 komen disini yer..: